Posting akhir bulan…

Sedar tak sedar bulan Januari dah sampai ke penghujungnya. Cepat benar masa berlalu dalam kesibukan dunia. Sewaktu posting ini ditulis, berdentum dentam diseberang jalan hadapan rumah ku alunan muzik dari tokong cina. Sudah lebih kurang dua minggu mereka ber’opera’ , mungkin muzik moden yang rancak bunyinya ini adalah sebagai penutupnya sebelum menjelangnya sambutan tahun baru mereka. Biarkanlah mereka kerana “lakum diinukum waliyadiin..”. jangan ada bakar membakar sudah!

Apa yang aku perasan melalui berita suratkahbar..awal tahun 2010 ni banyak cerita mengenai anak buang ayah, ayah tak mengaku anak dan seumpamanya disiarkan. Sekali pikir macam musim pulak perbalahan anak dan ibu bapak. Ada cerita anak buang ayah tepi jalan kononnya mengganggu kehidupan keluarga mereka, ada juga cerita ayah tak mengaku anak yang dah berpisah lama baru berjumpa sehingga si anak tekad memohon buangkan nama ayahnya dalam kad pengenalan, dan ada juga cerita anak angkat buang ayah angkat selepas kebas harta ayah angkatnya itu. Tak lah dapat aku ulaskan apa sebenarnya yang berlaku kerana kita hanya membaca didada akhbar. Prinsip aku suratkhabar ni baca boleh tapi jangan telan 100%. Kita tak tahu sebelah mana betul sebelah mana yang salah. jadi apa yang penting ialah, jadikan semua peristiwa itu sebagai iktibar untuk diri kita sendiri.

Kadang-kadang kerana harta bergaduh anak beranak padahal Islam sudah menetapkan jalan yang jelas untuk mengatasinya samada melalui faraid,hebah atau wasiat. Tapi tetap juga berlaku persengketaan kerana harta. Mungkin benda sebegini berlaku sejak dulu tapi tidak heboh kerana ketiadaan sumber maklumat seperti sekarang. mungkin ada hikmahnya apa yang berlaku kerana setiap kali berita sebegitu tersiar akan ada pendapat dari ahli agamawan dikeluarkan. Boleh lah kita sebagai orang awam ni jadikan panduan sedikit sebanyak.

Doaku agar tahun ini tidak berlarutan dengan perkara-perkara yang tidak diingini Amin….

daulat tuanku

Hari ini 15hb Januari dijangka akan berlaku gerhana matahari separa. Oleh itu umat Islam disunatkan untuk  bersolat sunat gerhana disamping berdoa, bertakbir dan berselawat. Ini sebagaimana saranan Rasulullah melalui hadisnya yang bermaksud :

Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat hal itu itu maka berdoalah kepada Allah, bertakbir, bersolat dan bersedekah.

Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah…InsyaAllah

Hari ini aku melihat sesuatu yang jarang dapat dilihat diakhbar Malaysia atau memang jarang berlaku di Malaysia. Seorang Tengku Mahkota merangkap pemangku raja mengimamkan solat dan dibelakangnya makmum yang terdiri dari alim ulama, pemebesar dan rakyat jelata. Sebagai rakyat, aku rasa bersyukur kerana mempunyai raja yang sebegitu. Memang telah diketahui bahawa baginda seorang yang mempunyai pengetahuan agama dan mengamalkannya. Setiap tahun dalam majlis korban dihari raya haji, baginda sendiri akan menyembelih seekor lembu korban. Baginda tidak hadir sekadar jadi tetamu atau perasmi sahaja.

Melihat gambar itu, aku terfikir bahawa baginda tengku telah melaksanakan kewajipannya dalam beberapa perkara. Pertama kewajipannya sebagai seorang hamba Allah. Sebagai seorang hamba,kita diminta sentiasa berdoa kepadaNya dalam setiap perkara semasa susah atau senang. Tak kira seorang pembesar atau rakyat jelata..kita semua adalah hamba Allah.

Perkara kedua ialah baginda telah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin kepada rakyat. pemimpin yang bertaqwa ialah pemimpin yang layak ditaati oleh rakyat. Boleh menjadi pemimpin dalam solat adalah satu ciri kepada kebolehan menjadi pemimpin kepada rakyat dengan baik InsyaAllah. Semoga baginda termasuk dalam golongon pemimpin yang layak ditaati sebagaimana maksud Firman Allah :

“Wahai orang-orang yang beriman, Taatlah kepada perintah Allah dan taatlah kepada perintah rasul dan kepada pemimpin dari kalangan kamu….”

Perkara ketiga yang aku dapat lihat ialah baginda telah melaksanakan kewajipannya sebagai seorang anak dengan baik. Selain dari menjaga secara zahir, baginda tidak lupa untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ayahandanya. Dan ini dilakukan sendiri sebagai seorang anak tanpa meminta orang lain melakukannya seperti kebanyakan dari kita hari ini. Walhal, dibelakangnya ada alim ulama, pelajar-pelajar pondok dan sekolah agama dan juga mufti yang boleh sahaja diminta untuk mendoakannya. Alhamdulillah aku bersyukur dengan perkara ini.

Oleh itu pada pandangan aku, apabila rakyat berkumpul untuk menunjukkan taat setia kepada baginda memang lah layak dan padan kerana ciri-ciri kepimpinan yang dimilikinya itu. Semoga Allah melindungi Tuanku dari segala masalah seterusnya dapat mentadbir negeri dengan adil dan saksama. Daulat Tuanku!

2010

Tinggal beberapa jam lagi tahun 2009 akan meninggalkan kita dan tahun 2010 akan menjelma. Waktu terasa makin singkat dan cepat berlalu tapi kalau diflashback balik banyak peristiwa dan kenangan yang ditinggalkan sepanjang tahun ini. Cuma ada yang mudah dilupakan dan ada yang kekal diingati untuk jangkamasa lama sahaja. Malas nak ingat balik peristiwa besar diperingkat nasional atau antarabangsa yang berlaku tahun ni, biar mereka yang terlibat dan bertanggungjawab saja yang ambil tahu. Aku cuma akan cuba ingat tentang diri sahaja. Apa berlaku, ingin dilakukan atau sudah dilakukan adakah memberi kesan pada diri sendiri. kalau ada kesan baik Alhamdulillah, kalau tak ada ubahlah tahun depan yang tak berapa jam lagi ni.

Awal tahun memang sibuk bila kerjaya melibatkan sekolah. Bukan kata bermula hari pertama sekolah bermulanya sibuk tapi boleh katakan seminggu malah dua minggu sebelumnya lagi. Supaya semuanya berjalan lancar bermula sesi baru nanti. Dalam masa 2 -3 tahun ni aku rasakan cuti akhir tahun sesi persekolahan bukan seperti dulu-dulu. Boleh berlama-lama dikampung. Tapi sekarang akau rasakan macam ada pergerakan senantiasa.Bila diingat-ingat balik, cuti akhir tahun ni lebih kurang sebulan lebih rupanya hanya sekali solat jumaat kat masjid dikampung. selebihnya diluar kampung samada dalam perjalanan atau ditempat musafir. Tapi masih lagi dalam Malaysia le….

Balik kampung juga menyebabkan terputusnya maklumat melalui ict sebab streamyx ni tak boleh bawa balik macam broadband. Ada yang bawak balik pun terpaksa menahan sabar tahap tinggi sebelum dapat manfaatnya. line teruk sangat. Sebab tu lama tak update blog atau facebook sampai lupa katalaluan blog sendiri. nasib baik dah save dalam pc ni. tapi tak ngadap internet ni sepanjang dikampung pun ok juga sebab rilek otak.Tak baca berita yang merapu atau propaganda yang bermacam-macam. Sesetengah tu memang Celakalah!

sawah padiGambar iklan ni sebelah rumah aku kat melor. Musimmembajak dan menabur benih padi lepas tu hujan, tu yang nampak air memutih je…angin pulak sepoi-sepoi bahasa melayu..tenangnya.

Tahun baru mestilah azam baru. Azam pulak mesti lah benda yang berfaedah dan membawa kemajuan dalam hidup. Tapi aku tak mahu war-warkan disini supayaianya tersimpan kemas dihati ini. waduh! yang penting ada usaha merealisasikanya. “Faiza Azzamta fatawakkal ‘alallah…”

Rasanya dah cukup coretan sebagai penamat tahun 2009 dan pembukaan 2010 ni. semoga tahun yang mendatang akan lebih baik dari sebelumnya. Dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang berpanjangan dan dielakkan dari segala mara bahaya. Amin.!

Cuti-Cuti Malaysia

Dah lama rasanya tak pergi jalan-jalan cuti-cuti malaysia bersama keluarga. Samada kerana kekangan masa atau bajet, hujung minggu kalau tak ada aktiviti hanya dirumah sahaja. Hujung minggu lepas kebetulan ada peluang, bolehlah pergi jalan-jalan. Beri anak-anak pengalaman naik bas, Alhamdulillah tak ada yang muntah pening. Tak adalah pergi jauh sangat pun..pergi zoo taiping balik singgah Kuala Kangsar. Dah lebih kurang 6 tahun menetap disini baru sampai ke Taiping..

seronok naik baszoo taiping

Balik dari taiping singgah Kg sayong Kuala kangsar tengok orang buat pasu..yang terkenal dengan labu sayongnya..

labu sayong

sedikit demontrasi

hanzhalah dimasjid ubudiah

Bukan fanatik tapi plastik!

Semua dah tahu Kelantan kalah lagi pada final kedua tahun ini. Kali pertama kalah final piala FA, kali ini piala Malaysia pulak. Adat bertanding memang begitu. Walaupun penyokong Kelantan menguasai hampir 80% stadium tapi itu tidak membantu kerana bolasepak bukan pilihanraya..tak diambil kira majoriti penyokong apa lagi nak guna undi pos!

Sedikit rasa kecewa kerana kalah boleh diubati kerana musim hadapan boleh cuba lagi. Tapi rasa kecewa dan malu dengan sikap segelintir penonton yang tak beretika tak boleh dihilangkan begitu saja kerana kesannya akan dirasai sampai bila-bila. Label sebagai tak bertamadun dan ganas akan terus melekat dan dikaitkan dengan penyokong pasukan kelantan walau bukan semuanya begitu.

Aku yakin mereka yang melakukan perkara yang tak bermaruah seperti membakar kerusi dan membaling mercun itu tidak merasakan dia melakukan apa-apa kesalahan malahan bangga pula. Buktinya bila ditegur, orang yang menegur pula dimaki atau dimarahi balik. Apa perasaan ibu bapa mereka bila gambar anak mereka sedang melakukan perkara ganas itu ditayangkan ditv? Mereka inilah yang dinamakan penyokong plastik! bukannya penyokong fanatik…bagi aku tiada salah jadi penyokong fanatik yang hadir dengan memakai baju merah, membawa bendera merah, pergi kemana saja pasukan kesayangan bertanding tapi tidak melakukan perkara yang tak beretika. Jadi jangan gelarkan mereka itu penyokong fanatik tapi plastik!

Sekian terima kasih!

CIMG3382

P.B.S.M

Tidak ada apa yang pelik atau makna terselindung disebalik singkatan kata pada tajuk entry ini. P.B.S.M memang bermaksud Persatuan Bulan Sabit Merah (Malaysia). Tajuk ni dipilih sebabnya baru hujung minggu lepas belajar PBSM ni. Dulu…masa zaman sekolah atau zaman maktab, ada yang yang mengatakan PBSM ni singkatan dari ‘persatuan berehat sepanjang masa’. Mungkin kerana dari banyak-banyak persatuan atau bidang kokurikulum, PBSM ni nampak macam kurang aktif atau tak banyak aktiviti. Tapi sebenarnya diperingkat lebih tinggi, bagi mereka yang aktif dalam PBSM banyak memberi sumbangan terutama melibatkan waktu kecemasan seperti selepas dilanda bencana atau kemalangan. kadang-kadang menjadi sukarelawan hingga keluar negara.

Aku bukan ahli PBSM pun, cuma hujung minggu lepas ada belajar sedikit asas pertolongan cemas yang boleh dijadikan panduan. Hasil dari penerangan, perbincangan dan simulasi, dapatlah aku sebagai orang awam ni tahu serba sedikit tentang asas pertolongan cemas. Asas utama yang aku ingat ialah JANGAN CEMAS!

moh nengok gambor…

buat latihan dulu sebelum persembahanbuat latihan dulu sebelum persembahan…

lakonan mantap sebagai 'mangsa' oleh Ise...Lakonan mantap sebagai ‘mangsa’ oleh Ise…

pbsm2persembahan tentang pembebatan dan pembalutan…balut gih..

pbsm4DSP (R) Hasan Bin Mat (lecturer) nengok je sambil ngangguk..paham le tu gamaknya..

Beringat..takut gelecoh!

**Sehubungan itu, Dr Mahathir menempelak sikap penyokong PAS yang percaya kepada Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mendakwa sesiapa yang mengundi parti itu akan memasuki syurga.

“Nik Aziz kata, pangkah PAS masuk syurga. Patut ada orang bangun, kata (perkara itu) tidak betul,” katanya dalam sesi dialog intelektual di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

“Tetapi (oleh kerana) ketua dia kata, mesti ikut. Ini masalahnya, setia pada pemimpin sampai kita tidak soal dia, betul atau tidak.

“Sebab itu kita lihat, ada (ajaran) Ayah Pin, Ashaari Muhammad dan Rasul Melayu. Bila ada seorang kata (sesuatu), jangan tanya, terima saja. Jadi banyak yang jadi fanatik.”

Dalam pengamalan undang-undang syariah pula, katanya, umat Islam cenderung melihat persoalan “potong tangan, potong kepala dan sebat” berbanding melihat keadilan sesuatu hukuman itu.

Al-Quran kata, hukumlah dengan adil. Kita tidak kira adil atau tidak adil. Yang kita kira, hendak potong tangan dia, potong kepala dia, nak sebat dia.

“Prosedurnya pula, mesti ada empat orang saksi. Mana ada empat orang saksi dalam kes rogol. Apa dia buat dok tengok tapi tidak tolong?” katanya berseloroh.

Sebaliknya Dr Mahathir berkata, terdapat perlbagai cara bagi membuktikan sesuatu kesalahan syariah, seperti kes Nabi Yusuf dituduh mencabul kehormatan Zulaikha – yang dibuktikan melalui keadaan baju rasul itu yang terkoyak.* ( baca semua’ disini’)

Berasa gerun dengan apa yang dituturkan oleh Tun Dr. Mahathir itu..Mungkin ini adalah ayat yang diolah wartawan sebagai penulis tetapi mungkin juga ditulis terus tanpa diolah. Apa-apa pun secara zahirnya, saya merasa sedikit gerun dengan ayat itu. Terutama dengan ayat yang dibold itu. Saya tidak tahu apa yang ada dalam hati Tun semasa dia melafazkan ayat ini tetapi hanya melihat secara zahir seperti beliau mempertikai apa yang telah dinyatakan didalam Al-Quran. Bab hudud,potong tangan,sebat dan saksi itu nyata didalam Al-Quran. Tidak lah saya alim untuk menghuraikannya tetapi sepanjang pengetahuan saya itulah yang diperintah oleh Allah keatas kesalahan jenayah tertentu. Bukanlah potong tangan atau sebat itu tidak adil dan bukan juga prosedur tidak betul tetapi akal manusia yang mentafsirnya begitu. Apa lagi ia bukanlah untuk diselorohkan.

Syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad sebagai Rasul terakhir adalah syariat yang syumul,lengkap. Semuanya telah ada didalam Al-Quran. Mungkin ada yang berbeza dengan syariat Rasul terdahulu tetapi kita umat Muhamad mesti menerima syariat zaman ini. Kes Nabi Yusof dan Zulaikha itu adalah satu mukjizat. Mana mungkin ( ikut akal  ) zaman sekarang bayi boleh bercakap untuk menyatakan kebenaran. Akibat mempertikaikan syariat sebelum melaksanakan nya lah bagi saya jenayah pada masa sekarang berleluasa.

Tun memang selamanya tidak bersetuju dengan Tok Guru Nik Aziz. Tetapi entah dari mana beliau dengar bahawa tok guru kata pangkah PAS masuk syurga. Sepanjang yang saya tahu dan dengar kata-kata atau ceramah tok guru, tidak pernah secara terus beliau mengatakan sedemikian. Cuma yang dikatakan ialah secara kaedahnya begitu..sesiapa yang menyokong Islam jalannya ialah syurga. Bukan atas nama PAS tetapi Islam. Cuma apa yang dibawa oleh beliau dan PAS itu adalah untuk memenuhi tuntutan Islam, maka begitulah kaedahnya.

Dari dahulu hingga sekarang sudah banyak juga kenyataan yang agak ‘mengerunkan’ tentang hukum syariat ini keluar dari mulut Tun. Yang terbaru sebelum ini ialah ulasannya mengenai hukuman sebat terhadap Kartika. Seperti yang beliau sendiri katakan diatas, …Patut ada orang bangun, kata (perkara itu) tidak betul ...kepada beliau sendiri ketika ucapan itu dituturkan.


Bercerai kasih, Talak…

Hati ini tumpang bersedih bila mendengar berita yang kurang menyenangkan menimpa sanak saudara atau sahabat kita. Dalam kita masih bergembira dalam suasana hari raya, saudara kita di Padang ditimpa musibah gempa bumi. Ramai yang terkorban. Anak kehilangan ibu bapa, ayah dan ibu kehilangan anak-anak, isteri menjadi janda dan sebaliknya juga suami kehilangan isteri tercinta dalam sekelip mata. Mereka itu ibarat pepatah melayu..’bercerai kasih talak tiada’.

Tapi lebih dukacita lagi bila bercerai kasih dengan talak. Suami kehilangan isteri, isteri kehilangan suami, lebih terasa lagi anak-anak yang merasai kehilangan salah seorang ibu bapa mereka yang tidak lagi tinggal bersama walau masih wujud dialam dunia ini. Hubungan darah anak dan ibu bapa tidak akan putus, tetapi jika anak yang kecil, yang masih tidak mengerti apa-apa, yang masih mendambakan kehadiran seorang ayah dan ibu disisinya, tiba-tiba sebaliknya berlaku..tentunya meninggalkan kesan yang negatif diminda dan emosi mereka.

Sesungguhnya ajal maut,jodoh pertemuan itu didalam kekuasaan Allah. Sebagai seorang hamba kita wajib beriman dengan Qada’ dan Qadarnya. Tetapi Allah kurniakan iman,ilmu dan akal kepada hambanya supaya berikhtiar mengubah nasib diri. Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri. Oleh itu..talak atau cerai adalah jalan terakhir bagi suami isteri jika berlaku selisih faham. Hadis nabi (s.a.w) yang diriwayatkan oleh Abu daud bermaksud :” Tiada sesuatu yang halal tetapi dibenci oleh Allah kecuali talak…” Hadis lain yang diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) bermaksud :”Kahwinlah dan jangan bercerai-berai kerana perceraian itu boleh menggegarkan tiang Arasyh..”

Jika sudah tidak ada jalan lain selain penceraian..maka biarlah ianya dengan cara yang baik tanpa dendam atau memutuskan terus silaturrahim. Walau ikatan sebagai suami isteri sudah putus, tetapi jika ada anak, hubungan ibu bapa tidak putus. Nafkah masih wajib diberi. Begitu juga kasih sayang. Mohon kepada mereka yang ditimpa ujian ini bersabar kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya disisi Allah, mohon juga dari Allah agar dilindungi rumahtangga kami selamanya dan kekal dalam suasana rukun dan damai. InsyaAllah…

Makan…

Assalamualaikum…

Bulan Syawal sudah sampai dipertengahannya tapi sesetengah dari kita masih lagi dapat jemputan kerumah terbuka. Rumah terbuka kaedahnya ialah jemputan untuk makan sambil ziarah menziarahi. Bila-bila masa pun boleh nak buat kenduri tapi ramai memilih sempena Syawal. Dikala satu tempat sibuk dengan pilihanraya kecil, saya sebolehnya tidak mahu terlalu mengambil berat,cukup sekadar mengambil tahu kerana suasana ‘makan’ disana berbeza dengan makan dirumah terbuka. Disana orang makan orang..he…

Tak banyak sebenarnya jemputan bagi diri saya,tapi jika ada cuba sedaya yang mampu memenuhinya. Kalau kebetulan bawa kamera adalah gambar yang diambil. Nak tampal kat sini untuk dikongsi lihat bersama sekeping dua…

Jamuan Raya kelas UKM

Jamuan Raya kelas UKM

Pembesar2 kelas makan bersama pensyarah

Pembesar2 kelas makan bersama pensyarah

Alhamdulillah..kalau macam ni setiap kali kelas pun tak apa!

Alhamdulillah..kalau macam ni setiap kali kelas pun tak apa!

Rumah kawan di Semenyih

Rumah kawan di Semenyih

Bersamakawan-kawan di Trolak

Bersamakawan-kawan di Trolak

Balik dari Trolak, kawan-kawn ni ajak singgah rumah mereka, ada jamuan spesial katanya..maka singgahla saya…

Barbeque...

Barbeque...

Inilah jamuan spesial itu..ada BBQ sikit. Tapi memang spesial bagi saya kerana ini pertama kali saya makan benda ni. ini bukan ayam tau! tapi…

Arnab..(sekadar gambar hiasan)

Arnab..(sekadar gambar hiasan)

Ya…arnab. Selama ni makan daging arnab pun burger atau sate tapi kali ni panggang sendiri. Kawan ni bela sendiri arnab tu. terima kasih kerana sudi jemput saya rasa sama. Dahla BBQ arnab, ulamnya durian,airnya pula air kelapa muda minum terus dari buahnya. Rumah terbuka orang bujang lah katakan.

Apa-apa pun, selamat menjamu selera dirumah terbuka tapi jangan sampai membazir. Wassalam….

Gegar….!

Alhamdulillah..kini aku dah kembali ketempat mencari rezeki setelah lebih kurang sepuluh hari beraya dikampung. Hari raya disambut secara sederhana macam biasa. Apabila kita dah dewasa ni taklah teruja sangat nak sambut raya macam zaman kanak-kanak dulu. Lagipun suasana sudah berbeza..ramai orang yang kita kenali sudah tidak ada lagi beraya bersama.Surau pun sudah ramai generasi kedua. Tapi yang lebih aku dukacita..sejak setahun dua kebelakangan ini sambutan malam hari raya menjadi begitu bingit dan menggerunkan. Lepas berbuka pada hari terakhir Ramadhan dan selepas pengumuman raya, dentuman mercun bersahut-sahutan jauh dan dekat. Tiada lagi ketenangan dimalam raya. Kita sudah mengambil budaya orang lain untuk menyambut raya. Setahu aku, orang cina pasang mercun untuk halau hantu, orang melayu pula pasang mercun untuk apa…? Untuk panggil hantu kot! sebab sepanjang Ramadhan iblis dan syaitan dibelenggu..tiba syawal masa untuk bebas disambut bunyian dan asap yang kelam. memang bergegar telinga dan jantung! Memang sudah akhir zaman kita ini ya…

Hari ini 30 September..petang hari semasa aku sedang menghadap komputer lebih kurang pukul 6 suku..tiba-tiba terasa meja bergoyang..lepas tu tengok kipas pun bergoyang dan aku pun turut sama rasa bergoyang. Serta-merta teringat rasa yang sama pernah aku rasa tahun 2004 dulu..adakah ini kesan gempa bumi? tahun 2004 dulu berlaku dua gempa yang kuat dinegara jiran Indonesia..yang pertama mengakibatkan berlakunya tsunami. kejadian itu tidak aku ketahui kerana sedang dalam perjalanan kesini dari kampung. hanya setelah melihat berita ditv barulah dapat tahu. selang beberapa hari kemudian berlaku sekali lagi gempa yang kuat juga tapi kali ini tiada tsunami. Waktu itu lah aku merasakan kesan gegaran kali pertama disini. Waktu itu aku tinggal ditingkat empat. Walaupun sekejap tetapi cukup merisaukan kerana kita berada ditempat tinggi. Sebab itulah apabila aku merasakan bergoyang tadi aku teringatkan rasa yang sama dulu. kita disini sebenarnya hanya merasakan goyangan sahaja..bukan gegaran. kalau gegaran aku yakin akan ada bangunan yang tumbang atau kerosakan seperti dipusat gegaran sana. Alhamdulillah kita disini masih dilindungi Allah dan dijauhkan dari bencana itu.

Dan sebenarnya..’goyangan’ yang sedikit itu adalah amaran dari tuhan! Sehebat mana manusia, setinggi mana ilmu sains dan teknologi,secanggih mana material pun tidak dapat menandingi kekuasaanNya yang menciptakan alam ini. Jangan dengan setitis ilmu yang diberi oleh Allah, dengan sekelumit kuasa yang dipinjamkan olehNya pun kita sudah merasakan hebat didunia ini sehingga sanggup menggunakan ilmu dan kuasa itu untuk menentang hukum Allah itu sendiri. Kita disini bencana yang paling teruk dan selalu melanda adalah banjir. Tetapi telah ada suara yang menyatakan bahawa dengan perancangan yang hebat dan teknologi canggih yang mereka bawa..mereka jamin banjir tidak akan lagi berlaku! astaghfirullah…Kita hanya merancang,tuhan yang menentukan.  Apa yang pasti kita perlu berusaha dan berikhtiar tetapi bukan pemutus. Akhirnya, marilah kita sama-sama memohon dari Allah agar tanahair kita terus dipelihara oleh Allah dari segala mara bahaya dan menjadi sebagaimana yang dikatakan..’Baldatun Thoyyibatun Warabbun Ghafur..’

« Older entries