Kisah Basikal percuma…

Assalamualaikum…
Sudah lama tak mencoret sesuatu disini,hingga hampir lupa passwordnya. Perasaan nak mencatatkan sesuatu muncul setelah membaca satu artikel bertajuk ‘Negara kebajikan ala New Zealand’ tulisan Dr. Ubaidullah Mustafa.Antara isi ceritanya menyatakan Kerajaan New zealand memberi basikal percuma kepada setiap keluarga disana.

Ini mengingatkan saya kisah pemberian basikal percuma kepada murid sekolah suatu masa dulu sewaktu saya belajar sekitar ditingkatan satu atau dua.

Pemberian basikal itu adalah sempena lawatan MB pada masa itu Dato’ Muhamad Yaakob ( arwah) ke sekolah saya. Oleh kerana ada cikgu yang prihatin, yang selalu melihat kakak saya membonceng basikal kawannya kesekolah, maka dia mendaftarkan kakak saya sebagai seorang calon untuk menerima basikal tersebut.Kami sekeluarga hanya menerima sahaja jika ada yang ingin memberi walaupun kakak saya keberatan kerana memikirkan rasa malu untuk naik ke pentas menerimanya nanti dari seorang MB.Rupa-rupanya, proses untuk mendapat basikal percuma tersebut bukan hanya setakat mencalonkan nama tetapi kena temuduga dengan pihak kebajikan masyarakat.

Masih saya ingat suatu hari pegawai dari jabatan kebajikan masyarakat datang untuk meninjau keadaan hidup kami.Antara soalan yang ditanya yang masih saya ingat ialah, rumah yang diduduki ini rumah sewa atau rumah sendiri, apa peralatan lektrik yang ada dalam rumah, lampu yang dugunakan lampu panjang ( kalimantang) atau bulat?
Wah! susah juga nak dapat basikal percuma ya?fikir saya pada masa itu. Saya tidak pasti, calon penerima yang lain pun ditemuduga begitu atau tidak!

Ringkas ceritanya, apabila sampai harinya, nama kakak saya tiada dalam senarai penerima. Basikal itu hanya diterima oleh seorang wakil murid sahaja dan buka dapat kat dia pun. Basikal itu saya tengok hanya tersadai disekolah tanpa ada penerima.Kadang-kadang tunggang terbalik dalam bilik stor. Setiap kali melihat basikal itu pada masa itu, saya berkata dalam hati..mungkin inilah basikal yang sepatutnya kakak saya dapat.Oh..sedih rasanya saya mengenangkan proses birokrasi yang terlalu menekan dan akhirnya membazir itu walaupun kakak saya gembira katanya.

Itulah bezanya kebajikan ala malaysia dan new zealand yang saya dapat lihat.Walaupun begitu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu yang mencadangkan nama kakak saya sebagai penerima itu. walaupun dia antara ‘orang kuat’ sebelah Mb itu, tetapi dia tidak memilih pihak, atas dasar anak muridnya yang dilihat layak sahaja pencalonannya itu. Jangan cikgu merasa malu alah kepada keluarga kami kerana kami tahu itu bukan salah cikgu.

Saya pada waktu itu baru awal belasan tahun tapi sudah mengerti apa itu pilih kasih dan ketidakadilan kerana bukan itu peristiwa pertama seumpamanya menimpa keluarga kami. Tetapi harapan kami hanyalah kepada Allah, bukan bergantung harap kepada sesama manusia. Biarlah perkara itu menjadi kenangan kepada kami sekeluarga.

Walahua’lam.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.