9 September…

Tarikh 9 September atau ringkasnya 9/9 satu angka yang agak cantik. Ia mempunyai makna secara lansung dalam hidup ku. Tapi tidaklah penting sangat cuma aku ingin mengingatinya sahaja. Ia tiada kaitan dengan 11/9 hari WTC di Amerika diserang…juga tak ada kaitan dengan 16 /9 seperti yang heboh sekarang.Hari ini 9/9…beberapa perkara yang aku ingat…

i- pada tarikh ini lah aku dilahirkan tiga puluh dua tahun yang lalu.Tiada sambutan istimewa kerana bukan itu yang diinginkan dan juga bukan itu jadi amalan..cuma…sebagai tazkirah kepada diri sendiri bahawa usia semakin meningkat..apa perubahan yang telah dilakukan untuk hidup didunia dan untuk bekalan ke akhirat. Usia yang meningkat bermakna hayat semakin singkat,tambah amalan cepat-cepat sebelum masa kita berangkat.

ii- hari ini juga usia anak kedua ku..si putera itu cukup empat bulan. masa cepat berlalu..dia sudah semakin membesar..sudah mula mengiring untuk meniarap.Tarikh lahirnya pada 9hb sama denganku cuma bulannya saja lain.

iii- hari ini bermulanya peperiksaan UPSR bagi murid tahun 6 sekolah rendah. Adik dan anak saudara ku yang sulung antara yang terlibat. Diharapkan usaha keras sepanjang tahun membuahkan hasil yang lumayan. Tabahkan hati kuatkan semangat walaupun peperiksaan tahun ini berlansung dalam bulan Ramadhan. Diharapkan keberkatan Ramadhan juga melimpahi keatas para pelajar ini.

iv- sedar tak sedar hari ini sudah masuk 9 Ramadhan..bermakna sudah hampir 1/3 Ramadhan kita lalui. Harap-harap hari yang sudah berlalu itu berkualiti dan hari yang mendatang ini bertambah kualitinya…jangan sampai hujung Ramadhan nanti sudah makin hilang kualiti angkara sibuk nak raya..yang tinggal hanya KUALI sahaja….

Rabbana Aatina Fiddunyaa Hasanah…Wabil Aakhiroti Hasanah..Wakina Azaabannaar…” Amin

1 Comment

  1. baduk said,

    22 September, 2008 at 2:06 am

    ooo..aku x ingat nak ucap ko mu..hahaha


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: