Cerita tentang cikgu..

Cerita tentang cikgu ini sekali lihat ada musimnya.cuma ‘lebat’ atau tidak sahaja.dulu-dulu masyarakat menghormati cikgu sehingga gelaran cikgu ini jadi sebati pada tubuh badan seseorang guru itu walaupun sudah pencen atau sudah mengadap Ilahi.Ibu bapa pula memberi sepenuh kepercayaan kepada cikgu untuk mendidik dan mengasuh anak-anak mereka.bagi generasi sebaya saya keatas, tentu masih ingat kalau diawal musim persekolahan ibu bapa datang kesekolah untuk menyerahkan anak-anak kepada cikgu.

“cikgu ajar lah anak saya ni..kalu dia degil cikgu piat lah..asal jange patah nga mati sudah…”

Ayat ini dilafazkan ibu bapa kepada cikgu didepan anak-anak.kita sebagai anak mendengarnya rasa kecut perut.kena rotan dengan cikgu disekolah bermakna kita ada buat salah..silap-silap dapat habuan ‘tambahan’ dirumah jika mengadu. Itu cerita dulu-dulu.

Cerita sekarang sedikit berbeza. Ya lah..keadaan sudah berubah..dunia sudah maju.Anak-anak yang di didik oleh cikgu-cikgu sekolah atap sudah mempunya nama dan jawatan besar.Justeru tidak mahu lagi anak-anak mereka di didik dengan cara lama. “no rotan-rotan”.
kalau terjadi apa-apa pada anak saya disekolah kita jumpa dimahkamah!

Mungkin ada segelintir cikgu yang memang buat silap.terlampau dalam tindakan.namun segelintir ini lah yang menjejaskan nama baik cikgu dan dibesar-besarkan.dalam setandan kelapa tentu ada buruk.Tapi ini tidak bermakna semua cikgu tidak perlu dihormati lagi. Kisah saman menyaman sudah menjadi biasa sekarang.Semua ‘keistimewaan’ cikgu (kalau boleh dikatakan begitu le…) dipertikaikan.

baru-baru ini ada yang mempertikaikan dan menghentam cikgu di akhbar. dengan pengalamannya yang pernah menjadi ‘guru sandaran’ selama 6 bulan disekolah,dia mempertikaikan gaji yang cikgu perolehi kononnya tak sepadan dengan kerja, dia juga mempertikaikan beban kerja cikgu yang sedikit dan masa kerja yang singkat..semua itu berdasarkan pengalaman ‘6 bulan’nya. terima kasih kepada beliau atas keprihatinannya.

Tidaklah pula saya mahu membalas hujahnya itu.buat habis air liur je..cuma bagi saya.rezeki daripada Allah. Apa yang kita dapat bersyukur.jangan terlalu mempertikaikan hak orang lain jika kita tidak memahami dengan sebenar-benarnya.jangan hanya kerana pengalaman 6 bulan sebagai cikgu kita lupa jasa guru kita yang berkhidmat purata 25-30 tahun. Cikgu kita dulu sudah pencen..mereka tidak minta apa-apa balasan dari kita yang sudah bergaji lebih tinggi dari mereka.Cukup sekadar menghormati mereka.

Wassalam.

1 Comment

  1. Kumbe Male said,

    24 October, 2008 at 4:37 pm

    Lecah molek cekgu sandaran tu…dio tok tahu ko kijo cekgu ni banyok…ko dio sajo buak tok amik tahu…gere kawe ni…napok meme la tok banyok kijo…gi pukul 7 balik kul 2 paling terik. Tapi kijo tu kalu tok gi tanyo gak mano nok napok. sbb kalu ado kijo pun cikgu ni tokke nok bbari so so kokre hatta ko saing seperguruan pun…alih2 tgk takdok..gi mano..kursus..tok semo cikgu tahu kijo cikgu hok lain…kalu cikgu sandaran gak lagi la..mugo semeta dok disekoloh..


Leave a comment