Terkenang semasa dulu

Setiap orang mempunyai kenangan masing-masing. Bagi aku (maaf kalau penggunaan kata ganti diri ‘aku’ nampak kasar) memang banyak kenangan kerana sudah beberapa fasa kehidupan dilalui. Fasa sekolah rendah, menengah, peringkat sederhana tinggi ( tak belajar tinggi sangat…) peringkat masuk alam kerja,alam berumahtangga dan beranak pinak.

Tapi, kenangan yang ingin aku kongsikan disini ialah kenangan ketika mula memasuki alam pekerjaan. Kata orang tempat pertama kita bekerja dan mendapat hasil dari titik peluh sendiri memang sukar dilupakan.Begitu juga aku..memang tak akan lupa. Terus terang, aku ni seorang guru. Mendapat pendidikan untuk menjadi guru di Maktab Perguruan di negeri Johor. Tamat saja pengajian terus dipostingkan ke negeri di bawah bayu, Sabah. Disini lah pengalaman yang menjadi kenangan ini bermula.

Jadi cikgu ni dimana-mana pun sama tapi tempat atau sekolah pertama mesti menjadi kenangan. Dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, terus ke Kota Kinabalu seterusnya ke Sandakan. Dari Sandakan ke Kinabatangan yang mengambil masa satu jam lebih juga lah berkereta. Tapi perjalanan ku tidak berhenti setakat itu kerana belum sampai ke destinasi sebenarnya. Destinasi sebenarnya ialah ke SK Balat, Kinabatangan. Dulu semasa masih bersekolah,Kinabatangan aku kenali kerana ianya sungai yang terpanjang di Sabah. Sekarang (waktu itu) aku terpaksa mengukur sendiri panjang pendeknya. Dari pengkalan Bukit Garam perjalanan menyusuri kearah hulu sungai lebih kurang 2 jam untuk ke kampung Balat.

Mungkin tak terlalu jauh atau mencabar berbanding dengan rakan seperjuangan yang lain. Aku mendengar cerita kawan-kawan dipulau atau yang lebih hulu sungai memang kecut perut juga. Tapi apa yang aku lalui sudah cukup mencabar bagi aku. Terus terang sekali lagi,aku tidak pandai berenang walaupun seorang budak kampung..Tawakal sahaja sepanjang dalam bot.

Sampai disana warganya ( orang kampung dan cikgu) menyambut dan menerima ku dengan mesra. Walaupun ada loghat mereka yang aku tidak faham tapi masih boleh berkomunikasi.Cuma aku yang tidak sempat belajar bahasa mereka iaitu bahasa ‘sungai’.Satu lagi cabaran yang menanti ialah terpaksa menempuh kehidupan tanpa elektrik dan air paip. Malamku bertemankan pelita..terima kasih kepada guru besar atas sumbangan pelita itu. Urusan memasak,mandi dan sebagainya yang memerlukan air,tangki air hujan lah sumbernya.Jika lama tak hujan dan air dalam tangki habis sungai lah alternatifnya. Mula-mula memasak guna dapur kayu tetapi selepas itu ada kawan (arwah) bagi dapur minyak. Alhamdulillah dan Al-Fatihah untuk arwah.

Masa itu sudah masuk alaf baru tahun 2000 tapi aku rasa aku kembali ketahun 70an. Tapi itu semua memberi cabaran dan menguji ketahanan diri secara fizikal dan mental. Masa melaluinya memang terasa perit tetapi sekarang menjadi kenangan indah. Apa khabar orang kampung Balat sekarang? Apa cerita bekas-bekas murid ku disana? Kalau ada diantara kalian yang baca catatan ini,sambutlah salam dariku.Terima kasih kepada semua orang kampung dan cikgu-cikgu yang banyak menolong ku disana,memberi tumpang bot menghilir dan mudik. Kenangan terpaksa berkayuh kerana kehabisan minyak takkan ku lupakan. Melihat dan merasai sendiri cara menugal dan mengetam padi bukit memang tak boleh dibayar dengan wang ringgit.

Kepada rakan seperjuangan yang masih disana,teruskan jihad anda semoga diberkati Allah. Rakan-rakan serumah dipekan Kinabatangan dan dibandar Sandakan juga rakan ‘sesungai’,ingatkah lagi pada ku dan kenangan kita. Harap kita masih bisa bertemu walau suasana sudah berbeza. Angan-angan ku ingin lagi menjejakkan kaki kesana tapi sebagai pelancong domestik sahaja kerana aku sudah gembira dan ingin pula mencari pengalaman disini.

Banyak perkara yang menjadi kenangan sepanjang berada disana tetapi tidaklah aku mampu mencoretnya disini semuanya. Biarlah sebahagiannya menjadi memori diminda dan hati sahaja. Wassalam…

4 Comments

  1. Anonymous said,

    29 June, 2009 at 4:05 am

    salam ust…=)

  2. Anonymous said,

    29 June, 2009 at 4:08 am

    da tk nk lwt balat???

  3. Anonymous said,

    29 June, 2009 at 4:08 am

    dtg la..nek kta=)

  4. awesulong said,

    1 July, 2009 at 1:24 am

    salam Anonymous…kalu boleh kenalkan diri lagi baik supaya dapat berinteraksi dengan lebih mesra…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: