Mereka itu…

Tiba-tiba hati ini teringatkan kampung halaman. Teringatkan ibu bapa dan keluarga disana. Teringatkan juga jiran -jiran terutama yang sudah tua dan rapat dengan kita. Ibu bapa sudah tentu lah teringat setiap masa. Kita semakin menginjak dewasa bermakna dia semakin tua. Jiran -jiran ini pun masa kita kecil-kecil dulu mereka masih sihat dan kuat. Mereka menggunakan tulang empat kerat untuk bekerja disawah tatkala kita pergi kesawah hanya untuk bermain suka-suka sahaja. Jiran-jiran yang tua ini juga sebahagiannya saudara – mara kita. Ada yang macam datuk nenek kita sendiri. Datuk kita sebenarnya dah tak ada. Kedua-duanya sebelah emak dan ayah dah kembali ke Rahmatullah…Al-   Fatihah!

Alhamdulillah kita dapat berada disamping keduanya semasa saat akhir hayat mereka. Tapi seorang dari nenek kita yang dah meninggal masa tu kita tak ada disisinya. Malah yang lebih terkilan berita ketiadaannya pun kita ketahui selepas sebulan kerana ketiadaan alat komunikasi pada masa itu. Maklum lah kita nun jauh di pedalaman. Tapi kita redha kerana itu ketentuan Tuhan.

Cuma sekarang hanya ada seorang nenek yang tinggal sebelah rumah ibu sahaja. Pun sudah tua dan sakit-sakit terutamanya kencing manis. Masih ada seorang nenek ku iaitu ibu tiri kepada ibu ku. Aku memang anggap dia nenek ku kerana sejak kecil memang aku tahu dia nenek ku. Dia pun memang kurang sihat tapi masih mengagahkan diri datang ke balaisah walaupun bertongkat. Dulu datang berdua dengan datuk tapi sekarang sendirian tetap istiqamah.

Rumah datuk dan nenek kita dekat saja dengan rumah mak kita. Sebab itu lah kalau hari raya boleh terus kesana sebelum ketempat lain. Sekarang hanya tinggal mak-mak saudara sahaja lah. InsyaAllah kita akan tetap menziarah walaupun datuk dan nenek dah tak ada.

Jiran -jiran kita ramai yang dah tak ada dan juga yang dah kurang sihat. Bila kita balik kampung ada sahaja berita orang itu sakit,orang ini sudah tak ada. Kadang-kadang masa telefon keluarga dikampung pun diberitahu juga. Bila kita balik kampung terasa lain atau kekosongan kerana orang yang biasa kita bertemu dah tak ada lagi. Terutamanya orang yang selalu berjemaah dibalaisah sebelah rumah kita. Teringat masa kita kecil dulu balaisah itu meriah dan ramai jemaahnya..tapi sekarang generasi awal yang membangunkan balaisah itu ramai yang dah tak ada termasuklah datuk kita. Bila takbir raya memang kita terasa sayu..Ada setengah nya masih ada tapi macam tak ada sebab sudah tak boleh berjalan keluar rumah. Hanya duduk dirumah sahaja. Kadang-kadang kita pun tak perasan dia ada lagi atau tidak. Cuma bila balik sekali sekala pergi ziarah baru lah terasa adanya.

Jiran kita yang ini pun sudah kurang sihat. Kalau dulu dia lah yang selalu menjadi bilal dibalaisah kita. Suaranya yang parau memang sesuai terutamanya untuk mengejutkan orang untuk solat subuh. Tapi sekarang sudah jarang-jarang didengari suaranya melaungkan azan. Memang dia sudah kurang sihat. Batuk-batuk dan sakit kaki. Kita tahu  sebab memang sebelah rumah. Nak kerumah kita kena lalu depan rumah dia dulu. Kalau lah dia tak ada nanti makin terasa sunyi lah persekitaran rumah kita.

Ramai lagi sebenarnya jiran-jiran kita yang sudah warga emas ini. Kalau balik kampung sekali sekala walaupun tak pergi berziarah tapi tetap tanya khabar berita dengan mak. Begitu lah putaran hidup ini. Yang tua pergi kita menjadi ganti. Kalau panjang umur kita pasti melalui saat yang serupa. Kepada yang dah pergi kita mendoakan agar mereka berada dikalangan orang-orang yang soleh disisi Allah. Yang masih ada lagi kita santuni lah mereka sebaik-baiknya. Tak ada yang lama maka tak adalah yang baru. Sebenarnya, melihat kepada mereka inilah baru kita sedar bahawa kita pun sudah semakin tua. Sepatutnya kita menginsafi diri kita apakah amalan kita sudah cukup untuk kembali kesana. Kita semua tak tahu bila sampai masa kita untuk kembali..kerana ajal maut itu urusan Allah.

2 Comments

  1. Kumbe Male said,

    19 November, 2008 at 7:57 pm

    Kawe pun sebenrnyo nok tulis jugok pasal tajuk ni. Tapi tok de sokmo. Meme kalu kelik kg sekali sekalo, ado jah ore kg hok pergi mengadap Allah. Kade2 raso sayu jugok sbb demo2 ni lah antara memori kenange kito. Tapi nok buak guano, sudoh itu fitrahnya. Yang hidup pasti akan menemui mati. Cuma kita yang hidup persiapkanlah diri dgn amalan sebanyak mungkin moga kita antara penghuni al-Fiirdaus diakhirat nati.

  2. 18 August, 2009 at 2:31 am

    […] lagi pemberitahuan tentang jiran terdekat sudah meninggal dunia. Dulu pernah aku menulis sedikit tentang dirinya yang sudah uzur tetapi masih mampu berjalan. Kini..hanya selepas malam semalam bertanya khabar […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: