keris…

Keris besar erti nya bagi umat melayu. Zaman dahulu kala keris adalah lambang kekuatan dan kekuasaan. Sultan dan Raja yang menaiki takhta mengucup keris sebagai tanda menerima amanah dan tugas. Keris panjang menjadi alat dalam adat istiadat istana. Banyak cerita bari berkisar mengenai keris. Kononnya keris Taming Sari membuatkan pemiliknya kebal tidak lut senjata.Kerana itulah Hang Tuah hebat barangkali. Keris dahulu kala dipuja dan diasap kemenyan serta dilimaukan. Tak tau lah pulak apa sebab nya. Membawa keris terhunus mungkin membawa maksud mencabar lawan. Apa lagi menghunus keris keudara sambil melaungkan kata-kata yang membangkitkan semangat. Bagi orang melayu tak ada apa lagi yang melambangkan keperwiraan melayu selain dari keris.

cimg1706Itu cerita baghi dulu-dulu. Sekarang keris bagi orang kebanyakan tidak membawa apa-apa makna lagi. Cuma bagi adat istiadat istana masih lagi keris antara alat yang utama. Bagi orang kebanyakan keris hanya lah sebagai hiasan dinding atau penyeri pengantin sahaja. Agak susah nak melihat keris yang canik-canik dan antik kecuali pergi kemuzium.

Keris diatas (gambar) adalah pusaka arwah moyang ku. Tak pasti asal usulnya yang sebenar tapi mengikut cerita lisan, ianya milik orang kampung yang disimpan dirumah moyang ku untuk mengelak disalah guna kerana tuan asalnya dah kurang waras ( tak diketahui cerita selanjutnya). Dulu ada beberapa bilah yang bermacam saiz tapi semuanya jenis tidak berlok. kini hanya tinggal satu untuk kenangan ku setelah yang lain diambil oleh anak cucunya yang lain.

cimg17041Ini pula kenangan peninggalan arwah moyangku ( cekwa) juga. Sarung dan hulu keris ini adalah hasil tangan nya sendiri yang terakhir sebelum beliau meninggal dunia. Pada asalnya sarung keris ini dibuat kerana ada satu mata keris yang tak bersarung tetapi entah macam mana mata keris itu patah pula. Jadi sarung dan hulu keris ini hanya bermatakan buluh sahaja. Bersaiz kecil dan sangat sesuai untuk pengantin tapi maaf…ini bukan untuk disewa atau pinjam ya..! Biarlah menjadi simpanan keluarga sahaja. dibuat dari teras kayu nangka..memang cantik.

Andai kata ‘mika’ semua pun ada keris lama ni simpanlah elok-elok. Bukan kita nak puja keris atau nak mencabar musuh tapi sebagai kenangan dan warisan sejarah pusaka nenek moyang, untuk tatapan generasi yang akan datang. Jangan sampai anak cucu kita terpaksa keluar negara untuk melihat keris sedang dinegeri sendiri leka dan bangga berpestol-pestolan.

3 Comments

  1. bronaz said,

    7 November, 2008 at 11:11 pm

    adoi nah ! rupanya keturunan pendekar juga awe sulong ni…. nati la, kita gi jale rumoh… nok tengok… kot2 nya ada kramat . rumoh ambo ada korang nyo jah… tu pun x tahu hilang kmano dah..

  2. tok janggut said,

    18 October, 2009 at 7:49 pm

    guano demo dok cito pasal keris ni………

  3. awesulong said,

    19 October, 2009 at 12:04 am

    saja jah..tertengok keris pusaka rasa nak tulis cerita baghi pulak…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: