Jangan Lawan Tuhan

Jangan lawan Tuhan dalam fatwa haram pengkid: Nik Aziz

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan peringatan keras kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau “pengkid”.
Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan pihak terlibat cuba melawan perintah Tuhan dan mencabuli asas syariat Islam.
Majlis Fatwa ni keluarkan hukum berlandaskan Al-Quran dan Hadis dan Al-Quran itu datang daripada Allah. Allah yang cipta manusia dan alam dan dia tentukan hukum untuk manusia.
“Siapa kita ni sampai nak lawan dia (Allah). Handal sangat kita nak lawan Allah?
,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.
Beliau mengulas NGO bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau
Baru-baru ini, NGO tersebut, Katagender dan Food-not-Bombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah keputusan majlis itu mengharamkan perlakuan ’pengkid’.
Pada 23 Oktober lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau “pengkid” kerana gejala tersebut di kalangan remaja perempuan Islam di negara ini semakin membimbangkan.
Nik Abdul Aziz berkata beliau meminta mana-mana pihak tanpa mengira NGO Islam atau bukan Islam agar tidak campur tangan mengenai fatwa yang dikeluarkan.
Malahan beliau kesal dengan orang perempuan Islam yang tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka sehingga terlibat dalam gejala pengkid itu.
“Mereka merupakan benih. Apabila orang Islam tidak hidup mengikut cara Islam jadi orang bukan Islam mula berani kata depan kita,” katanya. – Bernama

* Sedutan dari akhbar Harian Metro 17 November 2008. tok-guru

#Pertama sekali nak ucap terima kasih kepada wartawan akhbar perdana kerana sejak kebelakangan ini sering mengambil pendapat dan pandangan tentang isu-isu semasa berkaitan hal-hal agama daripada tokoh ulama dan umara’ Malaysia iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Mungkin selama ini ramai yang terlepas pandang atau terlupa untuk mengambil pendapatnya atau mungkin kerana menganggap beliau hanyalah seorang menteri besar sama seperti menteri besar atau ketua menteri yang lain.

# Yang kedua, selepas tanya pendapat beliau, kalau tak berapa faham tanya lah pada sesiapa yang boleh menjelaskan dengan sejelasnya apa maksud yang nak disampaikan oleh Tuan Guru. Jangan sekadar bertanya soalan untuk dimanipulasi atau mengambil pendapat yang kita setuju sahaja. maklum lah Tuan Guru ni orang kelantan, gaya percakapannya berbunga dan berkias tapi isinya bernas.

# Ketiga…sebenarnya aku dah bosan dengan golongan yang memperjuangkan persamaan taraf atau hak jantina ni. Lebih-lebih lagi kalau yang kononnya memperjuangkan hak kesamarataan itu namanya ala-ala melayu beragama Islam. Islam memang telah meletakkan wanita ditahap yang tinggi. Jadi jangan tamak mahu lebih dari itu hingga sanggup melanggar hukum syara’. Sudah elok-elok jadi perempuan, berjuang nak jadi lelaki la pulak. Ape….la! Kencing dulu dalam botol jangan bagi tumpah atau meleleh ketempat lain baru boleh isytihar nak jadi jantan…Astaghfirullah…! Sampai aku dah mengarut dah. Cukup la tu..Ulama’ cakap pun tak mahu dengar apa lagi kalau setakat aku yang berleter..Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: