Balik kampung

Sekali sekalo, balik kapong lame,

Beraso suko..hati pun tene,

Worih sedara mara, jupo akat tange,

Ada cerito..banyaklah kenenge..

Itu serangkap lagu dikir barat yang dinyanyikan oleh Halim Yazid, antara pendikir yang terkenal diKelantan. Tapi bukan Halim Yazid yang nak difokuskan. Ceritanya tentang balik kampung. Sekarang dah masuk musim cuti sekolah. Yang kerja sebagai cikgu,ini cuti yang agak panjang walau pada hakikatnya tidaklah sepenuhnya bercuti. Jadi sementara ada kesempatan begini,maka ramailah anak-anak perantauan yang balik kampung.

Sekali sekala balik kampung memang seronok. Setelah lama ditempat orang. inilah masanya nak menenangkan jiwa bersama kaum keluarga dan sahabat handai. Tambahan pula musim cuti begini banyak program yang dirancang dan dijalankan seperti kenduri kahwin, berkhatan dan sebagainya. Masa begini juga lah digunakan untuk ziarah menziarahi kawan lama dan saudara mara yang jauh yang susah nak bertemu kalau balik kampung dua tiga hari saja. Tambah pulak hari raya korban atau raya haji jatuh pada musim cuti, makin meriahlah cuti ni.

cimg0415Dipantai timur biasanya bulan november hingga januari adalah musim tengkujuh. Walaupun sekarang ini banjir besar sudah jarang berlaku tapi hujan tetap turun. Kadang-kadang berhari-hari. Orang kampung kata..’huje tak celik mata’. Tapi musim banjir bukanlah musibah kecuali kalau banjir besar. Dikampung, musim banjir ni ramai orang memukat ikan ‘darat'(ikan air tawar). Masa ni lah kalau nak makan ikan puyu atau keli kampung. Tapi musim banjir juga bukan musim untuk berpesta. Pernah dulu idea nak jadikan musim banjir sebagai pesta diajukan oleh seorang orang ternama juga lah dalam politik Malaysia. Dengan takdir Allah tahun tersebut tak berlaku banjir pun di Kelantan.

cimg0414Oh..tak sabar rasanya nak balik kampung. Kepada perantau yang balik kampung sempena musim cuti ni..berhati-hati dalam perjalanan. Gunakanlah peluang berada dikampung sebaiknya. Walaupun sekarang zaman berteknologi tinggi, perhubungan pantas melalui telefon dan sebagainya tapi tidak sama dengan bersua muka sendiri dengan ibu bapa, saudara mara dan sahabat handai. Semoga musim cuti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita dan mereka dikampung. Selamat bercuti..!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: