Selamat Pengantin Baru#1

23 November 2008, tarikh yang akan diingati oleh Mohd Azril, adinda awesulong yang pertama, kerana pada tarikh tersebut dia telah bertukar status daripada bujang kepada berkahwin. Jodohnya orang Pengkalan Hulu, Grik Perak. Perkahwinan yang disyariatkan dan sunnah Rasulullah ini ada banyak hikmahnya. Selain untuk mengelakkan berlakunya maksiat, ia juga sebagai jalan menambah zuriat keturunan. Perkahwinan bukan sahaja menemukan dua insan yang akhirnya bergelar suami isteri, tetapi mempertemu dan menjalinkan ukhuwah silaturrahim antara dua keluarga,dua tempat atau negeri dan juga mungkin dua adat dan budaya.

dsc_0738

Ijab Qabul : Dengan sekali lafaz Azril sah menjadi suami kepada Nur Afiah.Tahniah!

Setelah menjadi suami isteri masing-masing ada hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Apa yang telah dipelajari semasa sekolah atau semasa kursus kahwin hendaklah dihayati dan diamalkan sebaik-baiknya. Semoga dengan terlaksananya tanggungjawab sebagai suami isteri itu,akan berkekalanlah rumahtangga didalam kerukunan dan kebahagiaan.

dsc_0791

Semoga berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat

Jodoh yang mempertemukan antara dua negeri ini,memerlukan hampir 3 jam lebih perjalanan merentasi banjaran Titiwangsa dari Bachok Kelantan ke Kampung Keroh,Pengkalan Hulu Perak. Untuk majlis akad nikah dan kenduri disebelah pengantin perempuan,rombongan dari kelantan bertolak pada Sabtu 22 November. Terima kasih kepada pihak keluarga pengantin perempuan diatas persediaan dan kemesraan menyambut kami. Walaupun saya tidak datang bersama rombongan dari kampung,tetapi bertolak dari Bidor Perak tetapi kami tiba hampir serentak disana.

cimg1981

Rombongan dari kelantan ditempatkan disini. Tidak jauh dari rumah pengantin perempuan. Terima kasih tuan rumah.

Lebih kurang jam 9.30 pagi 23 November majlis akad nikah dilansungkan dimasjid Al-Iskandari, Keroh. Jam 1.00 petang rombongan lelaki kerumah pengantin perempuan untuk majlis kenduri sebelum bertolak balik lebih kurang jam 3.30 petang. Selamat tinggal Pengkalan Hulu. Kami menanti pula rombongan dari pihak perempauan diBachok.

4 Comments

  1. Gmay said,

    30 November, 2008 at 10:43 am

    TAHNIAH,MABRUK,CONGREGULATION,CHOOK DEE…SEMOGA JODOH ADEK AWE
    SULONG (BUKAN AWE ADEK TUKE URUT) BERKEKALAN SAPA ….. DAN DIKURNIAKAN ANAK YANG BANYAK, REZEKI MORAH, SIHAT TUBUH BADE…
    KDOO KHENG,JAU,JAI LEK TAHAN NAAM…..

  2. Anonymous said,

    24 February, 2009 at 2:02 pm

    Tahniah..🙂 t’senyum sndiri bila tgk entri nie. agkya klu sy jd dgn org kltan cam ner yer? hehhee.. johor-kelantan wah… b’beza adat dan budaya. Doakan kami dpmdahkan yea. Tp blh ke fmly dia trima sy? emmm….. t’serah pd jodoh kn.kta mrancng Allah yg menentukan.

  3. awesulong said,

    25 February, 2009 at 1:56 am

    Tak kira siapa aau dari mana..kita semua sama sahaja..saya doakan anda selamat dan bahagia..tapi kalau kenalkan diri lagi baik..senang nak kecek kiro kata ore kelate!

  4. 9 September, 2009 at 3:35 am

    […] pertama dan kedua pada 1 September yang lalu. Dia yang berumahtangga pada November tahun lepas (rujuk entry ini..) menerima cahayamata kembar sepasang lelaki dan perempuan. Alhamdulillah..rezekinya melimpah. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: