Selamat Pengantin Baru #2

Nak sambung cerita kahwin…

Lepas kenduri kahwin sebelah perempuan pada 23 November di Pengkalan Hulu, tiba pula masa sebelah lelaki. Almaklumlah bulan November ni musim tengkujuh, memang kami telah jangka dan buat persediaan yang sepatutnya lah kalau-kalau berlaku hujan atau banjir masa kenduri. Tambah pula jabatan kaji cuaca mengumumkan bahawa hujan lebat tahap jingga akan berlaku diKelantan dan Terengganu bermula 27 November ( hari kenduri) hingga 29 November. Rombongan dari perak tiba hari Rabu 26 November. Kami telah menyediakan tempat untuk mereka berehat dan bersiap di Gelora Beach Resort, Kubang Golok Bachok. Memang sesuai nama resortnya dengan musim sekarang. Pantai  Bachok memang bergelora sekarang.

cimg2064 Disinilah rombongan dari Perak menginap untuk satu           malam. Dharap mereka berpuashati dan minta maaf atas segala kekurangan.

Awalnya pihak keluarga awesulong nak buat kenduri kecil-kecilan saja. Nak jemput sanak saudara sambil tunggu rombongan dari perak. Tapi setelah dihitung jumlah sanak saudara, jiran-jiran dan kawan-kawan, agak ramai juga jemputan. Dari beli daging mentah bertukar kepada sembelih lembu. Kebetulan pula ada orang kampung yang nak jual lembunya. Walaupun lembu itu taklah seberapa besar, tapi kalau dah tahap sembelih lembu buat kenduri memang nampak macam besar-besaran la. Kira-kiranya semua sanak saudara yang jauh dan dekat datang. Jiran-jiran tu memanglah sejak awal kerja lagi datang membantu. Tambah pula kawan-kawan pengantin pun datang, kira seekor lembu tu memang cukup-cukup. Awal pagi dah semebelih lembu. Agak susah kerja dalam hujan renyai-renyai ni. Syukurlah hujan berhenti menjelang tengahari. Bukan apa..bimbang kerja memasak dan menggulai terbantut sebab hujan.Apa yang nak dijamu pada jemputan nanti. Terima kasih kepada semua jiran dan orang kampung yang datang menolong. Memang begitu adat dikampung. Tolong- menolong dalam apa sahaja majlis dan urusan. kerja yang berat menjadi ringan.

cimg2057

Gotong- royong memotong daging lembu.

Syukur Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar walapun musim tengkujuh sedang melanda. Rombongan pengantin tiba lebih kurang jam 12.30 tengahari. Merasalah mereka makan gulai kawah dimusim hujan. Harap-harap mereka berpuashati dengan sekadar apa yang dapat disediakan. Jemputan yang datang pun harap semuanya berpuashati. Kenduri amat meletihkan. Kalau dibandar, segala urusan diserahkan kepada ‘chatering’..tetapi dikampung masih lagi mengamalkan gotong royong. Jadi segala urusan dari mula sembelih lembu kepada memasak dan menghidang semuanya dilakukan bersama-sama. Sebagai tuan rumah kenalah kerja lebih sikit. Oleh kerana badan dah letih sikit ( mungkin kerana usia dah meningkat) awesulong sempat lagi lena sekejap sementara menunggu rombongan pengantin.

Bagi kawan-kawan yang tak dijemput,saya mohon maaf kerana mungkin terlupa atau pun kerana rancangan nya tak mahu kenduri besar. Alih-alih jadi juga separuh besar. Kawan yang tak dapat datang mungkin kerana masih kerja tak dapat cuti..jenguk lah blog ini untuk mendengar cerita baghi dari awesulong. kalau ada gambar yang dapat diselitkan disini tu kira cenderamata la..

cimg1918

Emas dinar sebagai Mahar atau Mas Kahwin.

cimg2066

Rombongan pengantin perempuan dari perak.

cimg2078

Pasangan pengantin pun berhujan…

Akhir sekali, sekali lagi awesulong nak ucap tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin,semoga berkekalan dalam kebahagiaan. Mohon maaf kepada semua tetamu jika ada kekurangan dalam majlis. Semoga majlis ini menjadi majlis yang diberkati Allah..Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: