Bermulanya liga Malaysia

Tahun baru bermula,segala aktiviti pun bermula termasuk lah bolasepak liga Malaysia. Bukanlah satu liga yang gah, tapi sebagai satu sukan nombor satu dunia ia tetap mempunyai pengikut tersendiri. Ada yang minat bola (bukan main bola) tapi hanya minat liga luar negara seperti liga Inggeris atau sepanyol. Liga tempatan tak mahu ambil tahu kerana ‘low class’ katanya. Lagi pun permainan jauh berbeza dengan liga di eropah, tak seronok nak tengok. Ya! diakui memang betul apa yang mereka itu cakapkan. Kita sudah jauh ketinggalan dalam bolasepak bahkan semua jenis sukan pun berbanding dengan negara lain. Dimana kedudukan pasukan negara kita pada ranking dunia sekarang..amat jauh untuk mengejar negara seperti Jepun dan Korea yang menjadi lawan utama kita dulu. Pelik juga, katanya negara kita makin maju tapi orangnya makin ketinggalan dalam banyak perkara.

Tak kisahlah bagi sesiapa yang tak minat liga domestik tapi aku tetap ambil tahu juga terutamanya melibatkan pasukan Kelantan. Aku sendiri tak pandai main bola, sebab itulah aku kerja lain. Ada orang kata pada aku, orang yang tak pandai main bola memang gila tengok bola. Tak kisahlah, sebab yang kata tu pun sama taraf juga dengan aku. Taklah main sekurang-kurang peringkat negeri pun.

Tahun ini rezeki pasukan kelantan bertuah kerana layak keliga super walaupun sekadar ditempat ketiga liga perdana musim lalu. Tapi harapan peminat memang besar. Dahagakan kejayaan sekian lama setelah jatuh bangun silih berganti tanpa hasil yang boleh dikenang. Harap-harap tahun ini ada sesuatu sebagai buahtangan dan kenangan dari pasukan Kelantan.

cimg2108Ini adalah sebahagian dari pemain pasukan Kelantan musim 2009. Dibahu mereka terpikul tanggungjawab untuk membawa pulang sekurang-kurang satu piala ke Tanah Serendah Sekebun Bunga. Atau sekurang-kurang menduduki tiga teratas liga dan keseparuh akhir piala Malaysia. Tapi itu sasaran aku sendiri bukannya pihak KAFA. Apa-apa pun harapannya semoga tercapai.

Aku menyimpan janji pada diri sendiri bahawa entry mengenai bola sepak ini adalah yang petama dan mungkin terakhir hinggalah musim ini berakhir sama ada berpiala atau tidak. Sebelum itu tak lupa, takniah untuk pasukan Piala Emas Raja-Raja Kelantan yang menjadi johan unuk kesekian kalinya. Semoga tahun ini dan seterusnya dapat menjulang piala yang lebih berprestij.

Susun cawan atas cawan,ikat galah dengan tali,

Adat lawan kita lawan,mengaku kalah tidak sekali.

‘GOMO KELATE GOMO’

3 Comments

  1. BroNaz said,

    12 January, 2009 at 9:55 pm

    satu entry yg seronok dibaca, at least dapat menaikkan semangat dan sokongan kepada industri ( sebab bermodal dan ada jatuh bangunnya sendiri) bola sepak kelate kita…. Bronaz juga akan sentiasa mengikuti perkembangan semasa pasuke kelate walaupun sekadar ambil tahu kputusan prlwnn sahaja ….ok pakat2 tengok !

  2. awesulong said,

    13 January, 2009 at 1:25 am

    namun begitu..sejurus entry ini dikeluarkan..pasuke kelatte dilanda masalah bikinan FAM…awesulong xmahu ulas disni..sapa2 nak tahu sikit sebanyak gi lawat gulaikawah.blogspot.com…’go more kelate go more’

  3. pacoksiku said,

    21 February, 2009 at 12:37 am

    turun shah alam wikend depe tow .. haha


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: