Ziarah-menziarahi

Minggu ini hari Sabtunya kerja,jadi cuti hanyalah hujung minggu hari Ahad. Apa nak buat dengan cuti sehari ni ya..? Berehat saja dirumah ke atau jalan-jalan..kebetulan sorang kawan mengajak pergi ziarah rumah kawan yang dah pindah rumah dari Gombak ke Rawang..elok juga,dah lama niat nak pergi tapi tak jadi-jadi. Jadi itulah aktiviti hujung minggu kali ini..

Mat ( Tuan rumah),Pokya,saya dan Jaha

Mat ( Tuan rumah),Pokya,saya dan Jaha

Dari Bidor,Perak sampai paling awal..Jaha dari Semenyih dan Pokya dari Subang,berkumpul diTaman Desa Mas Rawang. Tiada aktiviti rasmi cuma berbual dan makan tengahari yang menyelerakan. Terima kasih daun keladi kepada tuan rumah.

Hidangan makan tengahari

Hidangan makan tengahari

Lepas makan dan solat zohor, Jaha mengajak pula ke Taman Tasik Biru,rumah kawan lama masa belajar kat Johor dulu. Memang dah lama tak jumpa selepas habis belajar dan masing-masing dipostingkan ketempat yang berbeza. Lebih kurang lapan tahun ni baru nak jumpa balik. Dia dah ada 3 anak sekarang. Tapi kurang bernasib baik kerana tak dapat berkenalan dengan suaminya yang berada ditanah suci Mekah menunaikan umrah. Hanya ada dia bersama 3 anaknya dan emak mertuanya. Singgah sekejap saja sekadar bertemu mata dan bertanya khabar.. tapi sempat lah juga minum…

Tuan rumah berdiri dibelakang..Puan Sariza

Tuan rumah berdiri dibelakang..Puan Sariza

Dirumah Puan sariza.  Ramainya kanak-kanak..maklum lah masing-masing dah 2-3 orang anak.

Kaum ibu didalam kumpulannya..

Kaum ibu didalam kumpulannya.

Jarang-jarang sekali berjumpa..banyaklah ceritanya ye..!

Tasik Biru..area Sungai Buluh

Tasik Biru..area Sungai Buluh

Sebelum sampai  dirumah Sariza, singgah sekejap dipinggir tasik menyaksikan panorama petang. Apa yang pasti airnya sudah tak sebiru dulu..kata kawan tu..dah bertukar ‘kehijauan’ pula!

Nampak cuti sehari hujung minggu ini agak berkualiti. Selain ziarah kawan yang pindah rumah dapat juga bertemu kawan lama. Aktiviti ziarah memang sesuai untuk mengeratkan silaturrahim, tak perlu tunggu hari raya!

Wassalam..

2 Comments

  1. gulaikawah said,

    20 January, 2009 at 3:44 am

    jeng,x ajak aku..

  2. Hida said,

    24 January, 2009 at 5:49 pm

    salam….. terima kasih tggl jejak kat blog kita…salam taaruff


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: