Main Polis Sentri

Masuk bulan Febuari 2009, keadaan yang tenang tiba-tiba jadi agak kecoh di Perak ni. Teman pun naik pening memikirkannya. Tajuk entry teman kali ini main polis sentri. Tapi sebenarnya idok le teman tahu tepat ke tak tajuk tu untuk menggambarkan situasi politik diPerak. Mungkin tajuk ‘main ketinting’ atau ‘main galah panjang’ lebih sesuai kot! bior je le..sekadar tajuk.

Hari teman tulis entry ni baru je lepas MB baru Perak angkat sumpah. Dia naik jadi MB tak payah pilihanraya, cuma atas perkenan Sultan. Kira-kira teman akan jadi sejarah juga le sebab MB sebelum ni merintah tak sampai setahun. Mungkin generasi akan datang dapat belajar dalam matapelajaran sejarah sekolah rendah yang dicadangkan oleh Pak Lah tak lama dulu. Teman tak nak ulas panjang sebab semua surat khabar dan tv dah siarkan macam-macam versi berita. Cuma pendapat peribadi teman, kalau lah SPR mengadakan pengundian semula di dua DUN yang wakil rakyatnya lompat parti iaitu Behrang dan Cangkat Jering, tak lah kecoh sangat. Juga…kalau lah Tuanku sultan perkenan bubar Dun pun tak lah kecoh sangat juga. Tapi keputusan dah dibuat. Maka bertukarlah kerajaan tanpa pilihanraya.Bukan teman saja yang berpendapat macam ni, tapi mengikut penganalisis yang berbincang disaluran awani astro juga memberitahu, 39 blogger yang sebelum ini bersifat neutral juga berpendapat bubar dun adalah langkah yang lebih baik.

Tak ada apa dah nak ulas. Kita tunggu dan lihat lah apa lagi episod selepas ini.

Datuk Seri Mohd Nizar Yang mana satu ? zamri-kadir1

Pilihan rakyat?

ATAU

Pilihan PM?

1 Comment

  1. pacoksiku said,

    21 February, 2009 at 12:29 am

    Takbir!! Kebenaran pasti terserlah … sabar pok2 kito ..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: