Keliru…?

Banyak perkara yang keliru dan mengelirukan kita sekarang. Dalam kehidupan seharian, jika tidak menggunakan fikiran yang waras dan iman yang tebal memang mudah kita dikelirukan. Orang disekeliling kita mengelirukan, media juga mengelirukan. Terkadang lebih banyak mengelirukan dari menyelesaikan masalah. Apalagi dalam perkara agama, masih ramai yang keliru termasuk aku. Antara beberapa perkara yang aku keliru adalah persoalan mengapa mereka keliru..?

Pertama, tentang aurat. Wanita dan lelaki yang mengaku beragama Islam tetapi mereka keliru tentang menutup aurat. Sedangkan Allah telah menerangkan dengan jelas dalam firmanNya :

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( An-Nur :31)

Jika diperhatikan gaya pemakaian remaja sekarang jelaslah mereka keliru. Keliru antara menutup aurat atau menutup rambut. Bagi mereka memakai selendang atau tutup kepala adalah menutup aurat sedangkan bahagian leher dan dada terdedah. auratTrend pakai baju adik semakin menjadi-jadi. Tutup kepala tapi baju sendat seluar ketat. Ini juga trend para artis. Ada yang mewar-warkan dengan megah bahawa sudah sampai seru untuk menutup aurat tapi sayang tidak sempurna.Jelas..mereka keliru.Lebih bahaya jika mengelirukan pula orang lain. Ada yang apabila ditanya.bila nak tutup aurat? jawabnya..saya harap semua peminat mendoakan saya supaya suatu hari nanti terbuka pintu hati untuk menutup aurat..Astaghfirullah..! Mengapa harapkan orang mendoakan kita sedangkan kita sendiri tidak berusaha kearah itu.

Kedua..keliru aku dengan orang Islam yang mempunyai fikiran terlampau terbuka. Sehingga tiada sempadan iman dan agama. Sebagai satu contoh yang telah lama aku dengar dan ingati..bila tsunami membadai Acheh suatu masa dahulu, Banda Acheh menjadi padang jarak padang tekukur. Tapi dengan kuasa Allah Masjid Banda Acheh tetap teguh menjadi tempat perlindungan.masjid-acheh1

Kita sebagai seorang muslim yang beriman dengan sifat Qudrat Allah sudah tentu meyakini bahawa ini adalah kekuasaan dan petunjuk dari Allah. Allah mendatangkan bencana tetapi menyelamatkan ‘rumahnya’ itu sebagai panduan bagi orang-orang yang berfikir. Namun terdapat pula dari kalangan yang beragama islam sendiri yang yang menafikannya. Alasan mereka..di tempat lain sepertti Sri lanka dan Thailand ada juga rumah ibadat lain seperti gereja dan kuil yang tidak runtuh dibadai tsunami. Subhanallah..terbuka dan jauhnya pandangan mereka tetapi mereka keliru.

Menjelang bulan Febuari, yang berstatus Islam pada IC mereka ini jugalah yang paling sibuk mencanangkan sambutan hari kekasih atau Vallentine…(betul ke ejaan tu..peduli apa aku…) Padahal dah berbuih mulut para pendakwah menerangkan bahawa HARAM bagi orang Islam menyambutnya.

sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

Ini juga satu kekeliruan atau juga kecelaruan iman dan minda. Tidak tahu apa yang nak dibanggakan dengan hari itu hingga nak kahwin pun sempena tarikh dan hari itu. Sedangkan banyak lagi hari yang sesuai dalam islam boleh dijadikan untuk majlis kahwin dan sebagainya. Disebalik satu golongan memberi penerangan demi penerangan tentang pengharaman menyambut vallentine bagi umat Islam, media massa tak kira media cetak atau saluran TV berlumba-lumba pula mengiklankan hari ntah apa-apa tujuan ini. Adakah tidak ada panel penasihat agama disyarikat tersebut yang boleh menegur atau adakah perkara itu memang dibolehkan mengikut perlembagaan negara kerana dianggap tidak mengganggu ketenteraman awam!

Banyak lagi kekeliruan yang melanda umat Islam sekarang ini jika nak disenaraikan tetapi cukuplah setakat itu yang dapat dinukilkan disini. Mungkin sudah banyak diperkatakan tentang perkara ini tetapi ini adalah dari pandangan aku yang keliru dan tidak berilmu ini. Doa kita supaya tidak termasuk dalam golongan keliru itu. Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: