Alahai PKP…

PKP adalah ringkasan dari Pusat Kembangan Pendidikan. Merupakan satu ‘juzu’ dari Universiti kebangsaan Malaysia yang menguruskan pembelajaran jarak jauh atau PBJJ. Bagi yang tidak dapat menjejakkan kaki kemenara gading diusia muda atau selepas habis tempoh persekolahan tapi masih bersemangat untuk menggenggam ijazah disinilah salah satu tempatnya selain dari universiti lain dan OUM. Maka saya pun termasuklah antara golongan tersebut.

Pelajar membayar yuran pengajian mengikut syarat yang telah ditetapkan. Bagi saya, yuran itu bukanlah untuk membeli ijazah tapi untuk menguruskan perjalanan pembelajaran para pelajar termasuk untuk membayar elaun pensyarah, modul dan lain-lain pengurusan oleh PKP. Justeru, sewajarnyalah pelajar mendapat pulangan sekadar  dan seadanya. Tetapi apa yang berlaku agak mengecewakan terutama bagi kami yang telah memasuki semester keempat ini. Tak tahu la pula bagaimana dengan kumpulan senior  sebelum kami. Sudah hampir 3 semester semasa pendaftaran modul tidak diterima sepenuhnya. Ada yang sehingga separuh semester baru terima modul. Peperiksaan akhir semester 3 yang lepas mencatat sejarah apabila ada pelajar yang menduduki peperiksaan diatas tangga kerana tiada tempat mencukupi. Walaupun kami pelajar jarak jauh tidak sepenuh masa, tapi masih dibawah nama UKM. Tidakkah perkara sebegini menjatuhkan nama sebuah universiti antara yang tertua ditanahair. Beginikah ciri-ciri universiti ‘apex’ yang hendak dikejar?

Bermula semester baru ini..awal-awal lagi masalah timbul. Kelas kami antara yang teramai iaitu lebih kurang 120 orang pelajar. Mungkin ada yang lewat mendafttar secara online, hanya 85 orang sahaja yang dicatat untuk edaran pensyarah. Masalah timbul apabila kuliah diadakan dibilik yang sempit yang hanya selesa bagi sekitar 30 pelajar sahaja. Jadi bayangkan apa jadi bila 100 pelajar berkumpul dibilik seluas itu. Bagaikan tin sardin lah jadinya!

Ditambah pula dengan kelengkapan lain yang tidak berfungsi seperti pembesar suara dan LCD merumitkan lagi keadaan untuk belajar dengan selesa. Bukan hanya pelajar..tapi pensyarah juga tidak selesa untuk menyampaikan kuliah. Ada juga pelajar yang meluahkan perasaan kepada pensyarah tapi apa yang dia boleh buat. Itu bukan bidang kuasa dia tapi tanggungjawab PKP.

Pensyarah dikelilingi pelajar

Pensyarah dikelilingi pelajar

Padat!

Padat!

Seorang pelajar berusaha untuk membolehkan LCD digunakan

Seorang pelajar berusaha untuk membolehkan LCD digunakan

Kami para pelajar berharap selepas ini perkhidmatan PKP akan bertambah baik dan memuaskan. Bukannya kami suka merungut atau menunjuk hebat tapi sekadar menuntut sesuatu yang lebih baik dan selayaknya diperolehi.

2 Comments

  1. pacoksiku said,

    7 March, 2009 at 1:35 am

    cara2 nak add video dalam wordpress ..
    1. demo click add video
    2. click from url
    3. pahtu demo paste alamat video youtube seperti bowoh:-

    4. click insert video
    5. beresss!!!

  2. 24 March, 2009 at 9:50 pm

    Semester depan yuran untuk student master dan phd naik. tapi rasanya servis tetap macam dulu. rasa nak buat demonstrasi je.hehe..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: