Babak dari filem..

Tan sri P.Ramlee diangkat martabat sebagai seniman negara atas jasa dan ideanya dalam menghsilkan karya seni termasuk filem dan lagu. Didalam bidangnya, dia lah yang paling menonjol ditanah melayu dan nusantara sehinggakan memenangi beberapa anugerah diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Filem dan lagu nya sentiasa hijau (evergreen) dan masih digemari sehingga sekarang oleh semua golongan masyarakat.

Mungkin kerana hasil karyanya seperti dalam filem banyak menyentuh keadaan masyarakat menyebabkan karyanya itu dekat dihati penonton. Untuk menyedarkan bangsa tentang penting ilmu dan membasmi buta huruf, babak dalam filem pendekar bujang lapok boleh dijadikan iktibar. Eja “alif, mim, nun, wau” tapi bacanya ‘sarkis’..! Eja lain baca lain..tak terfikir kenapa sarkis..mungkin melihatkan suasana dan orang-orang pramlee1didalam bilik tersebut yang kelam kabut macam sarkis kot!

Dari kecil sampai tua menonton filem laksamana do re mi berulang kali tanpa jemu. Tidak terfikir darimana beliau dapat nama negeri pasir berdengung dan pasir dua butir tu..Raja dan pembesar terpaksa bersidang dibawah pokok kerana dirampas kuasa oleh menteri pasola yang gila kuasa. Semua orang tak boleh lawan menteri pasola kerana dia kebal, tidak lut oleh senjata biasa. Akhirnya menteri pasola dapat dibunuh dengan buluh runcing sahaja. Iktibarnya dizaman sekarang..mata pena yang runcing juga adalah senjata ampuh untuk menentang mereka yang semacam menteri pasola, samada dengan menulis atau memangkah.

dunia..dunia..berniaga manusia lebih untung dari berniaga unta!” ..Itu antara dialog Husin lempoyang apabila abdul wahub sanggup tebus dua saudaranya abdul wahab dan abdul wahib lebih mahal dua kali ganda dari harga yang dibeli untuk dijadikan khadam. Rupanya dari dulu sampai sekarang ada perniagaan manusia. Ada manusia yang boleh dijual beli. Beli tiga manusia dapat untung satu negeri. Mungkin P.Ramlee sudah nampak perkara ini sewaktu membikin filem.Ntah le…

Perangai orang kuat membuli yang lemah memang dari dulu berlaku. Macam si labu labi yang bergaduh dengan gumpalan kertas depan rumah haji bakhil. Masa si labi pijak kertas si labu, si labu boleh tahan sabar lagi sebab dia anggap si labi akan berlaku adil. tapi bila giliran dia nak pijak kertas si labi, rupanya si labi melenting sampai buka silat nak tunjuk kuasa. Tak aci la macam ni kan…kertas tu kan hak masing-masing. Takkan tak boleh nak tulis apa-apa atau nak sentuh apa-apa sampai kena gantung terus. Dahla tak berapa helai sangat. Sepatutnya kalau nak lawan biar dalam gelanggang yang sama dan kam-kam (referee) yang tak menyebelah mana-mana pihak macam ‘joe labi’ lawan boksing dengan ‘rocky labu’ tu. Pengadil dia tak buat keputusan sampai lah dua-dua tumbang..memang sampai sekarang kita gelak bila menontonnya. tapi didalam gelak ketawa biarlah kita berfikir dan mengambil iktibar yang positif kalu lah ada sedikit sebanyak dari hasil karya Tan Sri P. Ramlee itu.

1 Comment

  1. gulaikawah said,

    6 April, 2009 at 12:37 am

    ai,dah blh masuk geng perakekspress ni..hehehee


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: