Aduhai…

Apo ko bala dengan jong tako..pikir tak sapa nak gamok tak kena..sedih nya hati buke alang kepalang…layu denga tubuh pucat denga bade..takdok kulit becera lah ake tule…

Dek kerana terlalu kecewa dengan insiden segelintir penonton bola sepak yang mengamuk diStadium Sultan Mohamad keempat hingga sanggup membakar trak polis..aku tak tahu macammana nak luahkan kecewa itu. Ibarat kerana nila setittik, rosak susu sebelanga. Seekor kerbau membawa lumpur habis sekandang terpalit.

bakar-trak

Mengapa peristiwa seprti ini boleh berlaku..adakah ini salah permainan bolasepak? Atau hanya individu yang tidak sempurna iman dan akal! Laporan dari akhbar dan tv membayangkan ini satu peristiwa dahsyat yang berpunca dari rasa tak boleh menerima kekalahan. Sebagaimana biasa aku menapis setiap berita dari akhbar dan tv arus perdana kerana tidak semuanya tepat. Nasib aku ada sumber tentang bola kelantan ini iaitu kelate.net. Dari situ banyak berita serta gambar yang sebenar melalui kawan yang berada ditempat kejadian.

Rata-rata menyatakan bahawa hanya 2-3 kerat sahaja yang melakukan perkara buruk tersebut dan ianya bukan lah kerana tidak dapat menerima kekalahan tetapi atas sebab lain. Ramai yang hanya menjadi pemerhati sahaja sambil berjalan pulang.Tapi itulah yang disiarkan tv dan memang nampak ramai kerana semua keluar dari stadium serentak. Semua yang tidak terlibat mengutuk dan marah dengan insiden tersebut. Sebabnya? Sebabnya yang mendapat nama buruk bukan 2- 3 kerat itu tetapi nama negeri Kelantan!

Yang paling aku sebak dan sedih selepas peristiwa itu ialah..ada pihak yang memang selama ini membenci negeri ini atas dasar ianya yang diperintah oleh orang yang tidak sama haluan dengan kerajaan pusat, telah mengambil kesempatan untuk mengutuk Tok Guru Menteri Besar Kelantan. Sesiapa pun akan marah jika pemimpinnya dihina..tetapi yang menyedihkan ialah yang dihina itu atas dasar ulama. Dikatakan inilah ‘remaja’ yang dilahirkan melalui kepimpinan ulama’! Astghfirullah!

Bagi pendapat aku, kalau setiap benda sebegini nak dijadikan isu dan dikaitkan dengan pemerintahan, maka banyaklah juga ‘remaja’ sebegini malah lebih lagi dinegeri-negeri lain. Sedangkan Tok Guru saban hari mengingatkan rakyatnya tentang adab dan akidah Islam. Remaja yang tergamak melakukan perkara terlampau begini mungkin terdiri dari mereka yang tidak mengerjakan solat. Sedangkan solat itu lah yang mencegah dari perkara fahsya’ dan munkar. Kerana itulah Tok Guru mementingkan solat sehingga diadakan program ‘bulan sembahyang.’ Ibu bapa kena lah perihatin dengan solat anak-anak bukan perihatin pasal tuisyen sahaja!

Bagi golongan yang nak mengambil peluang untuk menghina ulama’..fikir-fikirkanlah menggunakan akal yang waras. berbaloikah  kepuasan hati didunia dengan seksa diakhirat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: