Jual tapi jangan beli

Terlihat aku akan kotak rokok dalam 2- 3 hari lepas…wah..! ada perubahan. Ditambahnya berbagai gambar yang berbeza yang menunjukkan bahayanya merokok. Ada sesetengah gambar tu memang membuatkan kita rasa mual. Disebelah sisi pula aku mencari ‘Amaran Oleh Kerajaan Malaysia, Merokok Membahayakan Kesihatan’ tapi sudah tak ada. Digantikan dengan penerangan tentang kandungan beracun dalam rokok yang membahayakan.

cimg2548

Bahagian hadapan kotak


cimg25511

Bahagian sisi kotak

Lepas aku tengok kotak rokok tersebut tiba-tiba teringat akan kisah Nabi Ibrahim semasa kecilnya. Ayahnya seorang pengukir patung berhala yang terkenal. Kadang-kadang disuruhnya Nabi Ibrahim menjual patung berhala tersebut. Nabi Ibrahim mematuhi arahan ayahnya tetapi baginda yang sudah mendapat hidayah Allah menjaja sambil mengejek patung berhala tersebut yang buta, pekak, bisu dan sebagainya. Hasilnya jualan Baginda tidak dibeli orang.

Barangkali itulah juga yang dilakukan dengan rokok. Nak jual tapi diletakkan berbagai gambar dan amaran bahayanya rokok. Namun, apa yang aku perhatikan..orang tetap juga membeli dan menghisap rokok. Seolah-olah segala amaran itu tak memberi kesan pada mereka. Adakah manusia dizaman sekarang ini lebih degil dari masyarakat dizaman Nabi Ibrahim itu..Wallahua’lam!

8 Comments

  1. anonymous said,

    14 April, 2009 at 3:56 pm

    kawe hok tak merokok ni mmg stuju sokmo la supo hok demo kata tu, tp saing2 kita hok Perokok Tegar tu tak mkn saman punya. Bokali dia nak tgu bila hisap rokok pahtu jadi pengsan tiba2 atau pun skali sedut jah terus masuk spital baru nok insaf kot !

  2. awesulong said,

    15 April, 2009 at 12:57 am

    itu sekodar pandangan kawe jah…ore lain kawe xttau la…

  3. YaAbalFashl said,

    15 April, 2009 at 4:25 am

    Kalau ‘dah tahu rokok ada 4,000 jenis bahan yg boleh membahayakan kesihatan, jangan benarkan ada proses jual dan beli! Yg beli tentu tak faham akan akibatnya…

    Nanti kerajaan kena tanggung kos perubatan yg tinggi akibat merokok…

  4. pacoksiku said,

    15 April, 2009 at 11:43 am

    mujur kawe bereti lamo dos hahaha

  5. Gmay said,

    15 April, 2009 at 6:33 pm

    Senang Je nak Kurang @ stop perokok ni gu…..

    Tutup kile rokok ,, tingga so supa kile Ubat Kayat …..

    Demo jupe kawe kali lagi dok doh kali….

    Mhdi pn supe juga… Tok ime ke…..benar ..

  6. Zaidi Sabah said,

    17 April, 2009 at 2:09 am

    demo tak isap rokok kata belako. Sabah ni rokok murah bah…. jual tepi jalan gitu jah… kena panggil lagi. Kawe pun tak paham… Dah la Merokok Merbahayakan Kesihatan, Amaran Kerajaan Malaysia….Beli rokok seludup pulak…..

  7. gulaikawah said,

    17 April, 2009 at 9:48 pm

    anda cuba bermain api ye..perokok ni ibarat orang politik yang makan rasuah..bila tegur marah tapi tetap buat..

  8. Kumbe said,

    18 April, 2009 at 12:03 am

    Ado worih kawe…dio ni meme isap rokok…satu hari, dada dia sakit…dua tiga hari sakit…lepah tu dia kurang doh merokok…pahtu dio ado gi berurut…pahtu tok bomo tu kato…buke sebab apo tu…sbb angin jah ya sakit tu…pahtu tahu gitu isap pulok rokok supo skalo…mulo nok bereti doh..huhuhu…tahu la lagu mano…tokke nok tunggu sakit dulu baru nok bereti…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: