Selsema…

Sekarang musim kemarau kot..sebab cuaca memang panas. Kalau ada hujan pun sekadar sekali lalu sahaja. Perubahan cuaca menyebabkan mudah berlaku selsema. Alhamdulillah setakat ini aku sekeluarga sihat walafiat.

Tapi satu dunia sekarang risau dengan selsema. Bunyi nya macam biasa saja..alah..selsema aje..tapi yang ini satu wabak yang boleh membawa maut. kalau dulu wabak selsema burung kali ini wabak selsema babi pula. Buruk bebenor bunyi nama penyakitnya tapi kalau dah itu namanya buat apa nak ditukar supaya jadi lembut sikit..selsema khinzir!

Lepas satu-satu si babi ni mendatangkan masalah pada manusia. dulu virus nipah, lepas tu JE..sekarang selsema pula. cuma kali ni guna nama dia terus menerus tanpa berselindung. Teringat aku masa selsema burung menyerang, habis segala unggas terutamanya burung dan ayam menjadi mangsa ‘hukuman tanpa perbicaraan’. Pantang dengar satu kawasan ada ayam mati, maka operasi pun dijalankan untuk menangkap dan menghapuskirakan unggas tersebut. Yang tidur atas pokok, dalam reban, bawah kolong, semuanya tak terlepas. tak pasti la pulak aku dibayar ganti rugi atau tidak pada tuannya..

Aku nak tunggu dan lihat, kalau lah selsema babi ini menular disini..( minta dilindungi Allah ) adakah operasi serupa akan dijalankan. Adakah yang ada seekor dua dibawah rumah atau beratus ekor diladang yang tak terurus itu akan ditangkap dan dijatuhi hukuman tanpa bicara juga. Dan apakah nantinya akan dibayar ganti rugi.

Selsema burung dulu menyebabkan ekonomi juga terjejas. Ramai yang tak berani makan ayam sehinggakan ada syarikat makanan segera buat kempen makan ayam selamat! Jangan pula nanti ada kempen makan babi selamat!

Benarlah..! setiap yang Allah perintah untuk dilaksanakan itu ada hikmahnya dan setiap yang Allah tegah itu pun ada sebab musababnya. Tapi jika dilanggari terimalah akibatnya..

tutup-hidung1

Antara benda yang paling laris semasa wabak selsema burung dulu ialah ini…

Tapi kali ini mungkin perlu lebih daripada itu..mungkin perlukan yang sebegini...mask

2 Comments

  1. comentator said,

    2 May, 2009 at 3:26 am

    takut juga pada virus selsema @#$% ni…tp bila tgok topeng muka tu pun jadi takut gak….mcamanlah rupanya ye kalau pakai tu sambil naik moto….artis(penyanyi) pun susah cari makan kalau kena pakai tu setiap masa…ye tak!!! tp bagus juga…aktiviti dating haram di taman2 bunga pun dapat dikurangkan…Agaknyalah !

  2. Linderque said,

    7 May, 2009 at 2:14 am

    Bagus jugok kalu pakai topeng gitu.. x pun pakai topeng ‘darth vader’ molek jugok… Ngeee~


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: