Seruan telefon

Lama rasanya ‘berehat’ dari menulis disini. Kebetulan musim cuti sekolah, balik kampung bertemu keluarga, sanak saudara dan berkenduri kendara. Dalam pada cuti sekolah ada pula peperiksaan kat UKM. Terpaksa pulang awal dari kampung ketempat kerja di Perak seterusnya musafir pula ke Bangi.

Dalam masa ‘berpergi mari’ itu banyak kali juga singgah dimana-mana tempat untuk berehat, solat, makan dan sebagainya. kebanyakan tempat persinggahan yang menjadi pilihan ialah masjid. ya lah kan..masjid bukan tempat solat sahaja tapi untuk semua aktiviti masyarakat yang baik-baik. kecuali kalau ikut highway baru lah singgah di kawasan rawat dan rehat ( R&R).

Banyak masjid atau tempat solat yang disinggahi, aku perhatikan sekarang ada gambar ini….

CIMG2756Dalam gambar itu, aku berpendapat ada dua mesej iaitu ‘sila padamkan telefon bimbit anda’ dan juga Seruan Allah iaitu solat adalah perkara yang paling penting dan mesti diutamakan. Dulu tidak ada mesej sebegini, tetapi oleh kerana kepesatan teknologi ianya wujud. Ada sesetengah masjid, terutamanya semasa solat jumaat..selepas Iqamah dilaungkan dan bersedia untuk solat, imam akan minta makmum luruskan saf..selepas itu ditambah pula dengan arahan..’sila matikan telefon bimbit anda agar tidak menggangu solat..’. Satu tambahan kerja bagi imam tersebut aku kira.

Telefon bimbit memang menjadi keperluan sekarang, tetapi jika tidak digunakan dengan betul memang menimbulkan masalah. banyak kali juga semasa solat terdengar deringan telefon dengan berbagai-bagai nada dering. Dan memang ianya menggangu kekhusyukan solat. Sudah dibagi peringatan pun masih lagi lupa. memang sifat manusia mudah lupa. banyak lagi keburukan yang timbul jika dislah gunakan benda ini. Semasa memandu, disekolah (bagi murid), masa berada didewan peperiksaan adalah antara masa tak dibenarkan menggunakan telafon bimbit tapi menjadi amalan biasa..akibatnya…..banyak! pikir sendiri!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: