Jejak Kasih

harap maaf..kualiti gambar kurang memuaskan

harap maaf..kualiti gambar kurang memuaskan

Hadapan (kanan gambar) : Zaidi, Halis, Fakhrurrazi, Suhaimi, Shamsuddin, Syahman, Razak,Mahmud & Rosman.

Baris Dua : x, x, Zakaria, Badrul, Sahimi, Wan Khairul, Azhar, x & X.

Terlebih dahulu nak minta maaf kerana hanya menyenaraikan nama yang lelaki sahaja. Yang perempuan tu bukan tidak mahu ditulis namanya tapi ingat-ingat lupa pulak..daripada setengah tulis setengah tidak baik tak tulis semua…kang kome dengki pulak….!

Gambar diatas adalah gambar semasa berada di maktab Perguruan Batu Pahat pada tahun 1999 selepas berpindah dari Johor Bahru. Agak lama juga, lebih kurang sepuluh tahun berlalu. Sesetengahnya masih lagi berhubung terutamanya yang lelaki manakala setengah yang lain tak tahu khabar berita setelah berpisah mengikut haluan masing-masing. Suhaimi(Kumi) masih lagi di Lawas Sarawak, Badrul (Pakdo) dan Wan Khairul masih lagi di Sabah. Azhar dan Zakaria masing-masing di Kajang dan Sg. Besi. Fakhrurrazi(Koji) kini dilangkawi..dengar kata nak pindah Changlun. Halis, Razak( Ajax), Syahman dan Mahmud still kat Johor….dari lahir sampai sekarang..he..Rosman dan si Zaidi tu ada kat Perak. Yang perempuan…tak tau dimana…hanya Puan Sariza saja yang pernah jumpa sebab pergi ziarah rumah dia awal tahun hari tu..

Sudah lebih kurang sepuluh tahun berpisah..satu jangkamasa yang agak lama. Dari yang bujang dulu sampai dah ada anak paling kurang seorang sekarang. Setahu aku sekarang semuanya dah kahwin atau berkeluarga. Banyak perubahan pada diri masing-masing sudah berlaku. Paling kurang pun perut makin maju…he..

Walaupun tidak berjumpa tetapi sentiasa juga bertanya khabar jika ada peluang. Tak dapat berhubung secara terus, dapat tau berita melalui kawan-kawan jadi lah. Dari situ lah dapat tahu orang ni dapat anak, orang tu dah pergi Mekah naik haji..Alhamdulillah, rezeki masing-masing. Kalau nak pergi ziarah pun maklumlah jauh..ada diutara, diselatan dan timur semenanjung. Yang dekat-dekat tu boleh lah. Itulah yang selalu jumpa pun..

Ada juga perancangan nak buat reunion..tapi macam tadilah..masalah jarak dan juga komitmen lain yang perlu dipenuhi terlebih utama yang membataskan dan membantutkan perancangan. tapi ianya masih lagi dalam perancangan..tidak dilupuskan secara total dengan harapan ianya menjadi suatu hari nanti.

Sekiranya ada teman-teman seperjuangan yang melawat atau terbaca blog ini boleh lah saling berhubung agar persaudaraan kita semua dapat dirapatkan kembali. Selama ini berpisah jasad tapi dihati tak lupa kerana banyak kenangan dan pengalaman yang kita semua hadapi selama masa bersama. Salam untuk semua..

3 Comments

  1. Kumbe said,

    27 June, 2009 at 3:03 am

    Mudonyo demoo….:)

  2. awesulong said,

    28 June, 2009 at 1:17 am

    haks! haks! masih rumanja diwaktu itu…..

  3. badrol said,

    15 August, 2009 at 11:58 pm

    mpbp dale kenange….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: