emas hitam

Agak menarik perhatian aku apabila isu royalti minyak diKelantan dibangkitkan. Isu ini boleh dikaitkan dengan beberapa perkara iaitu kebenaran, keikhlasan dan kebajikan. Dari segi kebenarannya..adakah benar telaga minyak itu diperairan kelantan? Tidak lah pulak aku kaji sedalam-dalamnya kerana bukan bidang tugas aku semua itu. Tapi dari segi pemerhatian ada beberapa perkara yang boleh aku fikir dan kaitkan.

Suatu ketika dulu..aku bersembang dengan seorangkakitangan loji petronas cawangan sandakan sabah ( kenal dikedai makan Sandakan..) aku tanya dia serba sedikit tentang bidang kerja dia..baru aku tahu bahawa Sabah juga ada telaga minyak pada masa itu..sebelumnya aku tahu hanya Terengganu dan Sarawak. Pada masa itulah dia menyatakan bahawa diperairan Kelantan juga ada telaga minyak tapi tidak didaratkan atas sebab-sebab tertentu ( tak pula dia bagitau..) mungkin itu bukan ‘kebenaran’ kerana dia hanyalah seorang pekerja petronas bukannya pemimpin negara.

Dulu heboh dikawasan bachok mengatakan bahawa tanah sekitar pantai dari pantai senok ke Bachok akan diambil alih untuk dijadikan terminal gas dan minyak..masing-masing terpegun..Wah! jadi macam kerteh lah ye..! masa tu aku masih sekolah lagi. Alih-alih hanya kilang buat tong gas sahaja yang jadi kenyataan di Pantai Senok tu. Sebab ‘kebenarannya’ aku tak tau.

Kemudian timbul pula cerita nak buat kabel saluran minyak dari Kedah ke Kelantan merentasi banjaran Titiwangsa. Pun tinggal cadangan aku rasa. Apakah kebenaran yang sebenarnya status minyak diKelantan ini…? Wallahua’lam.

Sekarang Kerajaan Kelantan menuntut semula royalti kerana berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan dan EPU menyatakan Kelantan salah sebuah negeri pengeluar minyak selain Terengganu,Sabah dan Sarawak. Kalau benar begitu kenalah ada keikhlasan..bagilah kepada yang berhak menerimanya. Bukan nak tuduh sapa-sapa tak ikhlas tapi sudah ada sejarah sebelum ini royalti bertukar jadi wang ehsan bila kerajaan negeri bertukar tampuk dan kembali jadi royalti bila kembali secocok. Sepatutnya secocok atau tidak kalau sudah perjanjian kena tunaikan lah. Tapi ya lah kan…usahkan royalti minyak yang berjuta-juta..duit KWAMP budak sekolah lebih kurang rm200 pun banyak karenahnya kalaupun dibagi.

Sesuai dengan slogan baru 1 Malaysia rakyat diutamakan ni..biarlah royalti itu jadi ‘kebajikan’ walaupun diberi kepada yang memang berhak. Rakyat Kelantan pun rakyat Malaysia. Mereka bayar segala macam cukai hasil macam rakyat negeri lain juga. Harap-harap ini jadi kenyataan dan Kelantan terus membangun bersama Islam dengan hasil ’emas hitam’ kurniaan Allah itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: