Ia datang lagi..

Lebih kurang seminggu saja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan. Maka bergembiralah orang yang beriman menyambutnya dan berduka lah syaitan dan sekutunya. Ramai yang menanam azam untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih berkualiti dari yang lepas-lepas. Harap azam itu menjadi realiti melalui kaedah berpuasa yang menepati syariat dan juga amalan -amalan baik yang lain disepanjang bulan itu. Semoga buku baru yang dibuka pada nisfu Syaaban yang lalu akan dipenuhi catatan amalan yang baik dan berpahala lebih-lebih lagi dengan amalan dalam bulan Ramadhan yang berkali ganda pahalanya. InsyaAllah..

Mungkin dalam banyak-banyak bulan Islam ( 12 bulan la jugak..) Ramadhan dan juga Syawal lah yang paling diingati. Ramadhan kerana puasa dan Syawal kerana hari raya. Bulan-bulan lain rasanya ramai yang tidak ambil tahu kerana didalam kehidupan seharian kita banyak menggunakan bulan Masihi. Agak malang jika orang Islam tidak tahu mengenai bulan-bulan Islam apalagi peristiwa-peristiwa besar yang berlaku padanya.

Akibat tidak peka dengan bulan-bulan Islam..ada yang hampir tidak sedar Ramadhan sudah hampir. Kalau di Malaysia ini..ada yang buat tanda Ramadhan hampir tiba dengan berlansungnya majlis tilawah Al-Quran samada peringkat kebangsaan atau antarabangsa.” Eh..eh..dah tilawah al-Quran? nak dekat puasa le kita ya…! ”  itu dialog yang pernah didengari.

Yang lebih melucukan juga..ada ‘kawan-kawan’ yang berseloroh dengan mengatakan bulan puasa dah dekat sebab buah kurma sudah mulai dijual dikedai-kedai, malahan sudah ada iklan ditv dan radio jual kurma. Yang lebih teruk lagi bagi aku ialah tindakan pasaraya yang memainkan lagu raya dan mengadakan promosi raya padahal Ramadhan belum pun bermula. Bak kata Tok Guru Nik Aziz..”kalau mereka bukan Islam memanglah sebab mereka tak faham..tapi kalau orang Islam pun buat-buat tak faham itu yang susahnya..” aku faham bahasa yang digunakannya itu bukan untuk membela orang bukan Islam seperti dakwaan sesetengah orang tapi untuk menyedarkan orang Islam sendiri yang tidak sedar!

Ada juga yang menantikan bulan Ramadhan kerana peluang menambah pendapatan. Berebut-rebut nak jadi peniaga sementara dipasar Ramadhan. Bukan tidak boleh mencari rezeki menambah pendapatan tetapi niat kena betul. Nantilah Ramadhan kerana padanya ada perintah berpuasa oleh Allah yang wajib dilaksanakan. Barulah segala amalan lain tidak melanggar batasan. Jangan hanya mengejar duit hingga pukul 2 petang dah pacak payung buka gerai. Bimbang kalau-kalau hasil jualan kita disalahguna oleh golongan yang buka puasa awal!

Dengan bala wabak selsema babi yang melanda seluruh dunia..dan tempat kita juga tidak terkecuali, diharap umat Islam lebih berhati-hati. Jangan terlalu seronok sangat hendak meramaikan pasar Ramadhan tanpa tujuan. Pergi hanya untuk beli apa yang patut lepas tu balik. Semoga kesihatan kita berpanjang dan boleh melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna sebelum menyambut hari raya dengan gembira tanpa duka. InsyaAllah..

AHLAN YA RAMADHAN..RAMADHAN KARIM ALLAHUAKRAM

1 Comment

  1. Kumbe said,

    15 August, 2009 at 3:23 am

    Moga lebih baik dari Ramadhan sebelumnya….baca Quran banyak2…kalau nak pergi bazar Ramadhan hati2..pastikan pakai mask…:)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: