menginsafi diri

Didalam kita menghitung hari menuju Ramadhan, ada diantara kita dijemput lebih dahulu pulang mengadap Allah sebelum sempat menjalani ibadah puasa untuk kesekian kalinya. Hampir seluruh negara terutamanya para peminat irama nasyid gempar dengan kematian ustaz Asri Ibrahim, vokalis utama kumpulan Rabbani. Walaupun dia tidak kenal siapa kita (aku..) tetapi kita kenal dia melalui irama nasyid yang menusuk kalbu dan alunan zikir yang menginsafkan yang disampaikan olehnya. Ramadhan juga sinonim dengan beliau kerana suaranya selalu berkumandang samada mengalunkan zikir atau melaungkan azan, Begitu juga takbir raya yang merdu. Tapi Ramadhan ini dia sudah tiada walaupun suaranya mungkin masih boleh didengari melalui alatan media.

Hari minggu yang lalu (16 Ogos) aku dikejutkan pula oleh sms yang dihantar oleh rakan sekerja memberitahu bahawa suami cikgu sekolah aku telah meninggal dunia. Setahu aku dia tidak sakit. Dia (arwah ) juga seorang cikgu yang sedang berada hampir penghujung khidmatnya. Rupanya sakit yang datang tiba-tiba itu hanya menyerang lebih kurang 24 jam sebelum saat ajalnya tiba. Oleh kerana lambat tahu berita..aku hanya sempat ketanah perkuburan mengiringi jenazah. Disitu lah aku terasa benar-benar tersentuh apabila mendengar talkin yang dibacakan oleh imam.Talkin itu dibacakan didalam bahasa melayu untuk memberi peringatan kepada orang masih hidup yang mengiringi jenazah itu. Alangkah…terasa gentar didalam hati memikirkan bilakah tibanya giliran kita dan cukupkah bekalan yang kita bawa nanti. Amalan puasa Ramadhan kita yang telah kita lalui selama ini adakah diterima oleh Allah kerana kita tidak  tahu sempat atau tidak berjumpa dengan Ramadhan lagi walau harinya hanya tinggal lebih kurang seminggu untuk bersua.

Sebelum entry ini ditulis..tiba-tiba sms diterima dari adinda dikampung halaman. Isinya sekali lagi pemberitahuan tentang jiran terdekat sudah meninggal dunia. Dulu pernah aku menulis sedikit tentang dirinya yang sudah uzur tetapi masih mampu berjalan. Kini..hanya selepas malam semalam bertanya khabar dengan adik tentang dirinya..malam ini dia sudah tiada. Sesungguhnya apabila telah datang ajal tidak akan dilambatkan atau diawalkan walau sesaat.

‘Jiran kita yang ini pun sudah kurang sihat. Kalau dulu dia lah yang selalu menjadi bilal dibalaisah kita. Suaranya yang parau memang sesuai terutamanya untuk mengejutkan orang untuk solat subuh. Tapi sekarang sudah jarang-jarang didengari suaranya melaungkan azan. Memang dia sudah kurang sihat. Batuk-batuk dan sakit kaki. Kita tahu  sebab memang sebelah rumah. Nak kerumah kita kena lalu depan rumah dia dulu. Kalau lah dia tak ada nanti makin terasa sunyi lah persekitaran rumah kita.’

Itu antara petikan cerita kita tentang dirinya didalam entry hampir setahun yang lalu. Kini dia sudah kembali menghadap Allah. Selepas ini, bila aku balik kampung tidak mungkin akan aku dengar lagi suaranya melaungkan azan. Dan semakin tiadalah generasi awal disurau kami. Tidak sempat lagi dia merasai berterawih disurau yang baru dibaiki dari kayu kepada batu itu. Dan semakin kuranglah generasi tua dikampungku. Walaupun hanya tinggal beberapa hari lagi untuk berjumpa Ramadhan ternyata janjinya hanya sampai disitu. Kita yang masih diberi peluang ( InsyaAllah ) oleh Allah ini harap dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna sebagai bekalan bilamana masa kita pula tiba untuk ‘dijemput pulang…’

1 Comment

  1. baduk said,

    18 August, 2009 at 2:33 pm

    Al-fatihah buat pak do mejah..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: