Masih ada rezeki

Malam tadi (20 ogos)  motorsikal ku nyaris dicuri. Alhamdulillah oleh kerana ianya masih lagi rezeki ku, hajat sipencuri tidak kesampaian. Peristiwa berlaku sekitar jam 1 pagi. Aku yang baru melelapkan mata tiba-tiba dikejutkan oleh deringan telefon dari jiran rumah bawah mengatakan ada pencuri yang nak curi motor. Apa lagi..bergegas la aku turun bersama mereka. Alhamdulillah motorku masih ada ditempat aku parking petang tadi.

Cerita anak jiran ku itu..dia yang masih belum tidur terdengar bunyi deruan enjin motor masuk kawasan rumah kami. Kemudian terdengar seperti orang bertukang mengetuk sesuatu. Dia yang mengesyaki sesuatu lantas menjerit melalui tingkap sebelum terdengar deruan enjin motorsikal keluar. Setelah diperiksa rupanya motor ku yang hampir menjadi mangsa kerana yang ada disini hanya motor ku yang memang jenis laris dipasaran pencuri. Motorku jenis EX5…

Honda EX5..peneman ketempat kerja

Honda EX5..peneman ketempat kerja

Pintu pagar utama kawasan rumah kami memang tidak dikunci, sekadar tutup sahaja kerana penghuni yang keluar masuk tidak menentu masanya. Pencuri itu aku kira agak berani kerana kawasan rumah kami terang benderang dengan cahaya lampu sampai ke pagi. Setelah diperiksa, bunyi ketukan itu ternyata memang kerja sipencuri mengetuk tempat kunci atau suis enjin motor ku. terpaksa lah ditukar baru kerana sudah tidak berfungsi lagi. Nak hidupkan enjin pun tak boleh,terpaksa tolak saja kebengkel. Menyusahkan orang betullah sipencuri itu..

tak boleh digunakan lagi..

tak boleh digunakan lagi..

Sebenarnya..ini bukanlah kali pertama kejadian seperti ini berlaku. Motorku ini sebenarnya telah pun dicuri ditempat yang sama iaitu dibawah rumah sendiri 4 tahun yang lalu. Oleh kerana masih ada rezeki dan jodoh lagi..ia ditemui oleh pihak polis di Cameron Highlands. Dan oleh kerana ia jadi kes mahkamah, maka aku terpaksa lah bawa motor ku kemahkamah untuk proses perbicaraan sebagai barang kes. memang merenyehkan aku tetapi sangat-sangat bersyukur kerana rezeki masih ada. kalau tidak hanguslah rm3000 kerana waktu itu motor masih baru lagi. Seingat aku sipencuri yang berbangsa melayu itu dikenakan hukuman 10 bulan penjara. Insaf atau tidak tak tahu la pulak aku.

Aku sangat bersyukur kerana Allah tidak tarik rezeki dariku..mungkin sebagai peringatan kerana kelekaan dan kelalaian ku selama ini yang disedari atau tidak. Terima kasih juga kepada jiran yang mengambil berat dan saling bantu membantu. Semoga Allah membalas budi kalian semua..

3 Comments

  1. Kumbe said,

    21 August, 2009 at 7:30 pm

    Nasib demo baik…kalu dok gak…jenuh pulok nok beli baru…baso pencuri takdok otok…molek kalu de gak bui nyepak sapa tepokk….

  2. BroNaz said,

    22 August, 2009 at 11:30 am

    kali ke 2. Motor n tempat yg sama…pencuri sama jugak ko? nampaknya muto tu masih nk berbakti kpd tuannya. Muto pun tau nk buat baik ngan ustaz. Manusia?????

  3. Abutaqiyuddin said,

    27 August, 2009 at 8:20 pm

    Syukur Alhamdulillah! Budak baru belajar nak mencuri. Biasala kalu kerajaan hak ada diperakpun kerajaan mencuri. Jadi kerajaan cara mencuri wakil rakyat. Maka rakyat ikut mencuri juga laaaa.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: