Kuih bulan puasa..

Assalamualaikum dan salam Ramadhan….(kalau RTM salam 1 malaysia)

Alhamdulillah masuk hari ini dah 8 hari kita berpuasa di Bulan Ramadhan. Syukur masih diberi kesempatan dan kesihatan oleh Allah untuk melaksanakannya sebaik mungkin. Entry kali ini tidak ada suatu yang istimewa nak diperkatakan. Cuma ingin berkongsi gambar beberapa kuih tradisional kelantan yang popular bila tibanya Bulan Ramadhan. Bukan tidak ada pada bulan-bulan lain tapi sudah menjadi tradisi di Kelantan kuih-muih yang agak manis ini menjadi pilihan untuk berbuka. Mungkin nak ambil sunat berbuka dengan benda yang manis selain kurma.

Bagi anak-anak Kelantan diperantauan, kuih-muih ini memang diingati bila tiba bulan puasa. Harap yang tak dapat balik berpuasa dikampung tu boleh la lepas rindu dengan tengok gambar yang diambil oleh jurukamera tak pro dengan kamera cap ayam ni…

AKOK - koho kedut koho sedap!

AKOK - koho kedut koho sedap!

Boleh dikatakan setiap pasar ramadhan ada yang jual akok..tepi-tepi jalan pun ada warung bakar akok. Kira kategori kuih bernilai tinggi sebab kadang-kadang orang letak atas ‘anak kasa’ buat hantaran.

NEKBAT - kuih yang hanya muncul bulan puasa

NEKBAT - kuih yang hanya muncul bulan puasa

Bahan asasnya ialah telur kuning..agak manis tapi sedap. makan lepas terawih pun buleh juga.

BUAH MULONG - dikenali juga sebagai buah kekoh cha..

BUAH MULONG - dikenali juga sebagai buah kekoh cha..

Nak makan kena tunggu sejuk , kalau tidak ternganga mulut sebab didalamnya ada manisan (gula melaka)

PUTERI MANDI - dipanggil juga onde-onde

PUTERI MANDI - dipanggil juga onde-onde

macam buah mulong tapi dia ada kuah..orang muda zaman sekarang tak berapa nak makan, mungkin bagi mereka lebih baik makan burger yang ala-ala mat saleh tu..

CENDOL - kalau tak kenal tak tau lah!

CENDOL - kalau tak kenal tak tau lah!

Bulan puasa memang cendol popular dikelantan selain dari butir sagu. yang menariknya warna cendol ni biasanya hijau campur putih. tak pernah jumpa cendol warna biru atau merah..

AIR TUAK - nak minum kena panjat dulu..

AIR TUAK - nak minum kena panjat dulu..

Lari tajuk sikit..ni bukan kuih tapi air. Walaupun namanya tuak tapi halal sebab tak memabukkan. jadi jangan hairan jika diKelantan pak haji pun minum tuak.. bahasa bakunya ialah air nira..Bulan puasa memang menjadi rebutan sampai ‘tok nyadat ‘takdan tangan dan kaki nak panjat kelapa.

Sebenarnya banyak lagi kuih tradisional Kelantan yang muncul pada bulan puasa sahaja tapi tidak lah pulak mampu saya letak kat sini semuanya. Sekadar yang sempat dibeli atau dimakan semasa balik kampung awal ramadhan yang lalu saja..Selamat berpuasa !

7 Comments

  1. naseemsobah said,

    4 September, 2009 at 3:59 am

    Tempat ambo buah mulong tu dipanggil onde-onde… teri mandi ngan onde-onde tak sama…
    rupanya satu kelantan pun berbeza nama, tak heran lah antara negeri lagi lah berbeza…
    satu lagi yg patut dimasukkan ialah “sagupal” tempat lain tak jupo lagi hehehe

  2. 4 September, 2009 at 7:14 pm

    Sedap weh kalu tegok tengahari bule posa. Masjid daerah kinabatangan buat atas bukit depan hospital daerah. besar juga. Tapi imarah tak tahu lagumana. La ni ramai lagi, lepas raya tak tahu la.

  3. Kumbe said,

    6 September, 2009 at 4:16 pm

    Tmpt kawe pun serupo…onde-onde tu buoh mulong…ataupun woksir panggil buoh kekoh chaa…:D

  4. khadimquran said,

    8 September, 2009 at 5:46 am

    Salam..sedak molek kuih2 tu..kawe dok jauh tgk gmbar pn jadi la..jemput ziarah blog kawe..kite tuka2 fikiran u islam..

  5. pacoksiku said,

    30 September, 2009 at 12:36 pm

    mahal wes air tuak di tanoh meroh ari tuh .. seploh rial sor supik pom ado .. mujur di kedai lalat muroh2 … dea la 2, 3 kali kawe pekena … nyamannnn haha!

  6. awesulong said,

    30 September, 2009 at 9:33 pm

    10 rial supik tu berapo gelas..biasa loni segelas tu 2 rial…tok nyadat xleh rukah pohon nyor nya dok gattung ditukil puak2 nak beli tuak…ha..ha…

  7. IlkigQho7 said,

    1 June, 2010 at 11:04 am

    Hi there everyone, can somebody support please.

    For what reason will not the links on the top menu of the forum webpage that submit a message work for me?

    Cheers


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: