Gegar….!

Alhamdulillah..kini aku dah kembali ketempat mencari rezeki setelah lebih kurang sepuluh hari beraya dikampung. Hari raya disambut secara sederhana macam biasa. Apabila kita dah dewasa ni taklah teruja sangat nak sambut raya macam zaman kanak-kanak dulu. Lagipun suasana sudah berbeza..ramai orang yang kita kenali sudah tidak ada lagi beraya bersama.Surau pun sudah ramai generasi kedua. Tapi yang lebih aku dukacita..sejak setahun dua kebelakangan ini sambutan malam hari raya menjadi begitu bingit dan menggerunkan. Lepas berbuka pada hari terakhir Ramadhan dan selepas pengumuman raya, dentuman mercun bersahut-sahutan jauh dan dekat. Tiada lagi ketenangan dimalam raya. Kita sudah mengambil budaya orang lain untuk menyambut raya. Setahu aku, orang cina pasang mercun untuk halau hantu, orang melayu pula pasang mercun untuk apa…? Untuk panggil hantu kot! sebab sepanjang Ramadhan iblis dan syaitan dibelenggu..tiba syawal masa untuk bebas disambut bunyian dan asap yang kelam. memang bergegar telinga dan jantung! Memang sudah akhir zaman kita ini ya…

Hari ini 30 September..petang hari semasa aku sedang menghadap komputer lebih kurang pukul 6 suku..tiba-tiba terasa meja bergoyang..lepas tu tengok kipas pun bergoyang dan aku pun turut sama rasa bergoyang. Serta-merta teringat rasa yang sama pernah aku rasa tahun 2004 dulu..adakah ini kesan gempa bumi? tahun 2004 dulu berlaku dua gempa yang kuat dinegara jiran Indonesia..yang pertama mengakibatkan berlakunya tsunami. kejadian itu tidak aku ketahui kerana sedang dalam perjalanan kesini dari kampung. hanya setelah melihat berita ditv barulah dapat tahu. selang beberapa hari kemudian berlaku sekali lagi gempa yang kuat juga tapi kali ini tiada tsunami. Waktu itu lah aku merasakan kesan gegaran kali pertama disini. Waktu itu aku tinggal ditingkat empat. Walaupun sekejap tetapi cukup merisaukan kerana kita berada ditempat tinggi. Sebab itulah apabila aku merasakan bergoyang tadi aku teringatkan rasa yang sama dulu. kita disini sebenarnya hanya merasakan goyangan sahaja..bukan gegaran. kalau gegaran aku yakin akan ada bangunan yang tumbang atau kerosakan seperti dipusat gegaran sana. Alhamdulillah kita disini masih dilindungi Allah dan dijauhkan dari bencana itu.

Dan sebenarnya..’goyangan’ yang sedikit itu adalah amaran dari tuhan! Sehebat mana manusia, setinggi mana ilmu sains dan teknologi,secanggih mana material pun tidak dapat menandingi kekuasaanNya yang menciptakan alam ini. Jangan dengan setitis ilmu yang diberi oleh Allah, dengan sekelumit kuasa yang dipinjamkan olehNya pun kita sudah merasakan hebat didunia ini sehingga sanggup menggunakan ilmu dan kuasa itu untuk menentang hukum Allah itu sendiri. Kita disini bencana yang paling teruk dan selalu melanda adalah banjir. Tetapi telah ada suara yang menyatakan bahawa dengan perancangan yang hebat dan teknologi canggih yang mereka bawa..mereka jamin banjir tidak akan lagi berlaku! astaghfirullah…Kita hanya merancang,tuhan yang menentukan.  Apa yang pasti kita perlu berusaha dan berikhtiar tetapi bukan pemutus. Akhirnya, marilah kita sama-sama memohon dari Allah agar tanahair kita terus dipelihara oleh Allah dari segala mara bahaya dan menjadi sebagaimana yang dikatakan..’Baldatun Thoyyibatun Warabbun Ghafur..’

1 Comment

  1. sot said,

    2 October, 2009 at 4:57 am

    Bala Allah itu sebagai peringatan kepada orang yang beriman. Banyakkan bersyukur kerana di goyang bukan di ganyang.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: