Bercerai kasih, Talak…

Hati ini tumpang bersedih bila mendengar berita yang kurang menyenangkan menimpa sanak saudara atau sahabat kita. Dalam kita masih bergembira dalam suasana hari raya, saudara kita di Padang ditimpa musibah gempa bumi. Ramai yang terkorban. Anak kehilangan ibu bapa, ayah dan ibu kehilangan anak-anak, isteri menjadi janda dan sebaliknya juga suami kehilangan isteri tercinta dalam sekelip mata. Mereka itu ibarat pepatah melayu..’bercerai kasih talak tiada’.

Tapi lebih dukacita lagi bila bercerai kasih dengan talak. Suami kehilangan isteri, isteri kehilangan suami, lebih terasa lagi anak-anak yang merasai kehilangan salah seorang ibu bapa mereka yang tidak lagi tinggal bersama walau masih wujud dialam dunia ini. Hubungan darah anak dan ibu bapa tidak akan putus, tetapi jika anak yang kecil, yang masih tidak mengerti apa-apa, yang masih mendambakan kehadiran seorang ayah dan ibu disisinya, tiba-tiba sebaliknya berlaku..tentunya meninggalkan kesan yang negatif diminda dan emosi mereka.

Sesungguhnya ajal maut,jodoh pertemuan itu didalam kekuasaan Allah. Sebagai seorang hamba kita wajib beriman dengan Qada’ dan Qadarnya. Tetapi Allah kurniakan iman,ilmu dan akal kepada hambanya supaya berikhtiar mengubah nasib diri. Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri. Oleh itu..talak atau cerai adalah jalan terakhir bagi suami isteri jika berlaku selisih faham. Hadis nabi (s.a.w) yang diriwayatkan oleh Abu daud bermaksud :” Tiada sesuatu yang halal tetapi dibenci oleh Allah kecuali talak…” Hadis lain yang diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) bermaksud :”Kahwinlah dan jangan bercerai-berai kerana perceraian itu boleh menggegarkan tiang Arasyh..”

Jika sudah tidak ada jalan lain selain penceraian..maka biarlah ianya dengan cara yang baik tanpa dendam atau memutuskan terus silaturrahim. Walau ikatan sebagai suami isteri sudah putus, tetapi jika ada anak, hubungan ibu bapa tidak putus. Nafkah masih wajib diberi. Begitu juga kasih sayang. Mohon kepada mereka yang ditimpa ujian ini bersabar kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya disisi Allah, mohon juga dari Allah agar dilindungi rumahtangga kami selamanya dan kekal dalam suasana rukun dan damai. InsyaAllah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: