Beringat..takut gelecoh!

**Sehubungan itu, Dr Mahathir menempelak sikap penyokong PAS yang percaya kepada Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mendakwa sesiapa yang mengundi parti itu akan memasuki syurga.

“Nik Aziz kata, pangkah PAS masuk syurga. Patut ada orang bangun, kata (perkara itu) tidak betul,” katanya dalam sesi dialog intelektual di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

“Tetapi (oleh kerana) ketua dia kata, mesti ikut. Ini masalahnya, setia pada pemimpin sampai kita tidak soal dia, betul atau tidak.

“Sebab itu kita lihat, ada (ajaran) Ayah Pin, Ashaari Muhammad dan Rasul Melayu. Bila ada seorang kata (sesuatu), jangan tanya, terima saja. Jadi banyak yang jadi fanatik.”

Dalam pengamalan undang-undang syariah pula, katanya, umat Islam cenderung melihat persoalan “potong tangan, potong kepala dan sebat” berbanding melihat keadilan sesuatu hukuman itu.

Al-Quran kata, hukumlah dengan adil. Kita tidak kira adil atau tidak adil. Yang kita kira, hendak potong tangan dia, potong kepala dia, nak sebat dia.

“Prosedurnya pula, mesti ada empat orang saksi. Mana ada empat orang saksi dalam kes rogol. Apa dia buat dok tengok tapi tidak tolong?” katanya berseloroh.

Sebaliknya Dr Mahathir berkata, terdapat perlbagai cara bagi membuktikan sesuatu kesalahan syariah, seperti kes Nabi Yusuf dituduh mencabul kehormatan Zulaikha – yang dibuktikan melalui keadaan baju rasul itu yang terkoyak.* ( baca semua’ disini’)

Berasa gerun dengan apa yang dituturkan oleh Tun Dr. Mahathir itu..Mungkin ini adalah ayat yang diolah wartawan sebagai penulis tetapi mungkin juga ditulis terus tanpa diolah. Apa-apa pun secara zahirnya, saya merasa sedikit gerun dengan ayat itu. Terutama dengan ayat yang dibold itu. Saya tidak tahu apa yang ada dalam hati Tun semasa dia melafazkan ayat ini tetapi hanya melihat secara zahir seperti beliau mempertikai apa yang telah dinyatakan didalam Al-Quran. Bab hudud,potong tangan,sebat dan saksi itu nyata didalam Al-Quran. Tidak lah saya alim untuk menghuraikannya tetapi sepanjang pengetahuan saya itulah yang diperintah oleh Allah keatas kesalahan jenayah tertentu. Bukanlah potong tangan atau sebat itu tidak adil dan bukan juga prosedur tidak betul tetapi akal manusia yang mentafsirnya begitu. Apa lagi ia bukanlah untuk diselorohkan.

Syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad sebagai Rasul terakhir adalah syariat yang syumul,lengkap. Semuanya telah ada didalam Al-Quran. Mungkin ada yang berbeza dengan syariat Rasul terdahulu tetapi kita umat Muhamad mesti menerima syariat zaman ini. Kes Nabi Yusof dan Zulaikha itu adalah satu mukjizat. Mana mungkin ( ikut akal  ) zaman sekarang bayi boleh bercakap untuk menyatakan kebenaran. Akibat mempertikaikan syariat sebelum melaksanakan nya lah bagi saya jenayah pada masa sekarang berleluasa.

Tun memang selamanya tidak bersetuju dengan Tok Guru Nik Aziz. Tetapi entah dari mana beliau dengar bahawa tok guru kata pangkah PAS masuk syurga. Sepanjang yang saya tahu dan dengar kata-kata atau ceramah tok guru, tidak pernah secara terus beliau mengatakan sedemikian. Cuma yang dikatakan ialah secara kaedahnya begitu..sesiapa yang menyokong Islam jalannya ialah syurga. Bukan atas nama PAS tetapi Islam. Cuma apa yang dibawa oleh beliau dan PAS itu adalah untuk memenuhi tuntutan Islam, maka begitulah kaedahnya.

Dari dahulu hingga sekarang sudah banyak juga kenyataan yang agak ‘mengerunkan’ tentang hukum syariat ini keluar dari mulut Tun. Yang terbaru sebelum ini ialah ulasannya mengenai hukuman sebat terhadap Kartika. Seperti yang beliau sendiri katakan diatas, …Patut ada orang bangun, kata (perkara itu) tidak betul ...kepada beliau sendiri ketika ucapan itu dituturkan.


1 Comment

  1. baduk said,

    23 October, 2009 at 2:02 am

    dia hok sesat yang nyata..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: