daulat tuanku

Hari ini 15hb Januari dijangka akan berlaku gerhana matahari separa. Oleh itu umat Islam disunatkan untuk  bersolat sunat gerhana disamping berdoa, bertakbir dan berselawat. Ini sebagaimana saranan Rasulullah melalui hadisnya yang bermaksud :

Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat hal itu itu maka berdoalah kepada Allah, bertakbir, bersolat dan bersedekah.

Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah…InsyaAllah

Hari ini aku melihat sesuatu yang jarang dapat dilihat diakhbar Malaysia atau memang jarang berlaku di Malaysia. Seorang Tengku Mahkota merangkap pemangku raja mengimamkan solat dan dibelakangnya makmum yang terdiri dari alim ulama, pemebesar dan rakyat jelata. Sebagai rakyat, aku rasa bersyukur kerana mempunyai raja yang sebegitu. Memang telah diketahui bahawa baginda seorang yang mempunyai pengetahuan agama dan mengamalkannya. Setiap tahun dalam majlis korban dihari raya haji, baginda sendiri akan menyembelih seekor lembu korban. Baginda tidak hadir sekadar jadi tetamu atau perasmi sahaja.

Melihat gambar itu, aku terfikir bahawa baginda tengku telah melaksanakan kewajipannya dalam beberapa perkara. Pertama kewajipannya sebagai seorang hamba Allah. Sebagai seorang hamba,kita diminta sentiasa berdoa kepadaNya dalam setiap perkara semasa susah atau senang. Tak kira seorang pembesar atau rakyat jelata..kita semua adalah hamba Allah.

Perkara kedua ialah baginda telah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin kepada rakyat. pemimpin yang bertaqwa ialah pemimpin yang layak ditaati oleh rakyat. Boleh menjadi pemimpin dalam solat adalah satu ciri kepada kebolehan menjadi pemimpin kepada rakyat dengan baik InsyaAllah. Semoga baginda termasuk dalam golongon pemimpin yang layak ditaati sebagaimana maksud Firman Allah :

“Wahai orang-orang yang beriman, Taatlah kepada perintah Allah dan taatlah kepada perintah rasul dan kepada pemimpin dari kalangan kamu….”

Perkara ketiga yang aku dapat lihat ialah baginda telah melaksanakan kewajipannya sebagai seorang anak dengan baik. Selain dari menjaga secara zahir, baginda tidak lupa untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ayahandanya. Dan ini dilakukan sendiri sebagai seorang anak tanpa meminta orang lain melakukannya seperti kebanyakan dari kita hari ini. Walhal, dibelakangnya ada alim ulama, pelajar-pelajar pondok dan sekolah agama dan juga mufti yang boleh sahaja diminta untuk mendoakannya. Alhamdulillah aku bersyukur dengan perkara ini.

Oleh itu pada pandangan aku, apabila rakyat berkumpul untuk menunjukkan taat setia kepada baginda memang lah layak dan padan kerana ciri-ciri kepimpinan yang dimilikinya itu. Semoga Allah melindungi Tuanku dari segala masalah seterusnya dapat mentadbir negeri dengan adil dan saksama. Daulat Tuanku!

1 Comment

  1. broNaz said,

    19 January, 2010 at 9:26 pm

    salam…tuan hamba juga seorang rakyat yg taat….byk mengambil berat hal2 raja…raja cakna, rakyat “bbena” (bahasa klasik klate)…begitulah adanya…daulat tuanku.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: