peristiwa gi belarok

Pertama-tamanya nak ucap taniah kepada wan zainal ( adik ipar ) yang selamat diijabkabulkan pada 7 Mac lalu. Isterinya orang Felda Jengka 12 Pahang. jadi rombongan belarok yang terdiri dari ahli keluarga terdekat datang dari kampung pagi 7 Mac sementara pada masa yang sama aku bertolak dari Perak merentasi kaki genting highlads dan menyusuri LPT kesana. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dari akad nikah pada malamnya hingga kenduri keesokannya.

Itulah pertama kali ke jengka..dan hasilnya banyak kali juga makan buah langsat (sesat) kerana banyak lorong dan keadaan jalan yang hampir sama setiap lorong. memang begitulah keadaanya dalam tanah rancangan.

Setelah selesai majlis kenduri dan belarok..maka masing-masing pun bergerak mengikut haluan masing-masing. Yang dari Kelantan terus balik kelantan, begitu juga aku sekeluarga terus bertolak ke perak. Sesampainya di R&R Genting Sempah berhenti sekejap (tanpa matikan enjin kereta) kerana isteri dan anak ketandas. Tiba-tiba enjin kereta mati sendiri. Waktu itu masih awal sekitar jam 4.30 petang. Aku anggarkan kami akan sampai kerumah selewatnya jam 7.00 malam.

Setelah beberapa kali mencuba tak juga mahu hidup. Aku mula risau kerana tak tahu apa yang perlu dibuat. Akhirnya datang pomen (aku agak tak bertauliah dari mana2 pusat mekanik) menawarkan bantuan. Dalam keadaan yang terdesak begitu, aku terpaksa menerima apa jua tawaran asalkan selamat kembali. Maka mulailah mereka bekerja dari mencari punca masalah kepada pergi membeli dan menukar barang. kebetulan hari Ahad,cuti hujung minggu tak ada kedai yang buka kecuali yang tertentu sahaja. Aku pasrah dan redha walau apa jua yang akan berlaku asalkan kami sekeluarga selamat balik. Anak-anak dan isteri mulai gelisah menunggu.

Akhirnya setelah hampir berputus asa mencuba dan aku sudah bersedia mengambil keputusan untuk tinggalkan saja kereta disitu untuk mengikut sepupu yang datang dari Bangi pulang kerumahnya, kereta itu mahu hidup juga. Alhamdulillah..syukur tak terhingga kerana waktu itu sudah jam 11 malam. Anak-anak sudah letih dan mengantuk. Setelah membayar dengan harga yang agak tinggi dari biasa ( pasrah saja lah..) kami pun bertolak ke Bangi. Masuk je kereta anak-anak terus lelap. letih bebeor gamaknya. Terpaksa juga menelefon pembesar sekolah tempat kerja mohon cuti mengejut keesokannya kerana tak dapat balik malam tu. Dah hampir pukul satu pagi baru sampai ke bangi dan baru dapat berehat.

Alhamdulillah..syukur banyak-banyak kerana Allah tidak beri ujian yang lebih berat seperti kereta tu mati kat atas bukit Genting atau tempat yang tak ada orang. Terima kasih kepada semua yang membantu. ini memberi pengajaran supaya sentiasa bersedia dari segi masa, duit dan penyelenggaraan sebelum memulakan musafir. tapi kalau dah nak jadi apa yang nak dikatakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: