Awas..berhati-hati

Dah lama tak mencoretkan sesuatu disini. Kali ini tergerak hati nak mencoretkan satu pengalaman sebagai panduan dan ingatan bersama. Kisahnya tentang cubaan menipu melalui panggilan telefon.

Suatu hari saya menerima satu panggilan telefon yang mengaku dari syarikat minuman tenaga power root. Dia menyatakan bahawa power root akan mengadakan undian untuk promosi musim baru bersama rosyam nor.Apabila dipilih secara rawak,nombor telefon saya yang terpapar diskrin dan dipilih untuk dihubungi.Jadi kiranya saya ni pemenang bertuahlah walaupun tak minum power root tu..

Untuk memasukkan duit sebanyak rm5000 itu terus keakaun saya, saya tidak perlu bagi no akaun kerana mestilah rahsiakan..(katanya lah..)saya cuma perlu pergi ke mesin atm dan ikut arahan yang akan diberi sehingga duit itu diterima..Wow! senangnya nak dapat rm5000…

Setelah saya mendengar segala penerangannya yang bersusah payah memahamkan saya itu..akhirnya saya mengatakan saya tak berminat. Alangkah terkejutnya saya apabila dia memaki dan menyumpah-nyumpah saya. Antara yang saya sempat dengar ialah : “buduh!buduh!sudah tua pun buduh!…” saya menjawab..kamulah yang bodoh! sebelum meletakkan telefon.

Ada beberapa perkara yang membuatkan saya sangsi apabila menerima panggilan telefon itu. Pertamanya tiada nombor dipaparkan.hanya private atau anoynamus. keduanya slang atau loghatnya seakan loghat indonesia atau Malaysia timur. Ketiga.. menerangkan tak perlu no akaun tapi bertanya kad atm warna apa dan bank apa..saya rasa benda ini bukan baru.Modus operandi ini sudah lama dilakukan tetapi walaupun sudah diingatkan mereka tetap menjalankan operasi dengan harapan ada yang kena. Alhamdulillah tuhan melindungi saya dari menjadi mangsa kali ini.

Jadi saya tuliskan disini agar ia boleh menjadi ingatan untuk kita semua supaya berhati-hati menerima panggilan seperti itu. jangan mudah terpedaya dan tergoda dengan tawaran lumayan yang akhirnya duit kita pula melayang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: