Cerita berulang…

Aduhai sedihnya hati bila membaca berita seorang anak kecil yang tidak mengerti apa-apa menjadi mangsa mercun. Peristiwa semacam ini bukan lah pelik setiap kali menjelang Ramadhan dan Aidilfitri, tetapi yang ini agak sadis bagi aku. Bayangkan mangsa boleh melambung hingga tersangkut diatas pokok kesan dari letupan yang dahsyat itu.

Yang menjadi persoalannya,siapa yang boleh dipersalahkan..? Aku tak mahu pening kepala memikirkannya tetapi aku rasa tak berapa sedap hati dengan ibu bapa mangsa malang itu. Kalau lah benar apa yang dikatakan oleh berita TV..bahawa bapanya adalah  penjual atau pengedar mercun…alangkah…alangkah…ntah apa yang boleh dikatakan lagi.

Ingatkan sudah ada kesedaran yang menyeluruh tentang keindahan Ramadhan..seminggu pertama berpuasa, suasana tenang dengan surau dan masjid dipenuhi jemaah untuk beribadah. Tiada laporan kejadian letupan mercun dimedia-media massa. Tetapi masuk saja minggu kedua, mulai geger dengan letupan mercun hingga menganggu ibadah. Dimedia juga sudah ada berita ada yang sudah menjadi mangsa termasuk lah yang paling tragis ini. Mungkin strategi golongan gila yang hanya nampak duit sahaja ini, mensasarkan pertengahan Ramadhan untuk mula beroperasi mengedar dan menjual mercun. Golongan yang bergembira dengan kedatangan Ramadhan sebab nampak keuntungan dunia hasil jualan  barang haram.

Akhirnya..aku hanya mampu berdoa agar tiada lagi yang menjadi mangsa terutama ahli keluarga dan saudara mara. Semoga dapat menyambut lebaran dalam keadaan gembira dan diredhai Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: