Antara 2 kekasih

Bulan Febuari 2011, jika diperhatikan ada satu perkara yang direncanakan oleh Allah kepada hambanya untuk menguji keimanan kepadaNya. 14 Febuari yang selalu digembar gemburkan oleh satu golongan sebagai hari kekasih, yang lansung tiada nas atau asal usul atau kaitan dengan Islam, tetapi banyak juga umat Islam terutama remaja yang teruja menanti hari nya. Walaupun saban tahun ada pihak yang diberi izin oleh Allah untuk mengingatkan umat Islam tentang keharamannya dalam Islam, tetapi tetap juga ianya menjadi satu perkara yang dinanti. dengan memberi berbagai alasan supaya nampak ianya dihalalkan. Valentine’s day – ramai anak-anak muda Islam, kalau yang bukan Islam tidak lah dikisahkan..turut membeli bunga atau coklat atau apa-apa hadiah untuk diberikan kepada kekasih, konon sebagai tanda cinta abadi. Dan ramai juga anak gadis yang dek kerana hari cinta abadi ini tergadai body. Na’uzubillah! Malah dengan adanya kemudahan seperti internet dizaman serba moden dan pantas ini,menjadi medium yang mudah untuk memberi ucapan kepada para kekasih hati, kononya.  Perkara -perkara sebegini senang sangat untuk diikuti dan diingati oleh anak muda islam, tetapi hakikatnya apa yang perlu diingati sebenanrnya, tidak pula begitu.

Selang sehari iaitu 15 Febuari adalah bersamaan 12 Rabi’ul awal 1432 hijrah..kalau ditanya kepada sebahagian anak muda, mungkin ada yang tidak tahu atau lupa apa peristiwa penting pada tarikh tersebut bagi umat Islam. Alhamdulillah, pada peringkat tertentu seperti sekolah, jabatan atau syarikat ada yang membuat sambutan Maulidur rasul S.A.W dengan berbagai cara sama ada ceramah, perarakan dan sebagainya. Sedikit sebanyak dapat juga memberi peringatan yang berguna kepada umat Islam. Tidak kisah lah dengan pendapat yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul itu bid’ah atau apa saja tetapi dengan cara betul jika dilakukan ianya dapat mengimbangi kesesatan yang cuba dijarumkan oleh pihak tertentu kepada generasi muda Islam.

12 Rabi’ul Awal adalah hari keputeraan Kekasih Allah, Muhammad S.A.W yang mulia,mengatasi apa saja yang dipanggil kekasih oleh kita didunia ini. Sewajarnya inilah yang patut menjadi keutamaan kepada orang Islam, yang lebih patut diiklan kan dimedia massa atau apa saja medium. Bukan beerti mengingati tarikh itu sahaja sebagaimana ramai dari kita yang menyambut hari lahir mereka, tetapi yang lebih penting apa yang dibawa oleh kekasih Allah itu kepada kita bermula 12 rabi’ul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571 M  hingga 12 rabi’ul awal tahun 11 hijrah tahun kewafatan Baginda rasulullah S.A.W. Apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah diikuti keran Baginda adalah utusan Allah, bukan sahaja kepad umat Islam tetapi untuk seluruh is alam ini.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

Surah Al-Anbiya, ayat 107

“Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Entry ini sebagai tazkirah kepada diri saya sendiri kerana melihat tahun 2011 ini adalah satu tahun yang Allah jadikan dua tarikh ini berdekatan dan berturutan, supaya kita semua mengmbil iktibar tentangnya. Janganlah kita salah memilih antara 2 kekasih…InsyaAllah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: