Kisah Basikal percuma…

Assalamualaikum…
Sudah lama tak mencoret sesuatu disini,hingga hampir lupa passwordnya. Perasaan nak mencatatkan sesuatu muncul setelah membaca satu artikel bertajuk ‘Negara kebajikan ala New Zealand’ tulisan Dr. Ubaidullah Mustafa.Antara isi ceritanya menyatakan Kerajaan New zealand memberi basikal percuma kepada setiap keluarga disana.

Ini mengingatkan saya kisah pemberian basikal percuma kepada murid sekolah suatu masa dulu sewaktu saya belajar sekitar ditingkatan satu atau dua.

Pemberian basikal itu adalah sempena lawatan MB pada masa itu Dato’ Muhamad Yaakob ( arwah) ke sekolah saya. Oleh kerana ada cikgu yang prihatin, yang selalu melihat kakak saya membonceng basikal kawannya kesekolah, maka dia mendaftarkan kakak saya sebagai seorang calon untuk menerima basikal tersebut.Kami sekeluarga hanya menerima sahaja jika ada yang ingin memberi walaupun kakak saya keberatan kerana memikirkan rasa malu untuk naik ke pentas menerimanya nanti dari seorang MB.Rupa-rupanya, proses untuk mendapat basikal percuma tersebut bukan hanya setakat mencalonkan nama tetapi kena temuduga dengan pihak kebajikan masyarakat.

Masih saya ingat suatu hari pegawai dari jabatan kebajikan masyarakat datang untuk meninjau keadaan hidup kami.Antara soalan yang ditanya yang masih saya ingat ialah, rumah yang diduduki ini rumah sewa atau rumah sendiri, apa peralatan lektrik yang ada dalam rumah, lampu yang dugunakan lampu panjang ( kalimantang) atau bulat?
Wah! susah juga nak dapat basikal percuma ya?fikir saya pada masa itu. Saya tidak pasti, calon penerima yang lain pun ditemuduga begitu atau tidak!

Ringkas ceritanya, apabila sampai harinya, nama kakak saya tiada dalam senarai penerima. Basikal itu hanya diterima oleh seorang wakil murid sahaja dan buka dapat kat dia pun. Basikal itu saya tengok hanya tersadai disekolah tanpa ada penerima.Kadang-kadang tunggang terbalik dalam bilik stor. Setiap kali melihat basikal itu pada masa itu, saya berkata dalam hati..mungkin inilah basikal yang sepatutnya kakak saya dapat.Oh..sedih rasanya saya mengenangkan proses birokrasi yang terlalu menekan dan akhirnya membazir itu walaupun kakak saya gembira katanya.

Itulah bezanya kebajikan ala malaysia dan new zealand yang saya dapat lihat.Walaupun begitu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu yang mencadangkan nama kakak saya sebagai penerima itu. walaupun dia antara ‘orang kuat’ sebelah Mb itu, tetapi dia tidak memilih pihak, atas dasar anak muridnya yang dilihat layak sahaja pencalonannya itu. Jangan cikgu merasa malu alah kepada keluarga kami kerana kami tahu itu bukan salah cikgu.

Saya pada waktu itu baru awal belasan tahun tapi sudah mengerti apa itu pilih kasih dan ketidakadilan kerana bukan itu peristiwa pertama seumpamanya menimpa keluarga kami. Tetapi harapan kami hanyalah kepada Allah, bukan bergantung harap kepada sesama manusia. Biarlah perkara itu menjadi kenangan kepada kami sekeluarga.

Walahua’lam.

3 Comments

  1. abuya said,

    25 July, 2011 at 3:29 am

    Pilih kasih yang mereka kasih dan boleh berkasih kasihan sahaja. Miskin kaya bukan ukuran, geng dia dapatlah. Mereka lupa..ingatan itu diingati sepanjang hayat.

    Ayuh bersama kerajaan Berkebajikan dan jauhi sifat mazmumah..

  2. Anonymous said,

    25 July, 2011 at 4:38 am

    salam,
    di NZ GST amat tinggi, cukai tinggi…dll…memang makanan murah, tapi susu jer la, kereta second hand murah la….dan sebenarnya rakyatnya tidak material, sebab tu nampak macam semua org senang….tapi tak la sesenang mana…nak pakai ambulan pun kena bayar….kaji sistem cukai NZ, baru kita faham macam mana kemudahan yang diberi percuma sebenarnya dibayar terlebih dahulu….duduk la di sana lama sikit, fahami sistem pemerintahan lepas tu bandingkan dengan negara malaysia….dan ingat NZ hanya memiliki 6 juta penduduk yang pastinya kos mengurus lebih rendah berbanding 27juta di malaysia…..bagaiamana pula dengan hospital….murah ke kat sana?

  3. awesulong said,

    26 July, 2011 at 12:28 am

    Terima kasih atas penerangan ‘Anonymous’ tentang NZ…ttpi saya membuat prbandingan tentang cerita basikal sahaja..cerita basikalyg dipolitikkan. saya tak tahu berapa GST disana ttpi saya tahu brp GST di negara kita..sekarang sdh meningkat!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: