1433 bersamaan 2012

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah..kita sekarang sudah berada ditahun yang baru samada tahun hijrah atau masihi. Tahun masihi sudah masuk bulan Safar atau bulan kedua dalam takwim Islam. Awal tahun hijrah tempoh hari atau dipanggil awal muharam, kita sambutnya dengan bacaan doa akhir dan awal tahun. Ramai yang melaksanakannya samada secara berjemaah disurau atau masjid dan juga secara individu. malah dibuat juga diperingkat tertinggi dimasjid negara dengan kehadiran tokoh-tokoh kepimpinan masakini. Alhamdulillah…Semoga doa kita dimakbulkan oleh Allah.

Namun bila tiba 1 januari, nampaknya sambutan tahun baru masihi lebih meriah disambut. Dengan bunga api,nyanyian dan sebagainya. Ada juga siaran lansung dalam tv serta dihadiri juga oleh tokoh-tokoh kepimpinan masakini. Dalam siaran berita ditayangkan cara sambutan tahun baru masihi diseluruh dunia dengan berbagai ragam dan cara. kalau nak dibandingkan cara sambutan itu, nampaknya negara kita tidak kalah dengan negara-negara lain hatta dengan negara barat yang menyambutnya sekali dengan perayaan krismas yang baru berlalu. Itulah hakikatnya dan itu lah gambarannya dimana kita..Wallahua’lam.

Alhamdulillah..ada juga yang menggunakan hikmah dalam menyantuni naluri anak muda yang telah terbiasa menyambut tahun baru ini. Tetap diadakan juga sambutan itu, tetapi dengan membuat beberapa perubahan yang sesuai dengan kehendak agama. Boleh berkumpul beramai-ramai tapi di isi dengan solat maghrib dan isya’ berjemaah, mendengar kuliah dan motivasi, hiburan yang dibenarkan dalam agama serta ada juga countdown detik 12 malam dengan alunan azan atau Al-Asma’ul Husna. Harapnya konsep ini akan dapat diperluaskan pada masa akan datang disemua tempat dinegara kita ini.

Seperkara yang agak pelik berlaku menjelang 2012 ini ialah kes pelajar upsi yang mengadakan demontrasi aman dipukul oleh polis. Amat dukacita perkara ini berlaku. Mengikut laporan, demontrasi itu hanyalah perhimpunan aman tanpa apa-apa kelakuan berbahaya yang perlu kepada polis memukul atau membelasah mereka. Pada pengamatan saya, yang lebih merbahaya pada malam tahun baru itu ialah gerombolan anak muda remaja yang bermotosikal kehulu kehilir dengan sengaja menguatkan bunyi enjin dan hon. Ada yang melakukan aksi bahaya seperti wheele dan sebagainya. Mereka ini sepatutnya ditahan dan dijatuhkan hukuman atau paling tidak diberi motivasi. Kalau nak buat seperti yang dilakukan oleh polis Acheh kepada kumpulan pemuda punk baru-baru ini pun sesuai. Saya percaya gerombolan bermotosikal ini ada dimana-mana sahaja dimalam tahun baru seolah-olah malam itu mereka bebas dari undang-undang jalanraya.

Belum lagi dikira yang memboncengnya..anak-anak gadis yang tidak memikirkan apa yang akan jadi pada dirinya. Sebab itulah ramai orang kata,malam sambutan tahun baru adalah malam menyemai benih..tunggu sembilan bulan dari sekarang banyaklah berita dalam tv dan suratkabar tentang kes pembuangan bayi..Na’uzubillah!

Kalau ada dikalangan kita yang membuat azam baru tak kira lah sama ada di tahun baru hijrah atau masihi..sama-sama lah kita berusaha dan berdoalah semoga azam baik kita itu termakbul dengan izin Allah. Azam saya..biarlah rahsia bagi saya..he..

Rabbana aatina fiddunya hasanah,wafil aakhirati hasanah, wakina azaabannar…Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: