Kecek-kecek bola

Asalamualaikum…

Sudah lama tak menulis tentang bola kelate. Sebenarnya usahkan nak tulis cerita bola kelate, pergi tengok bola distadium pun sudah berhenti lama. Sekadar ambik tahu melalui tv dan suratkhabar saja. Nak tinggal terus belum boleh lagi rasanya. Alah..macam orang hisap rokok la, niat nak berhenti tapi tak boleh terus berhenti. Kena perlahan-lahan, mula-mula berhenti beli dulu,lepas tu kurangkan bilangan batang sehari, makan gula-gula..apa-apa sajalah. Itu cerita deme yang hisap la. Saya tak merokok.

Bola sepak kelate kalau tak ada cerita kontroversi dalam setahun maam tak sah. Bermula dari dalam padang, pemain, jurulatih, penonton hinggalah ke pucuk pimpinan. Itu adalah rencah yang menghidupkan suasana bolasepak Malaysia sebenarnya. Sebabnya nak tunggu kejayaan pasukan negara bukan selalu. Tv dan suratkhabar pun tak ada berita nak buat nanti. Yang membuatkan rasa nak menulis tentang bola kelate kembali adalah sebab kontroversi paling hebat tahun ini iaitu Timbalan Presiden FAM digantung sebab beri kenyataan media. Saya tak guna istilah kritik macam wartawan guna sebab bagi saya itu bukan kritik tapi menjawab soalan wartawan yang bertanya serta cadangan dan cabaran untuk pasukan kebangsaan. Yang di bagitahu kepada wartawan ialah mengenai halatuju pasukan kebangsaan, adakah cara latihan dan pemilihan pemain sekarang ini menuju kearah yang betul untuk menjamin kejayaan akan datang. Sepatutnya pihak kejurulatihan kena anggap itu teguran dari pihak atasan mereka dan cuba mengambil peluang membetulkan kalau ada kesilapan. Tetapi nampaknya dalam FAM hanya presiden, setiausaha agong dan jurulatih sahaja boleh bagi pendapat.

Kalau diikutkan, setiausaha agong FAM lah yang betul-betul mengkritik pasukan Harimau Muda atau pasukan olimpik yang tak menang satu perlawanan pun dalam kelayakan olimpik. Sebabnya apa yang dia kata itu setelah perkara itu berlaku, tak boleh diubah lagi. Bukan tujuan menegur supaya berjaya. Tapi beliau menggunakan kuasa dan peruntukan undang-undang FAM yng pelik untuk melindungi dirinya. Juak- juak diluar pun menyokong tindakan itu atas alasan peraturan tetap peraturan. Ya betul peraturan tetap peratuaran, tetapi sepatutnya dinilai juga apa yang dikatakan oleh mereka berdua ( Timbalan presiden dan SU) yang mana satu lebih betul dan bermanfaat.

Memang menghairankan dalam FAM seorang Timbalan presiden sekali pun tiada hak untuk bersuara.Padahal itu adalah orang nombor dua dari segi hirarki jawatan. Selepas hukuman dijatuhkan sebagaimana diketahui umum, timbalan presiden kena gantung selama 2 tahun 6 bulan. Tidak boleh terlibat dengan mana-mana aktiviti bolasepak termasuk dengan pasukan negeri. Ini yang membimbangkan penyokong kelate. Ini jugalah yang pernah dirasai oleh penyokong Kedah sewaktu nasib yang sama menimpa Arwah Basri Akil, bapa bola pembangunan bolasepak Kedah dulu. Mereka ini orang yang mempunyai idea yang berlainan dalam bolasepak yang boleh membantu kejayaan bolasepak negara tetapi terpaksa membatu sahaja akibat kejumudan FAM. Yang nampak pelik, Setiausaha agong terus membisu selepas hukuman dijatuhkan, barangkali sedang meraikan kejayaan. Jurulatih negara pula menjawab soalan wartawan dengan penuh senyuman seolah-olah telah berjaya membuang masalah dalam diri. Semua nampak gembira dengan keputusan itu. Tak apalah kalau begitu. Semoga selepas ini pasukan kebangsaan akan terus berjaya.( Bukan FAM tapi khusus pasukan kebangsaan sahaja).

Dari satu sudut yang dapat saya perhatikan, nampaknya orang kelantan betul-betul menyanjungi Tan Sri Anuar Musa (TSAM) sebagai bapa pembangunan bolasepak Kelate. Semua pihak termasuk penyokong, kelab, kerajaan negeri dan individu sepakat menyatakan pendirian menyokong beliau dalam kes ini. Mereka menganggapnya sebagai satu kesilapan dan juga kehilangan. Kerajaan negeri kelate walaupun berbeza dari segi politik dengan beliau tetap mengakui dan menghargai jasa belaiu terhadap pembangunan bolasepak kelate. Kerajaan negeri juga sentiasa menolong setakat yang termampu selama ini walaupun sentiasa dipolitik dan dimanipulasikan. Tahun ini saya perhatikan, stadium lansung tidak digunakan oleh kerajaan negeri hatta untuk pertandingan Piala Emas raja-Raja sekalipun demi memberi peluang untuk pasukan the reds warriors. Terbaru, dari usaha dan kerjasama pihak KAFA dan perbadanan stadium membolehkan perlawan piala AFC diadakan di Kota Bharu walaupun sebelum ini diadakan di Stadium Bukit Jalil. Ini betul- betul mengembirakan peminat dan penyong kelate.

Alangkah baiknya bagi saya, kalau perkara sebegini dibawa juga dalam isu-isu lain. Tuntutan royalti minyak umpamanya, atas nama semangat kelate sepatutnya semua pihak bersatu dan bersama-sama menyokong usaha untuk menuntut hak itu tanpa memikirkan agenda dan kepentingan peribadi. Cukuplah jika hanya sekadar menyatakan sokongan moral sebagaimana kita memberi sokongan moral kepada TSAM dalam kes bola ini, kalaupun tak boleh terlibat lebih banyak dalam usaha menuntut royalti minyak. Tetapi sayang sebaliknya pula yang berlaku, orang kelate sediri yang beria-ia menentang supaya royalti minyak tidak diberi kepada kelate. Tak tahu lah apa yang bermain difikiran mereka sebenarnya.

Akhir sekali, saya mengharapkan agar pasukan the red warriors terus berjaya walaupan tanpa nakhoda kerana kerangka asas yang ditinggalkan sudah kukuh. Yang tinggal hanya perlu mengemudinya secara betul sahaja. Biarkanlah mereka yang seronok diatas sana terjun dengan labu-labunya!

GOMO KELATE GOMO!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: