Puteri ke dua

 

Alhamdulillah, pada 23 oktober bersamaan 7 Zulhijjah 1433h yang lalu, kami dikurniakan seorang lagi cahaya mata yang ke 4…puteri yang kedua yang diberi nama Nur Ibtisam. Hajatnya nak balik kampung awal untuk berhari raya dan bersalin kat sana tetapi sudah ditentukan olehNYA Ibtisam lahir disini..( tempat mencari rezeki). Semoga menjadi anak yang solehah..Amin.

My Family

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…

Alhamdulillah…anak-anak sedang membesar. Sekarang ni kami berlima..Kalau pergi kemana-mana ngam-ngam satu kereta. Tapi oleh kerana anak- anak masih kecil, tak terasa sangat kepadatannya. Insyaallah kalau ada rezeki dengan izin Nya, akan datang bertambah lagi ahli keluarga. Setiap waktu dalam proses membesar dan mendidik anak adalah satu pengalaman yang baru. Kerana..setiap masa mereka akan berubah sama ada dari segi pertumbuhan fizikal, tingkahlaku, minda dan sebagainya. Sama-sama bermohon semoga sepanjang jalan mendidik anak-anak ini, kita sentiasa mendapat hidayah dan inayah dari Allah agar hasilnya nanti selaras dengan kehendak syariat..Insyaallah..Amin.

Doa Ibubapa untuk anak mereka, seperti dalam Quran

Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.

Surah Al Imran ayat 8Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya

doa ibubapa kepada anakWahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

 

Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).

doa dapat zuriat baikKetika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan

Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).

doa ibubapa pada anak agar sembahyang, surah ibrahim ayat 40Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku

doa nabi ibrahim, surah ibrahim ayat 41“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan” Surah Ibrahim ayat 41

Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).

doa minta keturunan yang baikWahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128

Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).

al furqan 25 : 74,Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al Furqan 25 ayat 74

Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).

doa minta anak pandaiMaka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79

Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).

sura al hashr ayat 22Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22

surah al hashr ayat 23Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24

Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).

Taha

surah Taha ayat 2, doa pada anakKami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan

doa ibu pada anaknyaHanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah

doa bapa pada anak(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

doa ibubapa pada anaknya

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU BUAT IBU KANDUNGKU…IBU MERTUAKU…IBU ANAK-ANAK KU….DAN SELURUH IBU DISEGENAP PELOSOK DUNIA INI…

Rezeki bertambah..

Alhamdulillah..tahun ini rezeki ku bertambah dengan kelahiran seorang lagi cahayamata. Cahayamata ku yang ke 3 dan putera yang kedua…Aku namakan nya Ahmad Huzaifah sempena nama sahabat Nabi S.A.W

Kalau ikutkan due nya lambat lagi iaitu sekitar 20 Oktober tetapi masanya tiba lebih awal untuk melihat dunia iaitu pada 5 oktober lagi. Tak sempat nak hantar balik kampung, maka lahirlah dia di Perak ni..dimana-mana pun sama sahaja asalkan selamat dan sihat walafiat.

Cuma kalau bersalin di kampung tu ramai lah penolong nya. kat sini terpakslah aku buat sendiri semuanya termasuk sesuatu yang belum pernah aku buat iaitu basuh dan tanam uri. Alhamdulillah berjaya juga aku. Semoga kelahiran anak ketiga ini menjadi penambah perisa kebahagiaan hidupku dunia dan akhirat..amin.

Nur Haziqah, Ahmad Huzaifah, Ahmad Hanzhalah.

Cuti-Cuti Malaysia

Dah lama rasanya tak pergi jalan-jalan cuti-cuti malaysia bersama keluarga. Samada kerana kekangan masa atau bajet, hujung minggu kalau tak ada aktiviti hanya dirumah sahaja. Hujung minggu lepas kebetulan ada peluang, bolehlah pergi jalan-jalan. Beri anak-anak pengalaman naik bas, Alhamdulillah tak ada yang muntah pening. Tak adalah pergi jauh sangat pun..pergi zoo taiping balik singgah Kuala Kangsar. Dah lebih kurang 6 tahun menetap disini baru sampai ke Taiping..

seronok naik baszoo taiping

Balik dari taiping singgah Kg sayong Kuala kangsar tengok orang buat pasu..yang terkenal dengan labu sayongnya..

labu sayong

sedikit demontrasi

hanzhalah dimasjid ubudiah

Salam Eidulfitri

Dikesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya eidulfitri kepada semua pengunjung blog ini samada sengaja atau tidak…juga kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai seterusnya kepada seluruh umat Islam diseluruh dunia. Maaf zahir dan batin.

salam lebaran dari kami sekeluarga

salam lebaran dari kami sekeluarga

Semoga hari raya ini memberi kegembiraan pada kita semua sebagai tanda kemenangan melawan hawa nafsu..dan semoga Ramadhan yang berlalu bukan yang terakhir buat kita. Mohon dipanjangkan usia agar dapat bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang..InsyaAllah.

090909=33

Assalamualaikum & salam ramadhan..

Tajuk entry kali ini merujuk kepada tarikh yang agak cantik dari segi susunan angkanya. No 33 dihujungnya pula ialah jumlah umur manusia jika ianya dilahirkan pada tarikh yang sama tapi tahun 1976 dulu..suatu umur yang menginjak dewasa. jadi bagi sesiapa yang lahir pada tarikh tersebut, saya ucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke 33 semoga panjang umur dan murah rezeki. diberikan kesihatan yang berpanjangan untuk menjalankan tugas sebagai hamba Allah dimuka bumi ini.InsyaAllah…

Entry kali ini juga saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada adinda Mohd Azril yang baru mendapat cahayamata pertama dan kedua pada 1 September yang lalu. Dia yang berumahtangga pada November tahun lepas (rujuk entry ini..) menerima cahayamata kembar sepasang lelaki dan perempuan. Alhamdulillah..rezekinya melimpah. tahun pertama kahwin sudah kena bayar zakat fitrah untuk 4 orang sekali gus..semoga dengan kelahiran ini membawa seribu rahmat kepada kedua ibubapanya, InsyaAllah.

si kembar 2 bersaudara

si kembar 2 bersaudara

Rabbana hablana min azwajina wa zurriatina qurratu a’yun..waj’alna lilmuttaqina imaama..

Bekwoh

Hari ni..Sabtu 18 Julai ada bekwoh ( kenduri) rumah jiran. Jiran ni bukan jiran sebelah rumah tapi rumah bawah. Sebabnya kami ni tinggal dirumah yang bertingkat. Jadi satu sejarah bagi penghuni kuaters disini kerana inilah pertama kali kenduri kahwin diadakan disini semenjak ia dibina lebih kurang 10 tahun yang lalu. Jiran kami ni, Cikgu Meor dan Kak Sal merupakan antara penghuni terawal disini dan ini juga merupakan kenduri kahwin anak sulung mereka.

Oleh kerana komuniti kami ni kecil saja..(hanya ada 8 keluarga ) maka semuanya rasa teruja untuk merasai pengalaman kenduri dikuaters guru. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan apa yang patut selain gotong – royong apa yang patut sebelum majlis. Hari ini majlis telah berjalan dengan lancar dan agak meriah kerana kehadiran tetamu yang ramai. Disini kami ucapkan selamat pengantin baru kepada mempelai dan selamat menerima menantu kepada Cikgu Meor dan kak Sal.

Sedikit gambar sebagaimana fungsinya memberi gambaran…

CIMG2834

Bersedia untuk majlis keesokan harinya

Bersedia untuk majlis keesokan harinya

menjamu selera selepas selesai bermarhaban

menjamu selera selepas selesai bermarhaban

makanan...

makanan..

minuman...

minuman...

ketibaan rombongan pengantin disambut paluan kompang

ketibaan rombongan pengantin disambut paluan kompang

disinilah tempatnya..

disinilah tempatnya..

Wassalam…

Selamat Hari Bapa

Selamat hari bapa diucapkan kepada ayahanda tercinta…

Tiada anakĀ  yang layak berpuashati membalas jasa ibubapa kerana sesungguhnya jasa mereka tidak terbalas setakat hayat mereka sahaja..

Ayahandaku Zakaria Bin Hashim

Ayahandaku Zakaria Bin Hashim

Dalam pada kekurangan hidup pada zaman dahulu..ayahanda berjaya menjadikan aku sebagaimana begini…aku tidak tahu dalam kemajuan zaman sekarang apakah yang akan jadi pada anak-anakku pada masa hadapan. Sesungguhnya cabaran menjadi seorang ayah juga berubah mengikut zaman.

Dan juga sesungguhnya menjadi seorang ayah yang berjaya bukan hanya melahirkan anak-anak yang berkerjaya hebat tetapi lebih penting ialah melahirkan anak-anak yang mampu menyambung amalan yang memberi pahala kepada ibubapa setelah ketiadaan mereka. Doaku agar aku dan kita semua termasuk kedalam golongan anak yang sebegitu dan juga menjadi seorang bapa yang melahirkan anak yang juga sebegitu. Amin…!

Sudah 3 Tahun..

iqah-3thn2

(sila baca dengan nada kanak-kanak…)

Assalamualaikum…Nama saya Nur Haziqah..Ari ni..(11 Mac ) hari lahir saya. Saya dah cukup 3 tahun. Umi kata 2 tahun lagi saya dah boleh pergi sekolah. Sekarang ni pun saya dah belajar baca dan menulis..saya tulis dalam buku…meja..dan juga dinding!

Umi belikan saya hadiah selipar..saya sangat suka. saya pakai selipar tu dalam rumah dulu..nanti esok lusa baru bawak keluar rumah. Terima kasih Umi dan Abi…!

Kalau saya dah 3 tahun..Umi dengan Abi pulak berapa tahun…? mesti lebih dari 3 tahun..sebab Umi dan Abi dah tua…he… Adik..? Adik kecik lagi. tak tumbuh gigi lagi. Iqah dah ada adik tapi adik tak ada adik lagi…Umi beli kek untuk iqah..Iqah nak makan dengan adik…emmmm!

iqah-3thn