BOdoLA

Assalamualaikum,,,

Rasa-rasanya memang tak mahu dah menulis pasal bola ni..tapi oleh kerana ada banyak cerita menarik walaupun diawal musim lagi, maka saya abadikan satu gambar yang dipetik dari Kelate.net disini sebagai kenagan sendiri. Gambar yang saya rasa istimewa sepanjang saya ambil tahu tentang bolasepak di negara ini. Kalau blog ini dan juga saya sendiri panjang umur, boleh lah ia jadi tatapan pada masa yang akan datang. ini gambarnya….

askardistadiumKeterangan gambar ( kot nanti tengok balik gambar tak ingat cerita..) : Sekumpulan tentera elit lengkap bersenjata masuk ke stadium untuk berkawal..bukan atas arahan pihak berkuasa atau pihak tertinggi persatuan bola tapi oleh pasukan lawan yang bertandang ke stadium ini. Entah apa yang ditakutkan sampai begitu sekali kawalannya saya kurang arif, tapi saya ingin abadikan gambar ini di blog ini sebagai kenangan dan juga kerana ianya pelik, tidak pernah berlaku sebelum ini…kalau selepas ini ianya menjadi rutin dalam setiap perlawanan bolasepak dinegara ini pun, gambar ini tetap menjadi ingatan kerana ianya yang pertama!

Dengan izin ya http://www.kelate.net…Terima Kasih

Advertisements

Angkat piala

Edisi 2012

Akhirnya Kelate dapat juga angkat piala FA setelah 3 kali mencuba…thirdtime lucky kata orengputih.( betul ke ni bahasanya..)  Tak kisah lah apa kata orang dengan cara kemenangan itu, kerana dua kali sebelum ini pun kalah dengan cara lebih kurang begitu juga. Mungkin tuah tahun ni kerana presiden KAFA memberi sokongan padu dari tempat duduk penyokong ‘biasa’ kot…haks..! Gomo Kelate Gomo!

Edisi 2012

Kecek-kecek bola

Asalamualaikum…

Sudah lama tak menulis tentang bola kelate. Sebenarnya usahkan nak tulis cerita bola kelate, pergi tengok bola distadium pun sudah berhenti lama. Sekadar ambik tahu melalui tv dan suratkhabar saja. Nak tinggal terus belum boleh lagi rasanya. Alah..macam orang hisap rokok la, niat nak berhenti tapi tak boleh terus berhenti. Kena perlahan-lahan, mula-mula berhenti beli dulu,lepas tu kurangkan bilangan batang sehari, makan gula-gula..apa-apa sajalah. Itu cerita deme yang hisap la. Saya tak merokok.

Bola sepak kelate kalau tak ada cerita kontroversi dalam setahun maam tak sah. Bermula dari dalam padang, pemain, jurulatih, penonton hinggalah ke pucuk pimpinan. Itu adalah rencah yang menghidupkan suasana bolasepak Malaysia sebenarnya. Sebabnya nak tunggu kejayaan pasukan negara bukan selalu. Tv dan suratkhabar pun tak ada berita nak buat nanti. Yang membuatkan rasa nak menulis tentang bola kelate kembali adalah sebab kontroversi paling hebat tahun ini iaitu Timbalan Presiden FAM digantung sebab beri kenyataan media. Saya tak guna istilah kritik macam wartawan guna sebab bagi saya itu bukan kritik tapi menjawab soalan wartawan yang bertanya serta cadangan dan cabaran untuk pasukan kebangsaan. Yang di bagitahu kepada wartawan ialah mengenai halatuju pasukan kebangsaan, adakah cara latihan dan pemilihan pemain sekarang ini menuju kearah yang betul untuk menjamin kejayaan akan datang. Sepatutnya pihak kejurulatihan kena anggap itu teguran dari pihak atasan mereka dan cuba mengambil peluang membetulkan kalau ada kesilapan. Tetapi nampaknya dalam FAM hanya presiden, setiausaha agong dan jurulatih sahaja boleh bagi pendapat.

Kalau diikutkan, setiausaha agong FAM lah yang betul-betul mengkritik pasukan Harimau Muda atau pasukan olimpik yang tak menang satu perlawanan pun dalam kelayakan olimpik. Sebabnya apa yang dia kata itu setelah perkara itu berlaku, tak boleh diubah lagi. Bukan tujuan menegur supaya berjaya. Tapi beliau menggunakan kuasa dan peruntukan undang-undang FAM yng pelik untuk melindungi dirinya. Juak- juak diluar pun menyokong tindakan itu atas alasan peraturan tetap peraturan. Ya betul peraturan tetap peratuaran, tetapi sepatutnya dinilai juga apa yang dikatakan oleh mereka berdua ( Timbalan presiden dan SU) yang mana satu lebih betul dan bermanfaat.

Memang menghairankan dalam FAM seorang Timbalan presiden sekali pun tiada hak untuk bersuara.Padahal itu adalah orang nombor dua dari segi hirarki jawatan. Selepas hukuman dijatuhkan sebagaimana diketahui umum, timbalan presiden kena gantung selama 2 tahun 6 bulan. Tidak boleh terlibat dengan mana-mana aktiviti bolasepak termasuk dengan pasukan negeri. Ini yang membimbangkan penyokong kelate. Ini jugalah yang pernah dirasai oleh penyokong Kedah sewaktu nasib yang sama menimpa Arwah Basri Akil, bapa bola pembangunan bolasepak Kedah dulu. Mereka ini orang yang mempunyai idea yang berlainan dalam bolasepak yang boleh membantu kejayaan bolasepak negara tetapi terpaksa membatu sahaja akibat kejumudan FAM. Yang nampak pelik, Setiausaha agong terus membisu selepas hukuman dijatuhkan, barangkali sedang meraikan kejayaan. Jurulatih negara pula menjawab soalan wartawan dengan penuh senyuman seolah-olah telah berjaya membuang masalah dalam diri. Semua nampak gembira dengan keputusan itu. Tak apalah kalau begitu. Semoga selepas ini pasukan kebangsaan akan terus berjaya.( Bukan FAM tapi khusus pasukan kebangsaan sahaja).

Dari satu sudut yang dapat saya perhatikan, nampaknya orang kelantan betul-betul menyanjungi Tan Sri Anuar Musa (TSAM) sebagai bapa pembangunan bolasepak Kelate. Semua pihak termasuk penyokong, kelab, kerajaan negeri dan individu sepakat menyatakan pendirian menyokong beliau dalam kes ini. Mereka menganggapnya sebagai satu kesilapan dan juga kehilangan. Kerajaan negeri kelate walaupun berbeza dari segi politik dengan beliau tetap mengakui dan menghargai jasa belaiu terhadap pembangunan bolasepak kelate. Kerajaan negeri juga sentiasa menolong setakat yang termampu selama ini walaupun sentiasa dipolitik dan dimanipulasikan. Tahun ini saya perhatikan, stadium lansung tidak digunakan oleh kerajaan negeri hatta untuk pertandingan Piala Emas raja-Raja sekalipun demi memberi peluang untuk pasukan the reds warriors. Terbaru, dari usaha dan kerjasama pihak KAFA dan perbadanan stadium membolehkan perlawan piala AFC diadakan di Kota Bharu walaupun sebelum ini diadakan di Stadium Bukit Jalil. Ini betul- betul mengembirakan peminat dan penyong kelate.

Alangkah baiknya bagi saya, kalau perkara sebegini dibawa juga dalam isu-isu lain. Tuntutan royalti minyak umpamanya, atas nama semangat kelate sepatutnya semua pihak bersatu dan bersama-sama menyokong usaha untuk menuntut hak itu tanpa memikirkan agenda dan kepentingan peribadi. Cukuplah jika hanya sekadar menyatakan sokongan moral sebagaimana kita memberi sokongan moral kepada TSAM dalam kes bola ini, kalaupun tak boleh terlibat lebih banyak dalam usaha menuntut royalti minyak. Tetapi sayang sebaliknya pula yang berlaku, orang kelate sediri yang beria-ia menentang supaya royalti minyak tidak diberi kepada kelate. Tak tahu lah apa yang bermain difikiran mereka sebenarnya.

Akhir sekali, saya mengharapkan agar pasukan the red warriors terus berjaya walaupan tanpa nakhoda kerana kerangka asas yang ditinggalkan sudah kukuh. Yang tinggal hanya perlu mengemudinya secara betul sahaja. Biarkanlah mereka yang seronok diatas sana terjun dengan labu-labunya!

GOMO KELATE GOMO!

Tahniah Kelantan / KAFA

Tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak Kelantan kerana muncul sebagai naib juara liga super musim 2010. Walaupun sekadar ditempat kedua, tetapi segala usaha yang bersungguh-sungguh yang ditunjukkan pada musim ini yang kami semua penyokong hargai. Setelah musim lepas kita juga berada ditempat kedua bagi piala FA dan juga Piala Malaysia, adalah sesuatu yang membanggakan tahun ini kita mencapai matlamat untuk menduduki 3 tempat teratas liga. Sesuatu yang bukan mudah dan menjadi sejarah bagi pasukan bolasepak Kelantan. Harap momentum ini dapat dikekalkan dalam persaingan Piala Malaysia dan juga pada musim-musim yang akan datang.

Tahniah juga kepada semua wakil Kelantan yang dipilih menjadi warga FAM. Sesungguhnya tugasan ini adalah berat, jadi diharap semuanya dapat menjalankan tugas dengan baik tanpa ada tujuan peribadi atau politik dalam membantu menaikkan semula semangat bolasepak di Malaysia.

Akhir sekali diucapkan selamat mengerjakan umrah kepada semua pemain Kelantan. Bersempena bulan Ramadhan,diharap segala amal ibadat kita semua diterima dan diberi ganjaran yang berganda oleh Allah. InsyaAllah..!

Kurang adab!

Aku ibaratkan orang yang bertandang kekampung kita, minta izin nak guna tanah kita buat kenduri kendara tapi kita tak dijemputnya. Jemput pun tak ikhlas sekadar ambik nama saja..

Itu bandingan akal aku yang tak berapa tahu menilai hati orang ni. Disaat MB Kelantan melahirkan rasa syukur dan gembira atas pemilihan negeri itu sebagai tempat permulaan jelajah lumba basikal LTDL tahun ini..tiba-tiba disaat akhir terjadi apa yang tidak sepatutnya. Di tempat2 lain biasanya MB sebagai ketua negeri yang menjadi pelepas atau penyampai hadiah, tapi disini MB dihalang dan diganti dengan orang yang aku  anggap berkepentingan politik semasa. memang patutlah ianya disebut dalam persidangan dewan sidang DUN yang sedang berlansung sekarang ni..memang kurang adab!

Baru-baru ini pun telah heboh tentang politiking dalam sukan dan ternyata ianya benar. Politik menguasai semua perkara dinegara ini. Apalah agaknya akan terjadi jika kelantan tidak mahu beri kerjasama untukLTDL ini dari awal.memang akan gegak gempita seantaro malaya ini dicanang berbagai tohmahan dan kutukan. tapi bila dilayan baik ada juga bengkoknya.

Aku letakkan sekali lagi pantun yang pernah dibaca oleh MB kelantan setelah berlaku peristiwa hampir sama dalam satu majlis dulu. bagi orang yang kurang adab mungkin paham maksud pantun ini :

makan sirih berpinang tidak…

buah keranji diatas perahu..

singgah tidak kenang pun tidak..

sampai hati buat tak tahu…

Bukan fanatik tapi plastik!

Semua dah tahu Kelantan kalah lagi pada final kedua tahun ini. Kali pertama kalah final piala FA, kali ini piala Malaysia pulak. Adat bertanding memang begitu. Walaupun penyokong Kelantan menguasai hampir 80% stadium tapi itu tidak membantu kerana bolasepak bukan pilihanraya..tak diambil kira majoriti penyokong apa lagi nak guna undi pos!

Sedikit rasa kecewa kerana kalah boleh diubati kerana musim hadapan boleh cuba lagi. Tapi rasa kecewa dan malu dengan sikap segelintir penonton yang tak beretika tak boleh dihilangkan begitu saja kerana kesannya akan dirasai sampai bila-bila. Label sebagai tak bertamadun dan ganas akan terus melekat dan dikaitkan dengan penyokong pasukan kelantan walau bukan semuanya begitu.

Aku yakin mereka yang melakukan perkara yang tak bermaruah seperti membakar kerusi dan membaling mercun itu tidak merasakan dia melakukan apa-apa kesalahan malahan bangga pula. Buktinya bila ditegur, orang yang menegur pula dimaki atau dimarahi balik. Apa perasaan ibu bapa mereka bila gambar anak mereka sedang melakukan perkara ganas itu ditayangkan ditv? Mereka inilah yang dinamakan penyokong plastik! bukannya penyokong fanatik…bagi aku tiada salah jadi penyokong fanatik yang hadir dengan memakai baju merah, membawa bendera merah, pergi kemana saja pasukan kesayangan bertanding tapi tidak melakukan perkara yang tak beretika. Jadi jangan gelarkan mereka itu penyokong fanatik tapi plastik!

Sekian terima kasih!

CIMG3382

Bermulanya liga Malaysia

Tahun baru bermula,segala aktiviti pun bermula termasuk lah bolasepak liga Malaysia. Bukanlah satu liga yang gah, tapi sebagai satu sukan nombor satu dunia ia tetap mempunyai pengikut tersendiri. Ada yang minat bola (bukan main bola) tapi hanya minat liga luar negara seperti liga Inggeris atau sepanyol. Liga tempatan tak mahu ambil tahu kerana ‘low class’ katanya. Lagi pun permainan jauh berbeza dengan liga di eropah, tak seronok nak tengok. Ya! diakui memang betul apa yang mereka itu cakapkan. Kita sudah jauh ketinggalan dalam bolasepak bahkan semua jenis sukan pun berbanding dengan negara lain. Dimana kedudukan pasukan negara kita pada ranking dunia sekarang..amat jauh untuk mengejar negara seperti Jepun dan Korea yang menjadi lawan utama kita dulu. Pelik juga, katanya negara kita makin maju tapi orangnya makin ketinggalan dalam banyak perkara.

Tak kisahlah bagi sesiapa yang tak minat liga domestik tapi aku tetap ambil tahu juga terutamanya melibatkan pasukan Kelantan. Aku sendiri tak pandai main bola, sebab itulah aku kerja lain. Ada orang kata pada aku, orang yang tak pandai main bola memang gila tengok bola. Tak kisahlah, sebab yang kata tu pun sama taraf juga dengan aku. Taklah main sekurang-kurang peringkat negeri pun.

Tahun ini rezeki pasukan kelantan bertuah kerana layak keliga super walaupun sekadar ditempat ketiga liga perdana musim lalu. Tapi harapan peminat memang besar. Dahagakan kejayaan sekian lama setelah jatuh bangun silih berganti tanpa hasil yang boleh dikenang. Harap-harap tahun ini ada sesuatu sebagai buahtangan dan kenangan dari pasukan Kelantan.

cimg2108Ini adalah sebahagian dari pemain pasukan Kelantan musim 2009. Dibahu mereka terpikul tanggungjawab untuk membawa pulang sekurang-kurang satu piala ke Tanah Serendah Sekebun Bunga. Atau sekurang-kurang menduduki tiga teratas liga dan keseparuh akhir piala Malaysia. Tapi itu sasaran aku sendiri bukannya pihak KAFA. Apa-apa pun harapannya semoga tercapai.

Aku menyimpan janji pada diri sendiri bahawa entry mengenai bola sepak ini adalah yang petama dan mungkin terakhir hinggalah musim ini berakhir sama ada berpiala atau tidak. Sebelum itu tak lupa, takniah untuk pasukan Piala Emas Raja-Raja Kelantan yang menjadi johan unuk kesekian kalinya. Semoga tahun ini dan seterusnya dapat menjulang piala yang lebih berprestij.

Susun cawan atas cawan,ikat galah dengan tali,

Adat lawan kita lawan,mengaku kalah tidak sekali.

‘GOMO KELATE GOMO’