Akhirnya…

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah..setelah 4 tahun menjalani kehidupan sebagai seorang mahasitua,akhirnya tiba ke penghujungnya juga. Majlis konvokesyen telah selamat dilansungkan pada 25 September yang lalu. Alhamdulillah kali ini di izinkan Tuhan untuk melaluinya setelah kali pertama peringkat diploma masa kat maktab dulu tidak berkesempatan..kerana ketika ramai sahabat sedang gembira berkonvo, saya sudah berada di ‘perbatasan’ menyahut seruan tugas. Maksudnya, ketika itu saya sudah dipostingkan di kawasan pedalaman di negeri bawah bayu sana.

Peluang untuk menyambung pelajaran ini sebenarnya membuka satu dimensi yang baru bagi saya. Walaupun hanya belajar secara separuh masa, tetapi banyak perkara yang dapat dipelajari. Alhamdulillah ianya amat berguna untuk diri saya khasnya dan kepada tugas saya iaitu di bidang pendidikan.

Selepas ini sudah pasti saya merindui teman dan sahabat seperjuangan yang berbagai ragam dan latarbelakang itu. Tetapi dengan kecanggihan teknologi sekarang, perhubungan semakin dekat. InsyaAllah kita semua akan terus berhubung walau secara maya.

Ampun dan maaf dipinta dari semua selama masa kita bersama, jika ada..dan rasanya memang ada, kesalahan atau gurauan yang mungkin terlebih dimulut hingga tersimpan dihati.

Tahniah untuk semua..Ila lliqa’..

Salam Lebaran

‘Awesulong’ mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya Idulfitri..Kullu ‘am waantum bikhair..maaf zahir dan batin kepada semua ahli keluarga..sanak saudara..sahabat- handai serta kenalan dimana juga berada. Doa kita agar dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan ditahun hadapan..InsyaAllah.

Tazkirah Ramadhan

Hamba copy dari Unit Pendidikan Islam PPD Batang Padang, Perak:

Alhamdulillah, masih sempat lagi jiwa ini berenak-enak dalam damai bayu Ramadhan 1432H. Selepas 11 purnama meninggalkan Ramadhan yang lalu, tidak pasti, apakah tarbiyah Ramadhan 1431H berbekas pada akhlak dan budi. Sungguh kerdil manusia di sisi Allah s.w.t. tetapi bagaimana aplikasinya tidak seberapa.
Setiap kali Ramadhan bermula, maka kita diingatkan bahawa Ramadhan ialah satu madrasah. Satu sekolah. Sekolah untuk mendidik manusia menghayati tauhid kepada Allah s.w.t.. Sekolah untuk mengawal nafsu pada saat syaitan dirantai. Sekolah untuk membentuk jiwa agar sentiasa dekat dan rindu Tuhan pencipta. Sekolah untuk memfokuskan setiap tingkah laku supaya diiktiraf sebagai satu ibadat kepada Allah s.w.t.
Ramadhan ini, berhentilah tanam keazaman yang baru!
Ya, berhenti tanam azam yang baru. Untuk apa bina keazaman yang baru jika sekolah Ramadhan yang lama pun ibarat sekolah swasta yang mahal yang ada guru, ada buku, ada undang-undang, tetapi pelajar-pelajarnya berlagak dan sombong pada pentadbiran sekolah? Oh, kitakah pelajar-pelajar itu?
Sekolah Ramadhan lalu, ada gurunya iaitu Allah s.w.t. yang menyiapkan untuk kita akidah dan syariat terluhur, ada bukunya iaitu al-Quran yang sarat dengan panduan dan pengkisahan yang penuh iktibar, serta ada undang-undangnya iaitu syariat yang terbentuk daripada sumber primer dan sekunder. Ia satu pakej lengkap! Tinggal kita yang setiap nama kita didaftarkan secara rasmi sebagai pelajar-pelajar sekolah Ramadhan… Ada kalanya kita culas, malas, ketegaq, mengelat, mengulaq dan bosan dengan syariat terindah itu.
Mahu menyalahkan syaitan yang telah menghasut kita? Oh! Syaitan telah digari… dirantai… tak boleh nak hasut-hasut manusia lagi. Nak bisik-bisik kat telinga atau nak hantar sms dah tak boleh. Maka salah siapa? Hmm… fikir… fikir…. fikir lagi untuk mencari helah daripada dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t. tentang segala kesilapan yang telah dilakukan sedangkan di ‘tapak perhimpunan’ nanti, lidah akan menjadi kelu tidak mampu berbicara lagi. Hanya anggota badan sahaja yang akan menjalankan tugas memberikan pengakuan atas segala yang pernah dilaku.
Sekolah Ramadhan lalu… telah berlalu. Tidak akan kembali. Sebelas purnama yang berlalu selepas itu, banyak kepincangan dan kekurangan yang kita lakukan. Sebelas purnama itu tidak akan kembali lagi. Kini sekolah Ramadhan yang baru yang punya guru, buku dan undang-undang yang sama datang lagi. Mungkinkah azam semasa belajar di sekolah yang lalu akan mekar kembali dan direalisasikan dengan bersungguh-sungguh?

Setengah Kena Bagi Balik
Kisah jutawan Malaysia, Syeikh Bukhari. Bukan terkasima dengan jumlah harta yang dimilikinya, tetapi betapa taatnya Syeikh kepada bondanya dan sehingga kini berpegang kepada pesan bonda bahawa ‘Setengah Kena Bagi Balik’. Kisah yang dimuatkan dalam Majalah Aniqah. Bondanya berpesan, setiap keuntungan yang diperolehi dalam perniagaan, setengah daripada keuntungan tersebut hendaklah disedekahkan kepada orang susah.
Teringat azam Ramadhan lalu, mahu bersedekah banyak-banyak. Tapi, apabila Ramadhan berakhir, tidak seberapa pun sedekah yang dikeluarkan. Sebelas purnama kemudian, hmmph… lagi lah liat mahu bersedekah sedangkan dunia sekarang sudah online segala-gala. Kalau nak sedekah, ambil nombor akaun, transfer online sahaja!Mampukah kita bagi balik, bukan setengah, bukan suku… tapi secebis dari harta yang ada secara istiqamah setiap Ramadhan dan 11 purnama berikutnya?Ada baiknya kita amalkan saranan mafhum nabi, Barangsiapa memberi makan berbuka bagi orang yang berpuasa walau sebiji tamar, maka orang tersebut akan memperolehi pahala amalan orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang memakan pemberian itu.
Ramadhan telah menjelma, ahlan wa sahlan ya Ramadhan itu perlu dihayati sepanjang hari dan bulan ini. Mudah-mudahan jutaan hikmah bakal menjelma untuk dijadikan benteng 11 bulan seterusnya sebelum hadirnya Ramadhan 1433 H kelak.
Buat akhirnya, ayuhlah kita melazimkan lidah kita bila bersua dan berpisah dengan rakan taulan sanak saudara di bulan mulia ini dengan kalimah ucapan doa “KULLU AMMEN WA ANTUM BI KHAIR” atau “KULLU SANAH WA ANTUM THOIYYIBIN” yang mana kedua-duanya membawa ERTI “SEMOGA SEPANJANG TAHUN ANDA BERADA DALAM KEADAAN BAIK” yang bermaksud – bermula Ramadhan tahun ini didoakan sehingga Ramadhan tahun akan datang anda semua berada dalam pemeliharaan Allah, barakah dan baik.

Salam Ramadhan.
UPI PPD BATANG PADANG 1432H 2011M

Kisah Basikal percuma…

Assalamualaikum…
Sudah lama tak mencoret sesuatu disini,hingga hampir lupa passwordnya. Perasaan nak mencatatkan sesuatu muncul setelah membaca satu artikel bertajuk ‘Negara kebajikan ala New Zealand’ tulisan Dr. Ubaidullah Mustafa.Antara isi ceritanya menyatakan Kerajaan New zealand memberi basikal percuma kepada setiap keluarga disana.

Ini mengingatkan saya kisah pemberian basikal percuma kepada murid sekolah suatu masa dulu sewaktu saya belajar sekitar ditingkatan satu atau dua.

Pemberian basikal itu adalah sempena lawatan MB pada masa itu Dato’ Muhamad Yaakob ( arwah) ke sekolah saya. Oleh kerana ada cikgu yang prihatin, yang selalu melihat kakak saya membonceng basikal kawannya kesekolah, maka dia mendaftarkan kakak saya sebagai seorang calon untuk menerima basikal tersebut.Kami sekeluarga hanya menerima sahaja jika ada yang ingin memberi walaupun kakak saya keberatan kerana memikirkan rasa malu untuk naik ke pentas menerimanya nanti dari seorang MB.Rupa-rupanya, proses untuk mendapat basikal percuma tersebut bukan hanya setakat mencalonkan nama tetapi kena temuduga dengan pihak kebajikan masyarakat.

Masih saya ingat suatu hari pegawai dari jabatan kebajikan masyarakat datang untuk meninjau keadaan hidup kami.Antara soalan yang ditanya yang masih saya ingat ialah, rumah yang diduduki ini rumah sewa atau rumah sendiri, apa peralatan lektrik yang ada dalam rumah, lampu yang dugunakan lampu panjang ( kalimantang) atau bulat?
Wah! susah juga nak dapat basikal percuma ya?fikir saya pada masa itu. Saya tidak pasti, calon penerima yang lain pun ditemuduga begitu atau tidak!

Ringkas ceritanya, apabila sampai harinya, nama kakak saya tiada dalam senarai penerima. Basikal itu hanya diterima oleh seorang wakil murid sahaja dan buka dapat kat dia pun. Basikal itu saya tengok hanya tersadai disekolah tanpa ada penerima.Kadang-kadang tunggang terbalik dalam bilik stor. Setiap kali melihat basikal itu pada masa itu, saya berkata dalam hati..mungkin inilah basikal yang sepatutnya kakak saya dapat.Oh..sedih rasanya saya mengenangkan proses birokrasi yang terlalu menekan dan akhirnya membazir itu walaupun kakak saya gembira katanya.

Itulah bezanya kebajikan ala malaysia dan new zealand yang saya dapat lihat.Walaupun begitu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu yang mencadangkan nama kakak saya sebagai penerima itu. walaupun dia antara ‘orang kuat’ sebelah Mb itu, tetapi dia tidak memilih pihak, atas dasar anak muridnya yang dilihat layak sahaja pencalonannya itu. Jangan cikgu merasa malu alah kepada keluarga kami kerana kami tahu itu bukan salah cikgu.

Saya pada waktu itu baru awal belasan tahun tapi sudah mengerti apa itu pilih kasih dan ketidakadilan kerana bukan itu peristiwa pertama seumpamanya menimpa keluarga kami. Tetapi harapan kami hanyalah kepada Allah, bukan bergantung harap kepada sesama manusia. Biarlah perkara itu menjadi kenangan kepada kami sekeluarga.

Walahua’lam.

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU BUAT IBU KANDUNGKU…IBU MERTUAKU…IBU ANAK-ANAK KU….DAN SELURUH IBU DISEGENAP PELOSOK DUNIA INI…

Help me…

Assalamualaikum..

Dah lama tak bercerita tentang keluarga dalam ni..post entry baru pun kaddang-kaddang! sibuk agaknya saya ni…

ada lah sekali sekala jika berpeluang bawa anak-anak jalan-jalan. Tak lah jauh sangat janji dapat jalan je..macam ke Teluk Intan ni lebih kurang setengah jam je…

Sekarang ni sesi pengajian sebagai mahasitua saya dah masuk semester akhir. Kena buat kajian ilmiah. Masa 3 bulan je..maka sekarang ni tengah gelabah dan peninglah saya..Nak cari tajuk pun tak tahu yang mana sesuai…nak buat proposal lagi..kalau kena reject nk buat yang lain dah buang masa tu…

Maka disini saya minta..kepada kawan-kawan yang saya minta tolong tu..harap jangan menyampah lah ya dengan saya…he..maklumla..buah cempedak diluar pagar..

Doakan agar saya dapat mengharungi cabaran ini dengan jaya..diberi ketenangan dan kekuatan oleh Allah serta kesihatan yang berpanjangan. Semoga segala bantuan dan doa dari kawan-kawan mendapat balasan disisi Allah..InsyaAllah.

Amin…

Antara 2 kekasih

Bulan Febuari 2011, jika diperhatikan ada satu perkara yang direncanakan oleh Allah kepada hambanya untuk menguji keimanan kepadaNya. 14 Febuari yang selalu digembar gemburkan oleh satu golongan sebagai hari kekasih, yang lansung tiada nas atau asal usul atau kaitan dengan Islam, tetapi banyak juga umat Islam terutama remaja yang teruja menanti hari nya. Walaupun saban tahun ada pihak yang diberi izin oleh Allah untuk mengingatkan umat Islam tentang keharamannya dalam Islam, tetapi tetap juga ianya menjadi satu perkara yang dinanti. dengan memberi berbagai alasan supaya nampak ianya dihalalkan. Valentine’s day – ramai anak-anak muda Islam, kalau yang bukan Islam tidak lah dikisahkan..turut membeli bunga atau coklat atau apa-apa hadiah untuk diberikan kepada kekasih, konon sebagai tanda cinta abadi. Dan ramai juga anak gadis yang dek kerana hari cinta abadi ini tergadai body. Na’uzubillah! Malah dengan adanya kemudahan seperti internet dizaman serba moden dan pantas ini,menjadi medium yang mudah untuk memberi ucapan kepada para kekasih hati, kononya.  Perkara -perkara sebegini senang sangat untuk diikuti dan diingati oleh anak muda islam, tetapi hakikatnya apa yang perlu diingati sebenanrnya, tidak pula begitu.

Selang sehari iaitu 15 Febuari adalah bersamaan 12 Rabi’ul awal 1432 hijrah..kalau ditanya kepada sebahagian anak muda, mungkin ada yang tidak tahu atau lupa apa peristiwa penting pada tarikh tersebut bagi umat Islam. Alhamdulillah, pada peringkat tertentu seperti sekolah, jabatan atau syarikat ada yang membuat sambutan Maulidur rasul S.A.W dengan berbagai cara sama ada ceramah, perarakan dan sebagainya. Sedikit sebanyak dapat juga memberi peringatan yang berguna kepada umat Islam. Tidak kisah lah dengan pendapat yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul itu bid’ah atau apa saja tetapi dengan cara betul jika dilakukan ianya dapat mengimbangi kesesatan yang cuba dijarumkan oleh pihak tertentu kepada generasi muda Islam.

12 Rabi’ul Awal adalah hari keputeraan Kekasih Allah, Muhammad S.A.W yang mulia,mengatasi apa saja yang dipanggil kekasih oleh kita didunia ini. Sewajarnya inilah yang patut menjadi keutamaan kepada orang Islam, yang lebih patut diiklan kan dimedia massa atau apa saja medium. Bukan beerti mengingati tarikh itu sahaja sebagaimana ramai dari kita yang menyambut hari lahir mereka, tetapi yang lebih penting apa yang dibawa oleh kekasih Allah itu kepada kita bermula 12 rabi’ul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571 M  hingga 12 rabi’ul awal tahun 11 hijrah tahun kewafatan Baginda rasulullah S.A.W. Apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah diikuti keran Baginda adalah utusan Allah, bukan sahaja kepad umat Islam tetapi untuk seluruh is alam ini.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

Surah Al-Anbiya, ayat 107

“Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Entry ini sebagai tazkirah kepada diri saya sendiri kerana melihat tahun 2011 ini adalah satu tahun yang Allah jadikan dua tarikh ini berdekatan dan berturutan, supaya kita semua mengmbil iktibar tentangnya. Janganlah kita salah memilih antara 2 kekasih…InsyaAllah!

Agak mengejutkan…

Apa sebenarnya berlaku..apa puncanya..?

Guru mengamuk, 14 rakan bersembunyi dalam paya

Hentakan pedang kejutkan penghuni tidur di kuarters guru

KOTA KINABALU: Empat belas guru, termasuk dua wanita bertarung dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau Banggi, kira-kira 300 kilometer (km) dari sini, kerana bersembunyi daripada seorang guru lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai, tengah malam kelmarin.

Mereka terpaksa melompat keluar dari rumah dan kuarters guru setinggi dua meter di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabur selepas dikejutkan dengan hentakan pedang di kediaman masing-masing sebelum melarikan diri ke hutan paya bakau bagi mengelak dicederakan dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu.

Dua belas guru lelaki terbabit mengajar di sekolah itu antara dua hingga 10 tahun, manakala dua guru wanita itu baru berpindah ke sekolah berkenaan.

Saksi berkata, ketika kejadian kebanyakan guru di rumah dan kuarters diperbuat daripada papan itu nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan hentakan kuat pada dinding dan pintu, selain pekikan lelaki mengamuk.

“Sebaik membuka pintu, saya terkejut melihat guru lelaki berusia 30 tahun mengamuk dengan melibas pedang samurai dan menghentak pedang ke dinding dan pintu rumah kawan saya.

“Saya terus mengejutkan tiga rakan lain dan melompat keluar dari rumah papan setinggi kira-kira dua meter untuk melarikan diri ke dalam hutan paya bakau.
“Ketika menyelamatkan diri, saya nampak ada beberapa guru lain termasuk wanita turut melarikan diri ke dalam hutan.

“Sebelum melarikan diri, ada seorang kawan saya sempat mengambil telefon bimbit dan menghubungi polis tetapi polis hanya tiba kira-kira jam 12 tengah hari.

“Kami agak kecewa kerana polis dari Balai Polis Banggi di pekan Karakit hanya datang kira-kira 11 jam,” katanya ketika dihubungi di Pulau Banggi, semalam.

Pulau Banggi dengan keluasan 432 kilometer (km) persegi adalah pulau terbesar di Malaysia yang boleh dikunjungi dengan menaiki feri dari Kudat yang perjalanannya mengambil masa satu setengah jam.

SK Sabur mempunyai 18 guru dan lima kakitangan sokongan, kebanyakan guru adalah dari Semenanjung, manakala jumlah muridnya ialah 190 orang.

Saksi itu berkata, mereka hanya dapat keluar dari tempat persembunyian masing-masing selepas mendengar bunyi helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bot PDRM.

Difahamkan, guru yang mengamuk itu berasal dari Ranau dan sudah berkahwin dengan wanita tempatan. Dia dikatakan mengajar di sekolah itu sejak lapan tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superintendan Dawi Ossen, mengesahkan guru berkenaan ditahan di rumahnya tidak jauh dari sekolah, tengah hari kelmarin.

“Ketika ditahan, suspek tidak melawan dan kita turut merampas sebilah senjata tajam daripadanya,” katanya.

Mengenai kelewatan anggota polis tiba di tempat kejadian, beliau berkata, angin kencang menyebabkan anggota dari Balai Polis Banggi terpaksa meredah ombak besar dan meminta bantuan Unit Udara PDRM.

sumber : berita harian 20 januari 2011

Tahun 2011

Assalamualaikum…

Lama dah tak menulis dalam blog…tak tau nak tulis apa. Duk tak duk dah nak habis tahun 2010 nak masuk tahun 2011 dah. Awal tahun memang sibuk bagi orang kerja di sekolah. Tahun 2011 ni banyak perubahan kena buat dalam jadual kehidupan seharian. Sebabnya..anak yang sulung dah nak masuk pra sekolah. Tak tau la macam mana dia nak bangun pagi-pagi buta mandi…dulu hantyar rumah pengasuh tak sempat mandi pun..kadang-kadang masih lena lagi.

Minggu pertama sekolah adalah waktu yang paling sibuk aku rasa.tup-tup ada exam kat ukm pulak..kenapa la dibuat minggu pertama tahun baru tu…ntah la dia orang ni..macamana nak study kalau sibuk sangat…(padahal tak sibuk pun tak study jugak..)

Aku berdoa supaya tahun 2011 ni menjadi lebih baik dalam hidupku dari tahun 2010. Semoga semua urusan sukses.Amin..

 

Rezeki bertambah..

Alhamdulillah..tahun ini rezeki ku bertambah dengan kelahiran seorang lagi cahayamata. Cahayamata ku yang ke 3 dan putera yang kedua…Aku namakan nya Ahmad Huzaifah sempena nama sahabat Nabi S.A.W

Kalau ikutkan due nya lambat lagi iaitu sekitar 20 Oktober tetapi masanya tiba lebih awal untuk melihat dunia iaitu pada 5 oktober lagi. Tak sempat nak hantar balik kampung, maka lahirlah dia di Perak ni..dimana-mana pun sama sahaja asalkan selamat dan sihat walafiat.

Cuma kalau bersalin di kampung tu ramai lah penolong nya. kat sini terpakslah aku buat sendiri semuanya termasuk sesuatu yang belum pernah aku buat iaitu basuh dan tanam uri. Alhamdulillah berjaya juga aku. Semoga kelahiran anak ketiga ini menjadi penambah perisa kebahagiaan hidupku dunia dan akhirat..amin.

Nur Haziqah, Ahmad Huzaifah, Ahmad Hanzhalah.

« Older entries Newer entries »