Rutin Perantau

Menjadi kebiasaan bagi perantau samada merantau untuk mencari ilmu atau mencari rezeki untuk pulang ke kampung bila ada peluang. Ditambah pula jika cuti yang agak panjang. Cuti sempena tahun baru cina baru-baru ini agak lama lebih kurang seminggu.Jadi apa lagi..balik kampung le teman sekeluarga. Sebenarnya tempoh seminggu bercuti dikampung bukanlah lama malahan teramat singkat rasanya. Masa berlalu begitu pantas,seminggu bagaikan sehari. Mungkin diakhir zaman memang begitu.

Banyak juga perkara yang nak dibuat semasa cuti dikampung. Tapi tak semuanya selesai. Dalam keadaan gembira dan santai untuk merehatkan otak ada juga perkara yang kurang enak berlaku. Dua hari sebelum bertolak balik ke sini, mak saudara sebelah ayahanda teman cedera ditangan kerana digigit beruk. Satu jarinya patah dan luka-luka dipergelangan kedua-dua belah tangan dan dirawat di HUSM Kubang Kerian. Beruk peliharaan suaminya terlepas dan dia menjadi mangsa. Ibarat api, kadang-kadang menjadi kawan..kadang-kadang menjadi lawan. Harap dia bersabar dan semoga cepat sembuh.

Kebiasaannya,dalam perjalanan pergi atau balik, masjid jame’ Grik menjadi tempat persinggahan. Tapi kali ini kawasan rehat diJambatan Raja Muda Nazrin menjadi tempat persinggahan sambil-sambil ambil angin. Agak menarik dengan pemandangan Tasik Raban dan kehijauan pepohonan. ‘Hijau’ memang menyejukkan mata dan hati.

cimg2234cimg2229

Antara pemandangan dari kawasan rehat Jambatan Raja Muda Nazrin

Antara pemandangan dari kawasan rehat Jambatan Raja Muda Nazrin