Perang Huruf di Kelantan

lesen LKalau dulu huruf L seperti gambar di atas adalah langkah pertama bagi orang yang nak ambik lesen motor, tak ramai yang tampal kat motor masing-masing kerana takut jatuh standard, takut orang kata baru lesen L. Jadi huruf L seperti di atas jarang-jarang dapat dilihat ditampal pada kenderaan. Kalaupun dilekatkan juga hanya bersifat sementara sebelum dapat lesen penuh atau lesen besar kata orang kelantan.

Oleh kerana kemalangan jalanraya semakin meningkat, timbul cadangan untuk mempekenalkan tempoh percubaan bagi pemandu yang baru dapat lesen. Maka lahirlah satu huruf baru yang wajib dilekatkan pada kenderaan bagi pemandu baru dapat lesen bagi tempoh dua tahun. Huruf tersebut ialah huruf P mewakili ‘percubaan’.

lesen PJadi banyaklah dapat dilihat kenderaan yang ada huruf P sebab jangkamasa perlu dilekatkan nya agak lama. Daripada kena test lesen banyak kali baik tampal lah,bukannya menghalang pemanduan pun.

Tapi senario dua huruf tersebut tidaklah sampai ke tahap yang boleh dipanggil perang huruf sebagaimana tajuk entri ini. Alkisah bermulanya perang huruf di Kelantan ini dapat dilihat bila sekumpulan pemuda menubuhkan satu NGO untuk menuntut royalti petroleum daripada petronas kepada Kelantan mengikut perjanjian yang telah tersedia di merterai lama dahulu. Oleh kerana royalti tidak diberi dengan sepatutnya tetapi ditukar dengan nama wang ehsan, maka wujudlah gerakan tuntut royalti yang berlambangkan huruf R mewakili perkataan royalti. Bukan bermotif politik tetapi menyokong usaha kerajaan negeri menuntut royalti sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian.

royaltiBanyak dapat dilihat pada kenderaan samada kecil atau besar dilekatkan logo ini sebagai tanda sokongan kepada usaha menuntut hak yang sepatutnya. Semoga usaha ini berterusan dan mencapai kejayaan InshaAllah. Malah bukan setakat kereta motor, rumah pun ada R…

625599_490974540940039_933396212_nDok tak dok tiba-tiba muncul pulak satu geng yang menggunakan teknik huruf untuk menarik perhatian. tetapi geng ini bermotifkan politik kerana motifnya ialah untuk menukar kerajaan Kelantan sekarang dibawah pimpinan Pas kepada kerajaan baru. Mereka menubuhkan geng Tukar yang meniru huruf P sebagai logo tetapi ditukar dengan huruf T. Stiker T ini beri percuma untuk dilekatkan pada kenderaan. Huruf T berlatarbelakangkan peta negeri Kelantan berwarna merah. Kadangkala ada perkataan tukar kadangkala tiada, sekadar huruf T saja.

taikOleh kerana tujuan kumpulan ini untuk tukar kerajaan Kelantan, ada yang tidak setuju dan berharap kerajaan Kelantan yang ada sekarang akan terus kekal memerintah. Maka di letakkan pula huruf K mewakili makna KEKAL berlatarbelakang hijau.

kekalMaka situasi ini menampakkan seperti perang huruf sedang berlaku di Kelantan terutama menjelang PRU ke 13. Satu suasana yang menarik untuk diperhatikan selagi ianya sekadar perang huruf sahaja tidak memabawa kepada kemudharatan secara fizikal. Selepas ini apa lagi logo huruf yang akan muncul…sama-sama kita nanti dan saksikan!

Dunia Baru

Assalamualaikum…

Posting pertama tahun 2013 dimulakan dengan cerita anak-anak masuk sekolah. Tahun 2013 anak yang sulung dah berusia 7 tahun, maka bermula lah dunia baru baginya iaitu alam persekolahan. Tapi sebenarnya bukan lah baru sangat sebab sebelum ni dah 2 tahun bersekolah di kelas pra sekolah. Adiknya iaitu anak yang kedua ‘kami’ baru lah betul-betul masuk dunia baru kerana tahun ni dia masuk kelas prasekolah umur 5 tahun.

mulasekolahMaka bermula lah dunia baru bagi mereka berdua. Si kakak pula dah daftar masuk sekolah agama petang, juga alam baru bagi dia. Alhamdulillah nampak ok dan seronok saja. Cuma si adik sebab sebelum ni biasa bangun lewat, sekarang kena bangun awal pagi meragam lah sikit awal tahun ni..bila dah sampai sekolah tiada masalah. Semoga mereka bergembira dengan dunia baru bagi mereka ini dan belajar sebaik-baiknya. Kami ayahanda dan bonda berdoa semoga sentiasa cemerlang dunia dan akhirat. Ayahanda pun dah berubah rutin sebab pagi petang kena hantar anak ke sekolah…setiap kehidupan ada fasanya..jadi sekarang dah masuk fasa ‘ibubapa yang ada anak sekolah’…kena lah tempuhinya sedaya upaya dan sebaik mungkin..Insha Allah

Kecek keda kopi

Image

Sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum….lama tak menulis apa-apa cerita disini. Sesekali buka untuk tatapan sendiri, daripada tinggal kosong baik isi. Sekarang loni suasana politik tanahair sudah masuk mood pilihanraya. Banyak tanda-tanda kecil dan besar yang menunjukkan pilihanraya umum ke 13 akan tiba bila-bila masa sahaja. Antara tanda-tanda yang dapat dilihat ialah dengan naiknya bendera-bendera dan banner parti politik. Segenap simpang dan tempat strategik menjadi tempat untuk menarik perhatian. Yang modal besar saya tengok, pasang bendera kat tiang lektrik guna batang paip pvc, yang kurang modal pulak batang buluh saja.

Antara tanda lain lagi ialah SPR sudah menggerakkan kakitangan dan sukarelawannya untuk berkursus atau taklimat pilihanraya. Awal bulan Mac baru- baru ni hampir ‘renggeh’ sekolah dibuatnya. Dari cikgu, pekerja am dipejabat serta pembantu pengurusan murid semuanya menjadi kakitangan tempat mengundi. Dah nasib cikgu la sebab tempat buang undi disekolah. Jadi cikgu lah orang pertama yang dicari untuk mengisi tugas tersebut.

Tanda-tanda lain tu biasala bagi orang yang faham tentang suasana politik diMalaysia. Kalau dah media massa seperti tv dan suratkhabar setiap hari tak kira siang malam dok tayang perkara-perkara yang ‘berkaitan’ pilihanraya..maknanya pilihanraya dah dekat lah tu. Perdana menteri serta timbalan bergilir-gilir jelajah negeri yang kadang-kadang selang sehari dan selisih kapal terbang, nak tengok mood rakyat sebelum tarikh keramat diumumkan. Projek pembangunan diumumkan serta kejayaan parti atau pemerintah pun selalu diwar-warkan agar rakyat membuat penilaian. Memang dah dekat sangat lah tu.

Rakyat pulak menunggunya dengan berbagai -bagai tarikan dan tafsiran. Ada yang tak sabar nak menjadi pengundi, ada yang tak sabar nak dapat habuan dan ada juga yang tak ambik kisah. Tapi kalau tak mahu ambik kisah sekarang tak apa, hari mengundi kena tunai tanggungjawab!

Harap-harapnya kita semua dapat tunaikan tanggungjawab dengan ikhlas tanpa terikat dengan sesuatu…Wallahua’lam.

1433 bersamaan 2012

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah..kita sekarang sudah berada ditahun yang baru samada tahun hijrah atau masihi. Tahun masihi sudah masuk bulan Safar atau bulan kedua dalam takwim Islam. Awal tahun hijrah tempoh hari atau dipanggil awal muharam, kita sambutnya dengan bacaan doa akhir dan awal tahun. Ramai yang melaksanakannya samada secara berjemaah disurau atau masjid dan juga secara individu. malah dibuat juga diperingkat tertinggi dimasjid negara dengan kehadiran tokoh-tokoh kepimpinan masakini. Alhamdulillah…Semoga doa kita dimakbulkan oleh Allah.

Namun bila tiba 1 januari, nampaknya sambutan tahun baru masihi lebih meriah disambut. Dengan bunga api,nyanyian dan sebagainya. Ada juga siaran lansung dalam tv serta dihadiri juga oleh tokoh-tokoh kepimpinan masakini. Dalam siaran berita ditayangkan cara sambutan tahun baru masihi diseluruh dunia dengan berbagai ragam dan cara. kalau nak dibandingkan cara sambutan itu, nampaknya negara kita tidak kalah dengan negara-negara lain hatta dengan negara barat yang menyambutnya sekali dengan perayaan krismas yang baru berlalu. Itulah hakikatnya dan itu lah gambarannya dimana kita..Wallahua’lam.

Alhamdulillah..ada juga yang menggunakan hikmah dalam menyantuni naluri anak muda yang telah terbiasa menyambut tahun baru ini. Tetap diadakan juga sambutan itu, tetapi dengan membuat beberapa perubahan yang sesuai dengan kehendak agama. Boleh berkumpul beramai-ramai tapi di isi dengan solat maghrib dan isya’ berjemaah, mendengar kuliah dan motivasi, hiburan yang dibenarkan dalam agama serta ada juga countdown detik 12 malam dengan alunan azan atau Al-Asma’ul Husna. Harapnya konsep ini akan dapat diperluaskan pada masa akan datang disemua tempat dinegara kita ini.

Seperkara yang agak pelik berlaku menjelang 2012 ini ialah kes pelajar upsi yang mengadakan demontrasi aman dipukul oleh polis. Amat dukacita perkara ini berlaku. Mengikut laporan, demontrasi itu hanyalah perhimpunan aman tanpa apa-apa kelakuan berbahaya yang perlu kepada polis memukul atau membelasah mereka. Pada pengamatan saya, yang lebih merbahaya pada malam tahun baru itu ialah gerombolan anak muda remaja yang bermotosikal kehulu kehilir dengan sengaja menguatkan bunyi enjin dan hon. Ada yang melakukan aksi bahaya seperti wheele dan sebagainya. Mereka ini sepatutnya ditahan dan dijatuhkan hukuman atau paling tidak diberi motivasi. Kalau nak buat seperti yang dilakukan oleh polis Acheh kepada kumpulan pemuda punk baru-baru ini pun sesuai. Saya percaya gerombolan bermotosikal ini ada dimana-mana sahaja dimalam tahun baru seolah-olah malam itu mereka bebas dari undang-undang jalanraya.

Belum lagi dikira yang memboncengnya..anak-anak gadis yang tidak memikirkan apa yang akan jadi pada dirinya. Sebab itulah ramai orang kata,malam sambutan tahun baru adalah malam menyemai benih..tunggu sembilan bulan dari sekarang banyaklah berita dalam tv dan suratkabar tentang kes pembuangan bayi..Na’uzubillah!

Kalau ada dikalangan kita yang membuat azam baru tak kira lah sama ada di tahun baru hijrah atau masihi..sama-sama lah kita berusaha dan berdoalah semoga azam baik kita itu termakbul dengan izin Allah. Azam saya..biarlah rahsia bagi saya..he..

Rabbana aatina fiddunya hasanah,wafil aakhirati hasanah, wakina azaabannar…Amin.

Salam Lebaran

‘Awesulong’ mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya Idulfitri..Kullu ‘am waantum bikhair..maaf zahir dan batin kepada semua ahli keluarga..sanak saudara..sahabat- handai serta kenalan dimana juga berada. Doa kita agar dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan ditahun hadapan..InsyaAllah.

Tazkirah Ramadhan

Hamba copy dari Unit Pendidikan Islam PPD Batang Padang, Perak:

Alhamdulillah, masih sempat lagi jiwa ini berenak-enak dalam damai bayu Ramadhan 1432H. Selepas 11 purnama meninggalkan Ramadhan yang lalu, tidak pasti, apakah tarbiyah Ramadhan 1431H berbekas pada akhlak dan budi. Sungguh kerdil manusia di sisi Allah s.w.t. tetapi bagaimana aplikasinya tidak seberapa.
Setiap kali Ramadhan bermula, maka kita diingatkan bahawa Ramadhan ialah satu madrasah. Satu sekolah. Sekolah untuk mendidik manusia menghayati tauhid kepada Allah s.w.t.. Sekolah untuk mengawal nafsu pada saat syaitan dirantai. Sekolah untuk membentuk jiwa agar sentiasa dekat dan rindu Tuhan pencipta. Sekolah untuk memfokuskan setiap tingkah laku supaya diiktiraf sebagai satu ibadat kepada Allah s.w.t.
Ramadhan ini, berhentilah tanam keazaman yang baru!
Ya, berhenti tanam azam yang baru. Untuk apa bina keazaman yang baru jika sekolah Ramadhan yang lama pun ibarat sekolah swasta yang mahal yang ada guru, ada buku, ada undang-undang, tetapi pelajar-pelajarnya berlagak dan sombong pada pentadbiran sekolah? Oh, kitakah pelajar-pelajar itu?
Sekolah Ramadhan lalu, ada gurunya iaitu Allah s.w.t. yang menyiapkan untuk kita akidah dan syariat terluhur, ada bukunya iaitu al-Quran yang sarat dengan panduan dan pengkisahan yang penuh iktibar, serta ada undang-undangnya iaitu syariat yang terbentuk daripada sumber primer dan sekunder. Ia satu pakej lengkap! Tinggal kita yang setiap nama kita didaftarkan secara rasmi sebagai pelajar-pelajar sekolah Ramadhan… Ada kalanya kita culas, malas, ketegaq, mengelat, mengulaq dan bosan dengan syariat terindah itu.
Mahu menyalahkan syaitan yang telah menghasut kita? Oh! Syaitan telah digari… dirantai… tak boleh nak hasut-hasut manusia lagi. Nak bisik-bisik kat telinga atau nak hantar sms dah tak boleh. Maka salah siapa? Hmm… fikir… fikir…. fikir lagi untuk mencari helah daripada dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t. tentang segala kesilapan yang telah dilakukan sedangkan di ‘tapak perhimpunan’ nanti, lidah akan menjadi kelu tidak mampu berbicara lagi. Hanya anggota badan sahaja yang akan menjalankan tugas memberikan pengakuan atas segala yang pernah dilaku.
Sekolah Ramadhan lalu… telah berlalu. Tidak akan kembali. Sebelas purnama yang berlalu selepas itu, banyak kepincangan dan kekurangan yang kita lakukan. Sebelas purnama itu tidak akan kembali lagi. Kini sekolah Ramadhan yang baru yang punya guru, buku dan undang-undang yang sama datang lagi. Mungkinkah azam semasa belajar di sekolah yang lalu akan mekar kembali dan direalisasikan dengan bersungguh-sungguh?

Setengah Kena Bagi Balik
Kisah jutawan Malaysia, Syeikh Bukhari. Bukan terkasima dengan jumlah harta yang dimilikinya, tetapi betapa taatnya Syeikh kepada bondanya dan sehingga kini berpegang kepada pesan bonda bahawa ‘Setengah Kena Bagi Balik’. Kisah yang dimuatkan dalam Majalah Aniqah. Bondanya berpesan, setiap keuntungan yang diperolehi dalam perniagaan, setengah daripada keuntungan tersebut hendaklah disedekahkan kepada orang susah.
Teringat azam Ramadhan lalu, mahu bersedekah banyak-banyak. Tapi, apabila Ramadhan berakhir, tidak seberapa pun sedekah yang dikeluarkan. Sebelas purnama kemudian, hmmph… lagi lah liat mahu bersedekah sedangkan dunia sekarang sudah online segala-gala. Kalau nak sedekah, ambil nombor akaun, transfer online sahaja!Mampukah kita bagi balik, bukan setengah, bukan suku… tapi secebis dari harta yang ada secara istiqamah setiap Ramadhan dan 11 purnama berikutnya?Ada baiknya kita amalkan saranan mafhum nabi, Barangsiapa memberi makan berbuka bagi orang yang berpuasa walau sebiji tamar, maka orang tersebut akan memperolehi pahala amalan orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang memakan pemberian itu.
Ramadhan telah menjelma, ahlan wa sahlan ya Ramadhan itu perlu dihayati sepanjang hari dan bulan ini. Mudah-mudahan jutaan hikmah bakal menjelma untuk dijadikan benteng 11 bulan seterusnya sebelum hadirnya Ramadhan 1433 H kelak.
Buat akhirnya, ayuhlah kita melazimkan lidah kita bila bersua dan berpisah dengan rakan taulan sanak saudara di bulan mulia ini dengan kalimah ucapan doa “KULLU AMMEN WA ANTUM BI KHAIR” atau “KULLU SANAH WA ANTUM THOIYYIBIN” yang mana kedua-duanya membawa ERTI “SEMOGA SEPANJANG TAHUN ANDA BERADA DALAM KEADAAN BAIK” yang bermaksud – bermula Ramadhan tahun ini didoakan sehingga Ramadhan tahun akan datang anda semua berada dalam pemeliharaan Allah, barakah dan baik.

Salam Ramadhan.
UPI PPD BATANG PADANG 1432H 2011M

Kisah Basikal percuma…

Assalamualaikum…
Sudah lama tak mencoret sesuatu disini,hingga hampir lupa passwordnya. Perasaan nak mencatatkan sesuatu muncul setelah membaca satu artikel bertajuk ‘Negara kebajikan ala New Zealand’ tulisan Dr. Ubaidullah Mustafa.Antara isi ceritanya menyatakan Kerajaan New zealand memberi basikal percuma kepada setiap keluarga disana.

Ini mengingatkan saya kisah pemberian basikal percuma kepada murid sekolah suatu masa dulu sewaktu saya belajar sekitar ditingkatan satu atau dua.

Pemberian basikal itu adalah sempena lawatan MB pada masa itu Dato’ Muhamad Yaakob ( arwah) ke sekolah saya. Oleh kerana ada cikgu yang prihatin, yang selalu melihat kakak saya membonceng basikal kawannya kesekolah, maka dia mendaftarkan kakak saya sebagai seorang calon untuk menerima basikal tersebut.Kami sekeluarga hanya menerima sahaja jika ada yang ingin memberi walaupun kakak saya keberatan kerana memikirkan rasa malu untuk naik ke pentas menerimanya nanti dari seorang MB.Rupa-rupanya, proses untuk mendapat basikal percuma tersebut bukan hanya setakat mencalonkan nama tetapi kena temuduga dengan pihak kebajikan masyarakat.

Masih saya ingat suatu hari pegawai dari jabatan kebajikan masyarakat datang untuk meninjau keadaan hidup kami.Antara soalan yang ditanya yang masih saya ingat ialah, rumah yang diduduki ini rumah sewa atau rumah sendiri, apa peralatan lektrik yang ada dalam rumah, lampu yang dugunakan lampu panjang ( kalimantang) atau bulat?
Wah! susah juga nak dapat basikal percuma ya?fikir saya pada masa itu. Saya tidak pasti, calon penerima yang lain pun ditemuduga begitu atau tidak!

Ringkas ceritanya, apabila sampai harinya, nama kakak saya tiada dalam senarai penerima. Basikal itu hanya diterima oleh seorang wakil murid sahaja dan buka dapat kat dia pun. Basikal itu saya tengok hanya tersadai disekolah tanpa ada penerima.Kadang-kadang tunggang terbalik dalam bilik stor. Setiap kali melihat basikal itu pada masa itu, saya berkata dalam hati..mungkin inilah basikal yang sepatutnya kakak saya dapat.Oh..sedih rasanya saya mengenangkan proses birokrasi yang terlalu menekan dan akhirnya membazir itu walaupun kakak saya gembira katanya.

Itulah bezanya kebajikan ala malaysia dan new zealand yang saya dapat lihat.Walaupun begitu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu yang mencadangkan nama kakak saya sebagai penerima itu. walaupun dia antara ‘orang kuat’ sebelah Mb itu, tetapi dia tidak memilih pihak, atas dasar anak muridnya yang dilihat layak sahaja pencalonannya itu. Jangan cikgu merasa malu alah kepada keluarga kami kerana kami tahu itu bukan salah cikgu.

Saya pada waktu itu baru awal belasan tahun tapi sudah mengerti apa itu pilih kasih dan ketidakadilan kerana bukan itu peristiwa pertama seumpamanya menimpa keluarga kami. Tetapi harapan kami hanyalah kepada Allah, bukan bergantung harap kepada sesama manusia. Biarlah perkara itu menjadi kenangan kepada kami sekeluarga.

Walahua’lam.

Help me…

Assalamualaikum..

Dah lama tak bercerita tentang keluarga dalam ni..post entry baru pun kaddang-kaddang! sibuk agaknya saya ni…

ada lah sekali sekala jika berpeluang bawa anak-anak jalan-jalan. Tak lah jauh sangat janji dapat jalan je..macam ke Teluk Intan ni lebih kurang setengah jam je…

Sekarang ni sesi pengajian sebagai mahasitua saya dah masuk semester akhir. Kena buat kajian ilmiah. Masa 3 bulan je..maka sekarang ni tengah gelabah dan peninglah saya..Nak cari tajuk pun tak tahu yang mana sesuai…nak buat proposal lagi..kalau kena reject nk buat yang lain dah buang masa tu…

Maka disini saya minta..kepada kawan-kawan yang saya minta tolong tu..harap jangan menyampah lah ya dengan saya…he..maklumla..buah cempedak diluar pagar..

Doakan agar saya dapat mengharungi cabaran ini dengan jaya..diberi ketenangan dan kekuatan oleh Allah serta kesihatan yang berpanjangan. Semoga segala bantuan dan doa dari kawan-kawan mendapat balasan disisi Allah..InsyaAllah.

Amin…

Agak mengejutkan…

Apa sebenarnya berlaku..apa puncanya..?

Guru mengamuk, 14 rakan bersembunyi dalam paya

Hentakan pedang kejutkan penghuni tidur di kuarters guru

KOTA KINABALU: Empat belas guru, termasuk dua wanita bertarung dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau Banggi, kira-kira 300 kilometer (km) dari sini, kerana bersembunyi daripada seorang guru lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai, tengah malam kelmarin.

Mereka terpaksa melompat keluar dari rumah dan kuarters guru setinggi dua meter di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabur selepas dikejutkan dengan hentakan pedang di kediaman masing-masing sebelum melarikan diri ke hutan paya bakau bagi mengelak dicederakan dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu.

Dua belas guru lelaki terbabit mengajar di sekolah itu antara dua hingga 10 tahun, manakala dua guru wanita itu baru berpindah ke sekolah berkenaan.

Saksi berkata, ketika kejadian kebanyakan guru di rumah dan kuarters diperbuat daripada papan itu nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan hentakan kuat pada dinding dan pintu, selain pekikan lelaki mengamuk.

“Sebaik membuka pintu, saya terkejut melihat guru lelaki berusia 30 tahun mengamuk dengan melibas pedang samurai dan menghentak pedang ke dinding dan pintu rumah kawan saya.

“Saya terus mengejutkan tiga rakan lain dan melompat keluar dari rumah papan setinggi kira-kira dua meter untuk melarikan diri ke dalam hutan paya bakau.
“Ketika menyelamatkan diri, saya nampak ada beberapa guru lain termasuk wanita turut melarikan diri ke dalam hutan.

“Sebelum melarikan diri, ada seorang kawan saya sempat mengambil telefon bimbit dan menghubungi polis tetapi polis hanya tiba kira-kira jam 12 tengah hari.

“Kami agak kecewa kerana polis dari Balai Polis Banggi di pekan Karakit hanya datang kira-kira 11 jam,” katanya ketika dihubungi di Pulau Banggi, semalam.

Pulau Banggi dengan keluasan 432 kilometer (km) persegi adalah pulau terbesar di Malaysia yang boleh dikunjungi dengan menaiki feri dari Kudat yang perjalanannya mengambil masa satu setengah jam.

SK Sabur mempunyai 18 guru dan lima kakitangan sokongan, kebanyakan guru adalah dari Semenanjung, manakala jumlah muridnya ialah 190 orang.

Saksi itu berkata, mereka hanya dapat keluar dari tempat persembunyian masing-masing selepas mendengar bunyi helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bot PDRM.

Difahamkan, guru yang mengamuk itu berasal dari Ranau dan sudah berkahwin dengan wanita tempatan. Dia dikatakan mengajar di sekolah itu sejak lapan tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superintendan Dawi Ossen, mengesahkan guru berkenaan ditahan di rumahnya tidak jauh dari sekolah, tengah hari kelmarin.

“Ketika ditahan, suspek tidak melawan dan kita turut merampas sebilah senjata tajam daripadanya,” katanya.

Mengenai kelewatan anggota polis tiba di tempat kejadian, beliau berkata, angin kencang menyebabkan anggota dari Balai Polis Banggi terpaksa meredah ombak besar dan meminta bantuan Unit Udara PDRM.

sumber : berita harian 20 januari 2011

Tahun 2011

Assalamualaikum…

Lama dah tak menulis dalam blog…tak tau nak tulis apa. Duk tak duk dah nak habis tahun 2010 nak masuk tahun 2011 dah. Awal tahun memang sibuk bagi orang kerja di sekolah. Tahun 2011 ni banyak perubahan kena buat dalam jadual kehidupan seharian. Sebabnya..anak yang sulung dah nak masuk pra sekolah. Tak tau la macam mana dia nak bangun pagi-pagi buta mandi…dulu hantyar rumah pengasuh tak sempat mandi pun..kadang-kadang masih lena lagi.

Minggu pertama sekolah adalah waktu yang paling sibuk aku rasa.tup-tup ada exam kat ukm pulak..kenapa la dibuat minggu pertama tahun baru tu…ntah la dia orang ni..macamana nak study kalau sibuk sangat…(padahal tak sibuk pun tak study jugak..)

Aku berdoa supaya tahun 2011 ni menjadi lebih baik dalam hidupku dari tahun 2010. Semoga semua urusan sukses.Amin..

 

« Older entries